Daftar masuk ke App Store pada Mac
Gunakan App Store pada Mac anda untuk mencari dan memuat turun app, serta dapatkan kemas kini app untuk Mac anda.
Sebelum anda boleh membeli atau mengemas kini app daripada App Store, anda mesti mendaftar masuk dengan Apple ID anda.
Dalam App Store pada Mac anda, klik Daftar Masuk di penjuru kiri bawah.
Lakukan mana-mana antara yang berikut:
Cipta Apple ID (jika anda belum mempunyai satu): Klik Cipta Apple ID, kemudian ikut arahan atas skrin.
Lihat seting akaun: Klik nama anda di penjuru kiri bawah, kemudian klik Lihat Maklumat.
Maklumat akaun termasuk Apple ID, maklumat bil dan nama samaran yang anda gunakan apabila anda membuat ulasan app. Anda boleh juga melihat pembelian yang anda sembunyikan.
Untuk mendaftar keluar daripada App Store pada bila-bila masa, pilih Kedai > Daftar Keluar.