Sesuaikan mod Ketelusan dan aktifkan Peningkatan Perbualan untuk AirPods Pro
Apabila anda menggunakan AirPods Pro 1 atau 2 untuk mendengar audio dalam mod Ketelusan, anda masih boleh mendengar dunia di sekeliling anda. Pada iPhone, iPad, atau Mac, anda boleh menyesuaikan bunyi yang masuk apabila anda menggunakan mod Ketelusan. Anda juga boleh menyahaktifkan Pengurangan Bunyi Kuat untuk mod Ketelusan dan Adaptif dan aktifkan Peningkatan Perbualan bagi menjadikannya lebih mudah untuk mendengar dalam perbualan bersemuka.
Kurangkan jumlah bunyi ambien yang anda dengar dalam mod Ketelusan
Apabila AirPods Pro anda disambungkan ke peranti, anda boleh mengurangkan jumlah bunyi ambien yang anda dengar dalam mod Ketelusan.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Audio & Visual > Penyesuaian Fon Kepala dan pastikan Penyesuaian Fon Kepala diaktifkan. Ketik Mod Ketelusan, aktifkan Mod Ketelusan Tersuai, kemudian seret gelangsar Pengurangan Hingar Ambien.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. Klik Audio, aktifkan Mod Ketelusan, kemudian seret gelangsar Pengurangan Hingar Ambien.
Gunakan Peningkatan Perbualan
Apabila AirPods Pro anda disambungkan ke peranti, anda boleh menggunakan Peningkatan Perbualan untuk memfokus pada orang yang bercakap di hadapan anda. Perkara ini memudahkan untuk mendengar perbualan bersemuka.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Audio & Visual > Penyesuaian Fon Kepala dan pastikan Penyesuaian Fon Kepala diaktifkan. Ketik Mod Ketelusan, aktifkan Mod Ketelusan Tersuai, kemudian aktifkan Peningkatan Perbualan.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. Klik Audio, aktifkan Mod Ketelusan, kemudian aktifkan Peningkatan Perbualan.
Nyahaktifkan Pengurangan Bunyi Kuat dalam mod Ketelusan dan Adaptif
AirPods Pro 2 mengurangkan pendedahan anda kepada bunyi persekitaran kuat secara automatik semasa dalam mod Ketelusan dan Adaptif, tetapi anda boleh menyahaktifkan seting ini.
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
iPhone atau iPad: Pergi ke Seting > Kebolehcapaian > AirPods, pilih AirPods anda, kemudian ketik Nyahaktifkan Pengurangan Bunyi Kuat.
Mac: Pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Kebolehcapaian dalam bar sisi. Klik Audio, pilih AirPods anda, kemudian klik Nyahaktif bersebelahan Pengurangan Bunyi Kuat.
Jika anda mempunyai AirPods Pro 2 atau AirPods 4 dengan Pembatalan Bunyi Aktif, anda juga boleh menggunakan Kesedaran Perbualan untuk mengurangkan kelantangan media anda secara automatik semasa perbualan dan meningkatkan suara di hadapan anda. Lihat Gunakan Kesedaran Perbualan atau Kelantangan Diperibadikan.