Pergi ke kandungan

XPDC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
XPDC
Anggota asal XPDC daripada album studio pertama mereka, Darjah Satu pada tahun 1990 terbitan Life Records.
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Tragedy (1983–1988)
Berasal dariKuala Lumpur Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia
GenreRock, heavy metal, thrash metal, hard rock, un metal
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1989–kini
Syarikat rakaman
LIFE Records
Pengkarya berkait
J.S. Kevin
AhliXPDC:
Ali - vokalis
Izo (Ketua kumpulan) - gitar utama
Lola - dram
Eddie - gitar bass
Arif - gitar irama

XPDC Kita Peng-Yu:
Ary - vokalis
Jeff - gitar utama
Zuar - gitar bass, suara latar
Amy - dram

Bekas ahliMael - vokalis (meninggal dunia)
Yazid - dram
Lee Space - dram
Man Tobey - gitar bass
Yan - gitar bass
Pae - dram

XPDC yang menerima asuhan daripada JS Kevin merupakan sebuah kugiran muzik rock Malaysia yang diasaskan oleh Mael dan Izo. Setelah perubahan beberapa anggota awal sehinggalah kemasukan dua orang ahli baru iaitu Zua (bass) dan Lee Space (dram), nama 'XPDC' yang diilhamkan oleh J.S. Kevin, penulis lirik terkenal sekitar lewat tahun 80-an, yang juga penerbit album pertama kugiran tersebut.

Kugiran ini telah menghasilkan 8 buah album studio yang terjual laris bermula tahun 1990 dengan album sulung mereka, 1. Darjah Satu.
2.Timur Barat 3. Kita pengyu 4. Brutal.

Album studio mereka yang keempat, Brutal, merupakan album terlaris yang terjual sehingga melebihi 450,000 unit pada tahun 1997. Berpuluh-puluh buah lagu mereka mendapat sambutan hangat di corong² radio sehingga mereka berjaya mengadakan Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Negara.

Dengan menampilkan Ali sebagai penyanyi utama, berlangsung pada April 1998 di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Selepas pengunduran penyanyi asal mereka Mael. Konsert tersebut telah mencatat sejarah yang tersendiri apabila ramai pihak dan peminat menobatkan XPDC sebagai 'Metallica Malaysia'.

Pada ketika itu, era muzik Rock telah makin malap dan semakin kurang mendapat sambutan, atas sebab pelbagai faktor. Hanya peminat² tegar muzik irama Rock/Metal sahaja yang masih kekal dengan irama keras. Pengemar² dan paminat² muzik pada ketika itu ramai yang telah beralih minat. Mereka memilih muzik yang berbeza dari Rock dan muzik berirama baharu. Banyak kumpulan² Rock yang ternama (nama besar) dan para penganjur pada ketika itu, tidak berani dan tidak mahu mengambil risiko untuk membuat konsert yang berskala besar.

XPDC muncul mengambil risiko yang besar itu, dengan keberanian keyakinan mereka, perminat ada bersama mereka. 'Konsert Stadium Negara' telah berjaya dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat luar biasa. Stadium Negara telah dibanjiri dengan puluhan ribu peminat² muzik Rock/Metal, terutama sekali peminat² dan penyokong² XPDC. Tercipta satu sejarah yang hebat dan istimewa untuk pemuzik² dan peminat² muzik Rock/Metal telah diabadikan di rakamkan dalam bentuk rakaman audio cd dan kaset.

Tanpa menunggu masa yang lama, XPDC sekali lagi mendapat peluang besar untuk mengadakan konsert yang berskala besar. 'Konsert Raksasa XPDC Brutal Shah Alam Selangor'. Konsert tersebut itu telah berjaya menarik penonton sehingga hampir 20,000 penonton. Peristiwa bersejarah Konsert itu telah berjaya di rakamkan di dalam bentuk video dan dikeluarkan di dalam bentuk sistem video rumah (VHS) dan video cakera padat (VCD). Rakaman itu telah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk memasarkan album konsert itu.   

XPDC meneruskan perjuangan mereka, diteruskan dengan album ke 5.Samurai yang berjaya terjual sehingga 200 ribu unit dipasaran, pada era zaman kejatuhan muzik Rock/Metal ketika itu, penjualan album dengan jumlah sedemikian itu adalah sesuatu yang boleh di banggakan. Terjadi perpecahan pada kumpulan XPDC. Pejuangan diteruskan, album XPDC ke 6.V6 telah dilancarkan dipasaran.

