Wikipedia:Selamat datang
Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas yang ditulis secara kerjasama oleh para pengunjungnya. Laman ini merupakan sebuah Wiki, yang bermaksud sesiapa sahaja termasuk anda boleh mengubah atau menyunting setiap rencana yang ada dengan menekan pautan sunting yang terdapat pada sudut atas setiap rencana di Wikipedia. Namun diingatkan jangan melaku musnah suntingan.
Meninjau Wikipedia
Di dalam Wikipedia terdapat banyak rencana yang mempunyai banyak bidang tertentu. Untuk melihatnya, rujuklah Laman Utama, carilah perkara yang dilihat menarik, dan mulakan penjelajahan ke atasnya. Terdapat juga kotak gelintar pada sebelah tepi setiap laman.
Jika anda menemui sesuatu yang menarik dan anda menyukainya. Anda boleh meninggalkan nota pada laman perbincangan tersebut. Mula-mula pilih pautan perbincangan (terdapat pada sudut atas laman) untuk pergi ke laman perbincangan, kemudian pilih pada laman perbincangan (terletak pada sudut atas laman, bersebelahan dengan pautan sunting. Kami selalu gembira mendapat maklum balas yang positif.
Menyunting
Semua orang boleh menyunting laman di Wikipedia (termasuk laman ini!). Hanya pilih pautan Sunting laman ini pada puncak atau dasar laman jika anda percaya ia boleh diperbaiki lagi. Anda tidak memerlukan keahlian khusus; dan anda juga tidak perlu log masuk (walaupun anda digalakkan untuk sentiasa log masuk (login).
Cara termudah untuk mula membantu adalah dengan menggunakan Wikipedia sebagaimana anda menggunakan ensiklopedia yang lain, tetapi apabila anda berhadapan dengan masalah seperti — kesalahan ejaan, atau ayat yang tidak jelas— klik "Sunting" dan perbaikilah kesalahan itu.
Beranikanlah diri anda dalam mengemaskini laman. Jika anda rasa boleh membaiki isi kandungan laman, perbaikilah laman itu. Jangan takut melakukan kesilapan (sebahagian besar penyumbang rencana Wikipedia juga pernah melakukan kesilapan pada awal pembabitan masing-masing di Wikipedia). Bila anda melakukan kesilapan, anda atau orang lain dapat memperbaiki kesilapan tersebut pada waktu kemudian. Anda mungkin merasakan ia sedikit menakutkan! Lihatlah Jawapan kritikan terhadap Wikipedia untuk penjelasan mengapa sistem ini berjaya.
Walaupun Wikipedia telahpun mengandungi banyak rencana (kira-kira sebanyak 395,323 pada kiraan semasa), Wikipedia berkembang secara berterusan dengan penambahan jumlah rencana yang sedia ada. semuanya ditulis oleh individu-individu seperti Anda. Anda dapat mencipta rencana baru atau membaiki rencana-rencana yang sedia ada.
Kami memiliki beberapa polisi yang mungkin perlu untuk diteliti. Khususnya, sudut pandangan berkecuali (NPOV) yang bermakna rencana-rencana yand ditulis harus neutral dan tanpa berat sebelah, dan harus mewakili beberapa sudut pandangan yang berbeza secara objektif dan tertib. Semua sumbangan Wikipedia diterbitkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL). Lesen GFDL digunakan untuk memastikan Wikipedia dan rencana-rencananya sentiasa diperoleh secara bebas (Lihat Wikipedia:Hakcipta untuk maklumat lanjut).
Selamat mencuba dan berjaya!
Lihat juga
Berikut adalah beberapa maklumat lebih lanjut tentang pendahuluan:
Maklumat umum, panduan, dan bantuan
- Mengenai Wikipedia
- Pengumuman mengenai hebahan penting dan pencapaian terkini Wikipedia.
- Laman bantuan - ajukan soalan, atau terus lakukan sesuatu.
- FAQ Wikipedia - persoalan lazim yang sering ditanya mengenai Wikipedia.
- Dasar dan garis panduan untuk menyumbang.
Tips dan panduan untuk mula
Komuniti Wikipedia
- Khas:Senarai pengguna - daftar penyumbang dan ahli pengguna.
- Ahli Wikipedia - senarai nama ahli penyumbang tetap, anda boleh senaraikan nama anda jika mahu.
- Hubungi kami