Pergi ke kandungan

Yakovlev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Biro Rekabentuk A.S. Yakovlev
Nama asliОКБ имени Яковлева Sunting ini di Wikidata
Dinamakan sempenaAlexandr Yakovlev Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
IndustriAeroangkasa dan pertahanan
Ditubuhkan1934
PengasasAlexandr Yakovlev Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatMoscow Sunting ini di Wikidata, Rusia Sunting ini di Wikidata
Tokoh pentingAlexander Sergeevich Yakovlev
KeluaranPesawat tentera
PemilikIRKUT Corporation Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukUnited Aircraft Corporation Sunting ini di Wikidata
Tapak webYakolev
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Biro Rekabentuk A.S. Yakovlev (singkatan pejabat rekabentuk Yak) merupakan pereka dan pengeluar pesawat di Rusia. Ia telah ditubuhkan pada 1934 oleh Alexander Sergeevich Yakovlev sebagai OKB-115 (Yakovlev memiliki kilang pengeluarannya sendiri di kemudahan №115), akan tetapi hari lahirnya dianggap pada 12 Mei 1927, hari di mana penebangan sulung pesawat AIR-1 yang dibangunkan oleh Jabatan Pesawat Ringan GUAP (Ketua Agensi Industri Penerbangan) di bawah pengawasan A.S. Yakovlev.

Semasa Perang Dunia II, Yakovlev telah mereka dan mengeluarkan designed barisan pesawat-pesawat pejuang yang terkenal.

Yakovlev telah bergabung dengan Kilang Penerbangan Smolensk pada Mac 1992 dan menjadi Syarikat Penerbangan Yak, walau bagaimanapun dua syarikat ini masih diuruskan secara berasingan. Ia kemudian diswastakan dan menjadi Perbadanan Pesawat Yak. Kerajaan Rusia merancang untuk menggabungkan syarikat ini dengan Mikoyan, Ilyushin, Irkut, Sukhoi dan Tupolev sebagai syarikat baru bernama United Aircraft Building Corporation.[1]

Syarikat ini merupakan pereka bagi pesawat dron pengawasan Pchela (Rusia: Пчела, "lebah") dan dipercayai merupakan pesawat pejuang berenjin jet yang paling berjaya semasa selepas era Perang Dunia II.

Nama Yakovlev biasanya digunakan di negara-negara Barat, tetapi di Rusia namanya diringkaskan sebagai Yak (Rusia: Як) sebagai sebahagian daripada nama pesawat.

Senarai pesawat

[sunting | sunting sumber]
Yak-11 dari Tentera Udara Poland.
Pesawat latihan Yak-130

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • A book by A.T.Stepanets. Yak Fighters in WWII [ISBN 5-217-01192-0] (in Russian)
  • Степанец А.Т.- Истребители "Як" периода Великой Отечественной войны. Справочник. - М.: Машиностроение, 1992. - 224 с.: ил:

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]