Pada tahun 2009, 4 orang anggota asal XPDC telah bergabung semula sempena ulang tahun penubuhan mereka yang ke-26 dan merakamkan album terbaru ke 7.Rasopariso yang memuatkan sebanyak 20 buah lagu. Setahun selepas itu, album tersebut dikeluarkan semula dengan judul yang baharu, Rasopariso (The Relaunch).

Selepas 9 tahun berlalu tanpa sebarang album baharu. Pada tahun 2018, XPDC yang dianggotai dan dibarisi oleh Ali, Izo, Lola dan Eddie hadir dengan album ke 8.Doa selepas kepulangan mereka dari mengerjakan ibadat umrah. Album tersebut berkonsepkan dakwah melalui lagu-lagu bersifat ketuhanan & kemanusiaan.

1983–1988: Era Tragedy (Sebelum kewujudan XPDC)

[sunting | sunting sumber]

WOOP WOOP

1987-1997 : JS Kevin serta penciptaan XPDC

[sunting | sunting sumber]

Mereka telah pulang ke ibu negara, Kuala Lumpur, XPDC telah mengikat kontrak sebagai artis rakaman bersama Life Records seterusnya memulakan sesi rakaman untuk album pertama mereka. Namun mereka cuma sempat menyiapkan 50% proses rakaman album studio pertama mereka itu. Pada tahun 1988, perpecahan melanda kumpulan ini apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid dan Man Tobey menarik diri. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Zuar (bass) dan Lee Space (ex-Fire Starter - dram). Album itu telah di selesai dengan bantuan dua pemuzik undangan iaitu Yan Lefthanded (bass) dan Amy Handy Black (dram).

Pertemuan dengan lah J.S Kevin yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Tragedy kepada XPDC dan menjadi artis rakaman. Berberapa nama telah di pilih untuk mengantikan nama Tragedy, atas sebab nasihat dari orang² lama. Tetapi tidak ada yang bersesuaian, nama XPDC telah diajukan kepada anggota kumpulan oleh J.S Kevin. Pada mulanya, mereka tidak bersetuju dengan nama tersebut, kerana mereka menjangkakan nama baharu itu dieja penuh sebagai Ekspedisi. Namun apabila J.S. Kevin menulis nama tersebut dengan ejaan mengikut bunyi huruf iaitu XPDC, mereka agak terkejut dan pada masa yang sama kagum dengan idea kreatif yang dicurahkan oleh J.S. Kevin. Disinilah mereka menyedari bahawa JS Kevin adalah bukan calang calang insan yang mungkin mampu menciptakan jalan baru untuk mereka dan mereka dengan rela hati meninggalkan jenama Tragedy (yang sememangnya negatif) kepada XPDC (yang lebih progresif).

Pada tahun 1990, Album studio pertama XPDC, Darjah Satu terjual sehingga 150 ribu unit telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air dengan lagu hitnya, C.I.N.T.A yang melodinya hasil ciptaan izo dan dikemas baik oleh JS Kevin. Namun di kala mereka mula mendapat tempat dalam hati peminat, Lee Space (dram) telah mengambil keputusan untuk meninggalkan daripada kumpulan ini kerana ingin menyertai kumpulan Noble Angel dan seterusnya menukar nama kepada D'Ugly (kini dipanggil EYE). Tempat Lee Space kemudiannya digantikan oleh Amy, bekas anggota Kumpulan Handy Black yang turut telibat dalam pembikinan album Darjah Satu sebagai pemuzik undangan.

1997-2005 : Pertukaran Penyanyi Utama Pemain Gitar Bass & Drum

[sunting | sunting sumber]

Pengunduran Mael penyanyi utamanya telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan penggiat seni menjangkakan kumpulan XPDC ini akan berkubur. Lebih uniknya album Brutal yang dipasarkan pada tahun 1997 (album terakhir Mael bersama XPDC) telah terjual melebihi 450,000 unit. Ia satu pencapaian jualan album XPDC yang tertinggi dann terbaik sehingga kini.

Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali (bekas penyanyi Terra Rossa). Ali telah mula menggantikan Mael untuk persembahan pentas pada sekitar tahun 1997 tidak lama selepas album Brutal dikeluarkan dan dipasarkan. Kehadiran Ali sedikit sebanyak telah meningkatkan kerancakan sokongan terhadap XPDC kerana beliau secara tidak langsung telah bersama-sama mempromosikan album Brutal dan selepas itu secara tidak langsung juga meningkatkan jualan album Brutal.

Sementara itu, Mael terpaksa meninggalkan XPDC atas sebab-sebab dalaman membuat para peminat berasa terkejut dan kecewa sama sekali. Akan tetapi XPDC menggunakan Ali sebagai penyanyi dan kemasukan Ali berjaya menyelamatkan XPDC yang ketika itu hampir jatuh akibat pengunduran Mael. Amy pula terlibat dalam satu kemalangan jalan raya menyebabkan kaki beliau mengalami kecederaan yang mendalam. Lola yang diperkenalkan oleh DJ bapakku FM Isma Halil Hamzah kepada XPDC bersetuju menjadi pengganti Amy buat sementara.

Ali mengambil risiko besar untuk mengalas tanggungjawap sebagai penyanyi utama XPDC, meskipun Ali tahu yang dia akan mendapat kritikan dan kecaman yang hebat dari peminat² XPDC yang brutal sama seperti tajuk album 'XPDC brutal', mereka tidak sama seperti peminat² kumpulan rock/metal yang lain, mereka lebih agresif. Hingga terjadi perbalahan sesama mereka tidak kira di mana² platform mahu pun di tempat² lepak mereka sering tidak sependapat dan tidak sebulu terutama peminat² generasi lama, sehingga terjadi dua kelompok peminat XPDC, perbalahan itu terjadi hingga kini, tetapi tidak pada generasi muda era Ali bersama XPDC, mereka lebih tebuka bijak dan matang menerima kedua²nya sekali "Ali dan Mael". Ada juga penyanyi lain yang ditawarkan, tetapi mereka tidak sanggup mengambil risiko dan menanggung bebanan itu.

Ali seorang yang kental tabah serta sabar, sanggup mengalas tanggungjawab itu biar apa pun yang terjadi, sebelum apa² keputusan di buat, dia akan buktikan yang dia bukan calang² dan sememangnya dia layak dinobatkan sebagai penyanyi utama XPDC. Ali telah menarik perhatian peminat² XPDC di konsert Raksasa XPDC, dengan gaya vokalnya yang bernada tinggi serta garau bersama gaya aksinya yang brutal dan bertenaga serta lincah melakukan aksi 'headbanging' ketika beraksi di pentas konsert itu.

Tahun 1998 Konsert berskala besar dan malam bersejarah serta fenomena baharu telah terjadi. Konsert yang dinamakan "Konsert Raksasa XPDC di Stadium Negara Kuala Lumpur" pada bulan April 1998 yang dianggotai dan di barisi oleh Ali, Izo, Zua dan Lola telah mencatat sejarah kegemilangan mereka yang tersendiri ke tahap yang lebih tinggi, walau pun ketika itu muzik Rock/Metal telah suram. Apa yang terjadi pada malam konsert itu, Stadium itu telah di banjiri oleh puluhan ribu penonton kebanyakan berpakaian serba hitam bersama sepanduk dan kain rentang yang berkibaran di udara. XPDC telah berjaya menarik peminat² mereka dari seluruh pelusuk negeri termasuk peminat² Indonesia yang berada di Malaysia ketika itu untuk keluar menyaksikan persembahan mereka dan menjadi sejarah tersemat bersama mereka.

Dianggarkan 10,000 - 20,000 penonton yang hadir. Konsert malam bersejarah itu telah dirakamkan di dalam bentuk video. Tapi XPDC terpaksa akur kerana hajat mereka untuk mengeluarkan album konsert itu dalam bentuk Video Cakera Padat (VCD) tidak mendapat kelulusan dari agensi pihak berkuasa kerajaan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana terdapat banyak rakaman aksi XPDC dan penonton melakukan aksi-aksi luar budaya Malaysia yang melampaui batas dan di katogori aksi ganas yang menyerupai aksi artis-artis kumpulan dari barat seperti aksi headbanging, hangguk kepala, melompat-lompat, membuat isyarat simbol Rock, menegakkan jari tengah (Lagu 3 Kupang dan bergambar), dan aksi segelintir penonton tidak berbaju dan agak liar. Hanya dapat dikeluarkan dalam bentuk CD dan Kaset.

