Zombi Kampung Pisang
Zombi Kampung Pisang | |
---|---|
Pengarah | Mamat Khalid |
Penulis | Mamat Khalid |
Lakon layar | Mamat Khalid |
Dihasilkan oleh | Gayatri Su-Lin Pillai (eksekutif) |
Dibintangi | |
Sinematografi | Khalid Zakaria |
Disunting oleh | Zappa Khalid |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.23 juta |
Pecah panggung | RM 2.37 juta |
Zombi Kampung Pisang ialah sebuah filem komedi seram berpengalaman, arahan sulung Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 19 April 2007. Filem yang dibintangi oleh Awie, Ezlynn, AC Mizal, dan Que Haidar ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang semasa kejadian zombi berlaku. Filem ini merupakan filem zombi pertama di Malaysia.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Ketenteraman dan keamanan Kampong Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam : kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, bilal kampong tersebut yang terjatuh daripada basikalnya semasa pulang ke rumah disaksikan tiga orang pemuda kampung yang sedang melepak di tepi jalan. Mayat Pak Abu diusung pulang ke rumahnya sebelum kemudiannya memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung.
Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena-mena meninggal dunia semasa sedang memeriksa mayat Pak Abu. Keadaan menjadi bertambah gawat. Ketika ketiga-tiga pemuda tersebut berbincang mengenai kejadian yang menimpa, jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang. Kerantong dipalu, memecah keheningan Kampung Pisang pada malam itu. Orang kampung mula berkumpul di Dewan Orang Ramai. Ketika kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia.
Tiba-tiba bekalan eletrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi 'Zombi' lalu mula menyerang orang-orang kampung. Pihak Polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan. Keadaan menjadi bertambah gawat dan huru-hara apabila penduduk kampung bertempiaran lari ke sana sini untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh "zombi".
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Awie sebagai Husin, Pemuda berumur yang gemar lepak kemudian menjadi wira selamatkan Kampung Pisang
- Ezlynn sebagai Maimun, Anak Pak Abu dan kakak kepada Munah
- Que Haidar sebagai Deris, Kawan Husin yang berdialek Kelantan
- AC Mizal sebagai Mat Karan, Kawan Husin yang berdialek Negeri Sembilan
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Soffi Jikan sebagai Sofi, Pembantu Perubatan Kilinik Desa dan dalang tumpahan radioaktif di warung Pak Munawer
- Hamid Gurkha sebagai Pak Mail
- Nadia Mustafar sebagai Munah, Anak II kepada Pak Abu, adik Maimun dan bekas teman wanita Kamsan
- Man Kadir sebagai Pak Jabit
- Zami Ismail sebagai Pak Abu
- Ruminah Sidek sebagai Mak Som Jamaliah
- Usop Wilcha sebagai Usop
- Lan Pet Pet sebagai Inspektor Cenehom
- Loloq sebagai A. Kamsan
- Jalil Hamid sebagai Pak Munawir
- Dewa Sapri sebagai Cik Purnama
- Ilya Buang sebagai Konstabel Fauzi/Pian RELA
- Ajak Melissa sebagai Pian Pehot
- Elly Sarimah sebagai Puspa
- Adam Khalid sebagai Adam
Penampilan khas
[sunting | sunting sumber]- Hamdan Ramli sebagai Ketua Polis Daerah
- Mamat Khalid sebagai MK
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Festival Filem Malaysia ke-20:
- Anugerah Khas Juri-Kritikan sosial dan menunjukan budaya masyarakat kampung yang bersatu padu
- Poster Terbaik (Pencalonan)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Zieman (20 April 2007). "Merapu Mamat Khalid menjadi dalam Zombi Kampung Pisang". mstar.com.my.