Buat dan jawab panggilan dengan AirPods 1 atau 2
Buat dan jawab panggilan dengan AirPods 1
Pakai AirPods anda dan pastikan AirPods disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Buat panggilan: Dwiketik salah satu AirPods anda untuk mengaktifkan Siri, tunggu loceng, kemudian buat permintaan anda.
Anda juga boleh membuat panggilan pada peranti anda, seperti dalam app FaceTime atau app Telefon .
Jawab atau tamatkan panggilan: Dwiketik salah satu AirPods anda.
Jika anda mahu menolak panggilan, gunakan kawalan pada iPhone anda (atau peranti lain), atau tunggu sehingga panggilan pergi ke mel suara.
Jawab panggilan telefon kedua: Untuk menahan panggilan pertama dan menjawab panggilan baharu, dwiketik salah satu AirPods anda. Untuk bertukar antara panggilan, dwiketik salah satu AirPods anda.
Buat dan jawab panggilan dengan AirPods 2
Pakai AirPods anda dan pastikan ia disambungkan ke peranti anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Buat panggilan: Pada iPhone atau iPad (model Wi-Fi Cellular), sebut “Hai Siri,” kemudian sebutkan sesuatu seperti “Telefon Eliza bimbit”. Pada iPad tanpa selular, sebut sesuatu seperti “Buat panggilan FaceTime”.
Anda boleh mengeset salah satu AirPods anda untuk mengaktifkan Siri dengan dwiketik. Lihat Tukar seting untuk AirPods.
Anda juga boleh membuat panggilan pada peranti anda, seperti dalam app FaceTime atau app Telefon .
Jawab atau tamatkan panggilan: Dwiketik salah satu AirPods anda.
Jika anda mahu menolak panggilan, gunakan kawalan pada iPhone anda (atau peranti lain), atau tunggu sehingga panggilan pergi ke mel suara. Jika anda menyediakan Siri, anda juga boleh menjawab dan menolak panggilan menggunakan suara anda.
Jawab panggilan telefon kedua: Untuk menahan panggilan pertama dan menjawab panggilan baharu, dwiketik salah satu AirPods anda. Untuk bertukar antara panggilan, dwiketik salah satu AirPods anda.