Tanpa menunggu masa yang lama, XPDC sekali lagi mendapat peluang untuk mengadakan konsert berskala besar yang di beri nama "Konsert XPDC Brutal Shah Alam Selangor". Konsert tersebut itu juga adalah yang terbaik dalam karier XPDC yang berjaya menarik penonton sehingga hampir 20,000 - 30,000 penonton. Konsert itu juga di rakamkan dan berjaya dikeluarkan di dalam bentuk sistem video rumah (VHS) dan video cakera padat (VCD) telah mendapat keluluasan dari pihak berkuasa untuk memasarkan album konsert itu.

Dengan nyanyian garau Ali yang bertenaga sambil diiringi aksi 'Head Banging' ala "Helicopter" telah mencuri perhatian ramai dan keterujaan para peminat yang dilihat seperti kumpulan Metallica. Di tambah pula aksi Zua yang lagi brutal melakukan aksi berlari-lari, melompat-lompat dan aksi Head banging, bersama aksi hangguk kepala Izo dan Lola di sisi dan belakang pentas dengan petikan gitar yang berat kasar dan garang, Lola yang mengantikan Amy menggunakan double paddle drum, menjadikan lagu² keras menjadi lebih berat kasar serta lebih bertenaga. XPDC di gelar Metallica Malaysia.

Ada peminat yang berpendapat belum ada lagi penyanyi rock yang mampu melakukan aksi 'Head Banging' seperti yang dilakukan oleh Ali. Inilah satu keistimewaan dan kelebihan Ali yang berjaya menarik perhatian para peminat dan berbagai pihak. XPDC semakin popular dengan aksi 'Head Banging'. Aksi 'Head Banging' Ali juga dikatakan sesuai dengan judul 'Brutal'. Selain itu, kebolehan vokal Ali menjadi faktor penting survival kumpulan XPDC pada ketika itu. Seumpama sebuah evolusi heavy metal (Tema Mael) kepada Thrash (Tema Ali), sekaligus menambahkan kreativiti dan membina identiti yang lebih besar kepada nama XPDC.

Ada beberapa pihak dan para peminat menobatkan XPDC adalah kumpulan rock No. 1 Malaysia secara impak selepas era kegemilangan Search dan Wings apatah lagi Amy Search dan Awie tidak lagi menyertai kumpulan mereka tersebut masing-masing. XPDC juga dikenali sebagai Big 4 metal Malaysia pada ketika itu selain Cromok, FTG, Sil-Khannas.

Tahun yang sama (1998) album studio pertama Ali sebagai penyanyi XPDC telah dipasarkan berjudul Samurai. Album studio pertama tanpa perjuangan Mael. Album tersebut berjaya terjual lebih 200,000 ribu unit. Satu pencapaian mengejutkan apabila Ali berjaya menaikkan nama dan mengecapi kegemilangan XPDC walaupun masih ada lagi sebahagian peminat setia mengkritik kumpulan ini tentang ketiadaan Mael.

Walaupun demikian, tidak dinafikan masih ramai peminat XPDC menghargai usaha dan jasa Ali sehinggakan begitu ramai yang mengikut 'Trend' rambut cukur tepi Ali dan cara "berpakaian gaya XPDC yang serba hitam, cermin mata hitam, topi bulat hitam, baju hitam, seluar kaki lebar di padankan bersama boot"(Fenomena XPDC terjadi meluas ke seluruh Malaysia). XPDC semakin sibuk mengeluarkan klip video album Samurai. XPDC menjadi perhatian dari banyak pihak media hiburan dan publisiti serta mendapat populariti Ini sekaligus membuktikan sokongan peminat kepada XPDC tidak pernah luntur bahkan meningkat kuantitinya.

XPDC tidak pernah berasa hanya selesa berada di pentas² besar sahaja. Mereka juga turut turun mendekatkan diri bersama peminat² mereka di pentas² kecil, membuat persembahan di Funfair² expo² ke seluruh pelusuk tanah air tanpa mengira kedudukan dan nama. XPDC sekali lagi telah di angkat dan telah mendapat gelaran baharu dari kalangan peminat-peminatnya sebagai 'Raja Pentas dan Raja Funfair'.

