Pergi ke kandungan

Zaini Ujang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zaini Ujang
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia
Menyandang jawatan
13 Februari 2024
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriZambry Abdul Kadir
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 5 Ogos 2016
Perdana MenteriNajib Razak
MenteriMahdzir Khalid
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dalam jawatan
26 September 2023 – 13 Februari 2024
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriDzulkefly Ahmad
Digantikan olehSuriani Ahmad
Ketua Setiausaha
Kementerian Sumber Manusia Malaysia
Dalam jawatan
19 April 2023 – 25 September 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriV. Sivakumar
Ketua Setiausaha
Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia
Dalam jawatan
23 Mac 2020 – 17 Januari 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim (2022-2023)
Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
Muhyiddin Yassin (2020-2021)
MenteriTuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Setiausaha
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia
Dalam jawatan
5 Ogos 2016 – 16 Julai 2018
Perdana MenteriNajib Razak
MenteriMaximus Johnity Ongkili
Ketua Setiausaha II
Kementerian Pendidikan Malaysia
Dalam jawatan
3 Jun 2013 – 29 Julai 2015
Perdana MenteriNajib Razak
MenteriIdris Jusoh
Maklumat peribadi
Lahir (1965-03-03) 3 Mac 1965 (umur 59)
Kampung Inas, Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia
Tempat belajarUniversiti Teknologi Malaysia
Universiti Newcastle
PekerjaanAhli akademik, pegawai tadbir

Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ialah seorang ahli akademik dan pegawai tadbir di Malaysia. Beliau berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam sebagai ketua setiausaha kementerian, dan menjadi profesor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Skudai, Johor.

Zaini Ujang dilahirkan pada 3 Mac 1965 di Kampung Inas, Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Newcastle serta mempunyai kepakaran di bidang rawatan air dan sisa.

Zaini mula berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1988 sebagai kakitangan akademik, seterusnya dilantik sebagai pensyarah Institut Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA) pada 2001 hingga 2006. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli mulai 2006 hingga 2007 sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi mulai Mac 2007. Kemudian, beliau dilantik sebagai Naib Canselor UTM pada 2008[1] hingga 2013.[2]

Pada Jun 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha II di Kementerian Pendidikan Malaysia.[3] Kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 2015 hingga 2016, selepas pemisahan semula portfolio pengajian tinggi daripada kementerian pendidikan.[4]

Pada 2016, Beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air[5] hingga pembubaran kabinet pada 2018.

Beliau dilantik semula sebagai ketua setiausaha kementerian pada 2020 bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air[6] hingga 2023. Kemudian beliau dilantik ke Kementerian Sumber Manusia pada April 2023[7] sebelum ke Kementerian Kesihatan Malaysia pada September 2023.[8]

Pada Februari 2024, beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi.[2]

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]

Pada 2011, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433 peringkat Negeri Sembilan.[9] Beliau juga dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1441 pada peringkat kebangsaan, pada 2019.[10]

Darjah kebesaran negeri

[sunting | sunting sumber]
  •  Malaysia
    • Panglima Jasa Negara (P.J.N.) - Datuk (2012)
  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (S.S.T.M.) - Dato' Seri (2013)
    • Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) - Dato' (2007)

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Minda Lestari : Pembangunan Negara dan Pemuliharaan Alam Sekitar. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 2009.
  1. ^ "Zaini Ujang dilantik Naib Canselor UTM - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2008-09-29. Dicapai pada 2024-02-13.
  2. ^ a b "Zaini Ujang sekali lagi dilantik KSU KPT". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-13.
  3. ^ "Dr Madinah KSU Kementerian Pendidikan, Dr Zaini Ujang KSU II - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2013-05-31. Dicapai pada 2024-02-13.
  4. ^ "Rombakan Kabinet: Kementerian Pengajian Tinggi Diwujudkan Semula - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2015-07-28. Dicapai pada 2024-02-13.
  5. ^ "Dzulkifli Ahmad Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baharu - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2016-07-29. Dicapai pada 2024-02-13.
  6. ^ HARIAN, WARTAWAN SINAR (2020-03-23). "Dr Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Alam Sekitar". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-02-13.
  7. ^ Yusof, Norawazni (2023-04-19). "Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Sumber Manusia". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-02-13.
  8. ^ ROSLAN, MOHD RIDZAUDDIN (2023-09-25). "Zaini Ujang dilantik Ketua Setiausaha KKM berkuat kuasa esok". Kosmo Digital. Dicapai pada 2024-02-13.
  9. ^ "Naib Canselor UTM Dipilih Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan". mStar.com. 28 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-12. Dicapai pada 2021-08-14.
  10. ^ Sukaimi, Siti A’isyah (2019-09-01). "Zaini Ujang Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-13.