Yayasan Waqaf Malaysia
يايسن وقف مليسيا | |
Intisari agensi Kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 23 Julai 2008 |
Jenis | Agensi Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 8, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62100, Putrajaya. |
Kakitangan | N/A |
Belanjawan tahunan | MYR N/A |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi Kerajaan |
|
Agensi induk | Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji |
Laman sesawang | www |
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Yayasan Waqaf Malaysia merupakan agensi kerajaan Malaysia yang berperanan mengusahakan sumber-sumber wakaf peringkat Malaysia. entiti wakaf kebangsaan. Ianya telah ditubuhkan dengan rasminya pada 23 Julai 2008 oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).
Sejarah penubuhan
[sunting | sunting sumber]Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) merupakan sebuah entiti wakaf di peringkat kebangsaan yang ditubuhkan atas inisiatif Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri di bawah Akta Pemegang Amanah [Pemerbadanan] 1952. Ditubuhkan secara rasmi pada 23 Julai 2008[1], YWM berperanan dalam menggembleng sumber-sumber wakaf dan menjadi pelengkap kepada usaha Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam membangunkan hartanah wakaf di Malaysia.
Hotel wakaf
[sunting | sunting sumber]Terdapat empat buah hotel wakaf[2][3] yang dikendalikan Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri-negeri, iaitu
- Hotel The Regency Seri Warisan, Taiping, Perak - Kerjasama dengan Majlis Agama Islam Perak.
- Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka - Kerjasama dengan Majlis Agama Islam Melaka
- Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu - Kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
- Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan - Kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kejayaan Institusi-institusi Agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (PDF). Jabatan Perdana Menteri. 2013. m/s. 189.
- ^ Denin (21 Oktober 2020). "Menteri Agama Saran Orang Ramai Pilih 4 Hotel Waqaf Ini Ketika Bercuti". Siakapkeli. Dicapai pada 6 November 2020.
- ^ "Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri". Twitter. 21 Oktober 2020. Dicapai pada 6 November 2020.