Pada bulan Februari 1999 Norman KRU telah menjadi penganjur untuk konsert yang dinamakan Konsert Rock Gergasi Berentap Search Vs XPDC yang diadakan dua malam berturut - turut di Stadium Negara Kuala Lumpur. Ternyata kumpulan Search yang popular dengan lagu dengan Nur Nilam Sari serta tidak lagi diwakili penyanyi asal mereka iaitu Amy Search, telah memihak kepada jumlah penonton lebih ramai menyaksikan konsert XPDC pada malam kedua. Namun XPDC tetap ikhlas merendah diri menyatakan kepada wartawan hiburan bahawa XPDC tidak setanding dan tidak sepopular Search yang jauh lebih senior dan berpengalaman berbanding XPDC di dalam industri muzik. Personaliti dan sikap mereka sangat amat dipuji. Peminat menerima mereka dengan seadanya. Dengan sikap seperti itu, XPDC dihormati oleh kawan, di geruni oleh lawan dan di hargai peminat mereka.

Amy yang mengalami kecelakaan jalan raya tidak berupaya memainkan lagu-lagu rancak dan keras lagi telah diganti sementara oleh Lola. Setahun selepas itu Lola secara rasmi menggangotai XPDC apabila Amy mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan menyertai kumpulan Kamikaze. XPDC dibawah pengurusan baru di bawah Ahmad Nazri Haji Abdul Rahman bersama penyanyi mereka Ali, telah membina sebuah studio jamming dan tempat latihan serta pejabat pengurusan XPDC di Taman Bukit Mewah, Kajang Utama Selangor.

Selepas XPDC melancarkan album baru berjudul 'Unmetal' pada tahun 2000,Pemain gitar bass XPDC Zuar pula mengambil keputusan untuk mengundurkan diri kerana ingin membawa haluannya sendiri dengan menubuhkan Viper. Hasrat Zuar untuk merakamkan album dan menyumbangkan vokalnya tercapai. Yantoi (Lefthanded) menggantikan tempat Zua sebagai pemain gitar bass kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang baharu bersama XPDC sebaliknya turut berperanan menaikkan nama XPDC di belakang tabir semenjak album 'darjah satu' lagi sebagai sessionist.

Album seterusnya XPDC berjudul V6 muncul dipasaran pada tahun 2002.Dibarisi oleh Ali, izo, lola dan yantoi. Album itu terjual hampir 100, 000 unit.

Namun pada penghujung tahun 2003 Lola pula mengundur diri daripada XPDC untuk menyertai Search, namun Lola juga tidak lama bersama Search kerana akhirnya Yazid (Search) kembali bersama Search pada tahun 2005. Tempat Lola didalam XPDC diambil alih oleh Pae (bekas pemain dram Barongan.) Pae juga mempunyai kemahiran bermain drum yang tinggi, terjadi sedikit perubahan pada muzik XPDC dengan ketukan keras Pae.

Hanya Izo yang masih kekal setia bersama XPDC semenjak penubuhan dan sedari album pertama XPDC lagi.

2005 (penghujung tahun)

[sunting | sunting sumber]

Penghujung 2005, XPDC kembali bergabung dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo, Zua, dan Amy.

Ali dan Pae telah menubuhkan Kumpulan Mpire. Ali yang masih ada baki album dengan sebuah syarikat rakaman, telah membentuk Mpire untuk selesaikan baki rakaman album penuh itu. Kemunculan kumpulan Mpire di persada seni tidak berapa membuahkan hasil kerana kesan kejatuhan industri muzik tanahair. Dalam pada masa yang sama, Ali juga giat mendalami ilmu agama dan sering melibatkan diri dalam aktiviti² ceramah, motivasi, dakwah dan kerohanian. Yantoi pula meneruskan sebagai sessionist dan sekali sekala bersama dengan kumpulan Lefthanded. Juga sering di jemput menjadi artis jemputan di pentas².

2007

Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan sebuah album khas berjudul Rock Union yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC, Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan Allahyarham J. S Kevin.

Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI Malaysia dengan kerjasama Life Records (M).Sebelum album ini keluar di pasaran. XPDC REUNION ini telah muncul di kaca TV9 melalui rancangan ROCK KAPAK RAYA BERSAMA XPDC menampilkan artis undangan seperti Atilia, Salmiah Hassan dan Bienda.

