Cari, beli dan muat turun app dalam App Store pada Mac
Untuk mencari app yang sempurna, carinya atau layari App Store. Sebaik sahaja anda menemui app yang anda mahu, anda boleh membelinya menggunakan Apple ID anda, atau anda boleh menebus kod muat turun atau kad hadiah.
Untuk menukar seting anda untuk muat turun dan pembelian, pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem > Apple ID, klik Media & Pembelian dalam bar sisi, kemudian pilih pilihan anda.
Cari dan beli app
Dalam App Store pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Cari app: Masukkan satu atau lebih perkataan dalam medan carian di penjuru kiri atas tetingkap App Store, kemudian tekan Enter.
Layari App Store: Klik Temui, Cipta, Kerja, Main, Bangunkan, atau Kategori dalam bar sisi di sebelah kiri.
Klik nama atau ikon app untuk mendapatkan perihalan dan lihat penilaian dan ulasan pelanggan.
Untuk muat turun app, klik butang yang menunjukkan harga app atau “Dapatkan.” Kemudian klik butang sekali lagi untuk memasang atau membeli app (atau gunakan Touch ID).
Semasa pemasangan, anda boleh jeda atau batal.
Tukar seting anda untuk muat turun dan pembelian
Dalam App Store pada Mac anda, pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem.
Klik Apple ID.
Klik Media & Pembelian (dalam bar sisi).
Pilih pilihan anda.
Tebus kad hadiah iTunes, kad Apple Music atau kod muat turun
Dalam App Store pada Mac anda, klik nama anda di bahagian penjuru kiri bawah (atau klik Daftar Masuk jika anda belum berbuat demikian) kemudian klik butang Tebus Kad Hadiah di bahagian penjuru kanan atas. Masukkan kod muat turun atau kod dari kad hadiah anda.
Jika anda mempunyai kad hadiah dengan kotak sekitar kod, anda boleh gunakan kamera terbina dalam Mac anda untuk menebus kad berkenaan. Selepas anda klik Tebus, klik Gunakan Kamera, kemudian pegang kad hadiah 4 hingga 7 inci (10 hingga 18 sentimeter) dari kamera. Pastikan kawasan kod berdekatan pusat pratonton, kemudian pegang kad dengan kukuh sehingga anda diberitahu yang ia telah ditebus.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Apakah jenis kad hadiah yang saya ada?
Beli kandungan dan langganan in-app
Sesetengah app menjual kandungan tambahan, termasuk naik taraf app, kandungan permainan dan langganan. Untuk membuat pembelian in-app, masukkan Apple ID anda (atau gunakan Touch ID). Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang langganan, lihat Uruskan langganan anda dalam App Store pada Mac.
Muat turun app yang dibeli oleh ahli keluarga lain
Jika anda sebahagian daripada kumpulan Perkongsian Keluarga, anda boleh memuat turun app layak yang dibeli oleh ahli keluarga lain.
Dalam App Store pada Mac anda, klik nama anda di penjuru kiri bawah, atau klik Daftar Masuk jika anda belum berbuat demikian.
Klik menu “Dibeli oleh”, kemudian pilih ahli keluarga.
Klik ikon status iCloud bersebelahan item untuk memuat turunnya.