Cas AirPods Max
Cas AirPods Max
Sambungkan AirPods Max ke salur kuasa menggunakan Kabel Lightning ke USB dan penyesuai kuasa yang serasi.
Nota: Untuk membantu mengekalkan cas bateri semasa anda tidak menggunakan AirPods Max, letakkan AirPods Max dalam mod tidur dengan meletakkannya dalam Smart Case. (Anda tidak boleh memainkan audio pada AirPods Max apabila ia berada dalam Smart Case.)
Lihat artikel Sokongan Apple Cara mengecas AirPods Max anda dan ketahui tentang hayat bateri.
Semak status pengecasan
Anda boleh menyemak status pengecasan AirPods Max anda pada iPhone, iPad, atau Mac.
iPhone atau iPad: Pakai AirPods anda atau dekatkannya dengan peranti anda dan pastikan ia disambungkan. Tunggu selama beberapa saat untuk melihat status pengecasan.
Apabila AirPods anda disambungkan ke peranti, anda juga boleh pergi ke Seting , kemudian ketik nama AirPods anda berdekatan bahagian atas skrin untuk melihat status pengecasan.
Mac: Pakai AirPods anda atau dekatkannya dengan Mac anda dan pastikan ia disambungkan. Pada Mac anda, klik dalam bar menu, kemudian pilih AirPods anda. Lihat Pasangkan AirPods dengan Mac.