Pada tahun 2008 XPDC diuar - uarkan akan menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, album baru mereka tidak dapat diterbit seperti yang dirancang.

Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso' telah berada di pasaran pada bulan November 2009. Walau bagaimanapun, album ini agak hambar sambutanya. Namun masih ada diantara peminat menyokong album tersebut. Antara lagu-lagu yang dimuatkan:

  1. Sanasinisamasaja
  2. Aku Tetap Aku
  3. Ntahye Ntahtidak
  4. Rasopariso
  5. Rasa
  6. Puing Cinta
  7. Sampai Bila

Lagu dipetik dari 'Rock Union'...

  1. Curahan Rasa
  2. Menentang Arus

Lagu bonus: Headbang (Remastered)...

  1. Raja Kertas (Darjah Satu)
  2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
  3. Bahalol (Kita Peng Yu)
  4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)

BONUS VCD-REUNION

  1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION 2010

XPDC bersama dua lagi kumpulan rock lagenda iaitu May dan Lefthanded digabungkan dalam satu rakaman program hari raya iaitu Konsert Rock Raya 3 Gegaran di TV3. Konsert ini dirakamkan pada 20 Julai 2011 dan ditayangkan pada 4 September 2011 (hari raya kelima).

Pada 26 April 2014 XPDC menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang dengan konsert Return of Rock XPDC Live in Concert 2014.

2015 - Sekarang

[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Jun 2015, XPDC yang dibarisi Mael, Izo, Eddie dan Lola muncul dalam malam rakaman Konsert Rockestra XPDC: Aku Masih Disini Stadium Merdeka Kuala Lumpur bersempena menyambut ulang tahun ke-26 penubuhan kumpulan ini. XPDC dilanda masalah dalaman dan juga kegagalan menyempurnakan konsert tersebut termasuk impian malam rakaman turut berkecainya mengakibatkan Mael dan Izo kembali bersengketa di mana mengikut sumber daripada pihak Life Records sepatutnya XPDC kembali merakamkan album terbaharu namun perbalahan yang tidak dapat diselesaikan ketika itu, Izo membawa kembali barisan XPDC V6 (Ali, Izo dan Lola serta Eddie - menggantikan Yantoi)

XPDC telah terpecah kepada dua band berpunca daripada kegagalan menyempurnakan impian malam rakaman konsert tersebut itu berkecai kerana isu yang tidak dapat dielakkan mengakibatkan XPDC berpecah kepada dua kumpulan(XPDC dan Xpdc Kita Peng-Yu). Mael mengambil keputusan untuk meninggalkan XPDC yang line-up pada masa itu (Mael, Izo, Lola dan Eddie).

Mael kemudian mencari bekas anggota XPDC iaitu Zuar (Viper), Amy (kamikaze) dan memanggil Jeff dari kumpulan Giegiel sebagai gitaris, untuk membentuk XPDC yang baharu iaitu XPDC Kita Peng-Yu. Ali pula telah di lamar semula oleh Izo dan membuat keputusan untuk terus bersama semula dengan Izo. Kedua-dua kumpulan bergerak aktif membuat persembahan². Dengan komitmen yang tinggi di tunjukkan oleh kedua² kumpulan, kedua²nya berjaya kekal dalam persada muzik Malaysia.

Masalah kembali timbul apabila kedua-dua kumpulan XPDC, Izo dan Mael mempertahankan hak masing - masing untuk menggunakan nama XPDC.[1] Kedua-dua kumpulan ini masih menggunakan nama yang sama dan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe dan Pesta Pulau Pinang. Sehingga kini penggunaan nama XPDC masih belum diputuskan. Mengikut Life Records hak dan nama XPDC adalah milik Life Record yang didaftarkan pada tahun 1998.[2] Tetapi pihak Life Records tidak menghalang kedua-dua kumpulan untuk mengunakan nama XPDC. Hanya dua kumpulan mutlak ini sahaja yang mendapat kebenaran dari Life Records untuk menggunakan nama XPDC.

XPDC versi Ali/Izo masih mengekalkan nama dan logo asal XPDC namun peminat-peminat lebih mengenali nama XPDC versi Ali/Izo sebagai XPDC Militia bersempena dengan team merchandise mereka yang menggunakan nama XPDC Militia.

XPDC versi Mael telah memutuskan untuk menggunakan nama XPDC Kita Peng Yu (ada sedikit perubahan pada logo seperti simbol petir pada huruf X dan C). Dengan itu, peminat boleh membezakan antara dua XPDC ini.

XPDC

  • Ali (Penyanyi)
  • Izo (Gitar Utama / Gitar Irama)
  • Lola (Drum)
  • Eddie (Gitar bass)
  • Arif Izo (Gitar Irama / Gitar Utama)
  • Mamu Zul (Penyanyi sessionist)

XPDC 'Kita Peng Yu'

  • Mael (meninggal dunia)
  • Ary (Penyanyi)
  • Jeff ( Gitar Utama)
  • Zuar (Gitar Bass)
  • Amy (Drum)


XPDC meneruskan pejuangan mereka dengan menerbitkan album studio seterusnya berjudul 'DOA' pada 2018, mereka juga telah menjayakan beberapa siri konsert. Antaranya konsert Metal Return 1.0 bersama dengan kumpulan 'May', Public Distortion 2017 bersama Kumpulan 'Prime Domestic'. Mereka juga telah muncul dalam rancangan TV RTM antaranya Lentera Muzika-XPDC, Hiburan Minggu ini - XPDC Unmetal, Inspirasi Syawal XPDC vs Hujan dan juga Mentor

Mereka juga telah menjadi 'Naib Johan dalam Anugerah Nasyid 2019' anjuran Ikim.Fm menerusi lagu Doa. Berbanding XPDC Kita Peng-Yu yang lebih mendapat sambut penganjur Karnival. XPDC Militia pula lebih di pilih untuk membuat persembahan di pentas-pentas besar dan rancangan TV.

Vokalis XPDC Ali, pada 2021 telah mengalami kemalangan yang mana menyebabkan wajah, badan dan tangannya terbakar dan melecur namun sembuh sepenuhnya. Pada 2022 pula beliau sekali lagi di uji apabila mengalami stroke ketika dalam proses persiapan untuk Konsert XPDC Jualan Hitam 2023, yang mana akhirnya konsert tersebut telah menjadi Konsert Jualan Hitam 2023 - Tribute to Ali, yang mana tempat Ali telah di gantikan dengan Muss, Yabang, Chi Dr Kronik, Aweera dan Daqmie Barongan. Namun beberapa bulan selepas itu Ali telah beransur sembuh dan muncul semula bersama XPDC dalam konsert XPDC- Metal Madness 2023 yang bertempat di Panggung Asia Gombak.

XPDC Kita Peng-Yu yang dibarisi oleh Mael, Jeff, Zuar dan Amy telah menjayakan beberapa konsert besar antaranya konsert Rockstage - Sound Of War XPDC & FTG yang diadakan pada 7 Oktober 2017 dan telah menjayakan konsert Metal Legends XPDC & Cromok pada Februari 2018. Mereka juga sangat aktif membuat persembahan di karnival-karvinal dan expo di seluruh semenanjung Malaysia.

  • Nama XPDC yang telah di trademark kan oleh Life Record telah memberi kebenaran untuk kedua - dua kumpulan untuk menggunakan nama XPDC.
  • Pada 27 April 2023 penyanyi XPDC(Kita-Peng-Yu) iaitu Syed Ismail bin Syed Ibrahim (Mael) telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 malam di Hospital Muar[3]
  • Selepas vokalis XPDC 'Kita-Peng-Yu' Mael meninggal dunia, Ary selaku bekas vokalis kumpulan Fahrenheit mengambil alih tugas tersebut sebagai vokalis 'XPDC KITA PENG YU'. Peminat memberi sokongan terhadap ary, kerana tidak mahu Xpdc kita peng yu melakukan kesilapan seperti kumpulan² rock yang lain, yang mengambil penyanyi tidak bersesuaian dan akhirnya terkubur.
  • Izo yang memulakan karier artis sebagai anggota asal XPDC semenjak XPDC ditubuhkan dari tahun 1988 hingga kini terus kekal teguh bersama XPDC di dalam suka dan duka. Mengguruskan dan menjaga XPDC yang anggotanya silih berganti. Beliau memacu dan terus mengerakan XPDC ke hadapan merentas zaman. Izo merupakan pencipta muzik dan penulis lirik lagu² kumpulan XPDC, secara langsung membentuk XPDC.

Ahli-ahli

[sunting | sunting sumber]

Sebelum XPDC
Tragedy 1983 - 1988 :

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Man Tobey - Bass
  4. Yazid - Dram


Album:

Tiada


Setelah XPDC wujud
XPDC 1989 - 1990:

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Lee Space - Dram


Album:
Darjah Satu (1990)*Lagu baharu


XPDC 1991-1997:

  1. Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar - Bass
  4. Amy - Dram


Album:

  1. Timur Barat (1992)*Lagu baharu
  2. Kita Pengyu (1994)*Lagu baharu
  3. Kompilasi Rock Ballad (1995)
  4. Kompilasi Headbang (1996)
  5. Brutal (1997)*Lagu baharu


XPDC 1998-2015:

  1. Ali (Terra Rossa) - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar/Yan Toi (Lefthanded) - Bass
  4. Lola/Amy/Pae - Dram


Album:

  1. Konsert Raksasa (Stadium Negara ) (1998)
  2. Konsert XPDC Brutal (Shah Alam) (1998)
  3. Samurai (1998)*Lagu baharu
  4. The Industrial Tribute to XPDC [Kenjuro Harada] (1999)
  5. Xpdc Vs Amuk (2000)
  6. Xpdc Vs Rusty Blade (2000)
  7. Metal 50an & 60an (2000)
  8. Real & Reality (2000)
  9. Unmetal I (2000)*Gubahan semula
  10. V6 (2002)*Lagu baharu
  11. Unmetal II (2003)*Gubahan semula
  12. Kompilasi Anti Perang (2003)
  13. Kompilasi medley Mdley Rugged (2005)
  14. Kompilasi Rockerena (2006)
  15. Unmetal III (2013)*Gubahan semula


XPDC Reunion 2006-2015:

  1. Ali/Mael - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Zuar/Yantoi - Bass
  4. Amy/Lola- Dram


Album:

  1. Rasopariso (2009)*Lagu baharu
  2. Rasopariso (The Relaunch) (2010)


XPDC 2015:

  1. Mael(menggantikan Ali yang mengundurkan diri kerana ingin fokus dengan pengajian agama pada waktu itu)
  2. Izo - Gitar
  3. Lola - Dram
  4. Eddie - Bass


XPDC 2015 - kini:
XPDC telah berpecah kepada dua iaitu XPDC(Ali) dan XPDC Kita Peng-yu(Mael) (arwah Mael di gantikan oleh Ary). Kedua-dua XPDC diberikan kebenaran oleh Life Records untuk menggunakan nama XPDC.

XPDC :

  1. Ali - Vokal
  2. Izo - Gitar
  3. Lola - Dram
  4. Eddie - Bass, suara latar
  5. Arif Izo- Gitar


Album:
Doa (2018)

XPDC Kita Peng Yu:

  1. Ary 'Fahrenheit' - Vokal
  2. Jeff 'Giegiel' - Gitar
  3. Zuar 'Viper' - Bass, suara latar
  4. Amy 'Handy Black' - Dram


Album:

Tiada

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
Tahun Judul Jualan
1990 Darjah Satu
  • Penerbit album : J.S. Kevin
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 150,000 unit
1992 Timur Barat
  • Penerbit album : J.S. Kevin, XPDC
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 100,000 unit
1994 Kita Peng-Yu
  • Penerbit album : J.S. Kevin & XPDC
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 350,000 unit
1997 Brutal
  • Penerbit album : Izo, J.S. Kevin
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 450,000 unit
1998 Samurai
  • Penerbit album : Mahmud Abu Bakar, Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 200,000 unit
2002 V6
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 100,000 unit
2009 Rasopariso
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Hup Hup Sdn Bhd
Melebihi 25,000 unit
2018 Doa
  • Penerbit album : Izo
  • Label : Blockchain Island Sdn Bhd
anggaran 40,000 unit

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Filem Cetera
Tahun Tajuk Watak
1992 Nadia (Penampilan Khas - XPDC jadi band jemputan serta Eddy Badry dia takde dalam film tersebut)
2001 Dari Jemapoh Ke Manchestee Lagu latar
2001 Getaran (Penampilan Khas - XPDC)
2003 Sakinah. Dalam telemovie ini, barisan XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan dan Lola.
2003 Apa Nak Dikata Dalam telemovie ini, barisan XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan dan Lola.

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]


Kisah Lola oleh Man Channel