Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/21 Disember
Penampilan
21 Disember: Solstis Disember (05:04 UTC Hemisfera Utara, 17:11 UTC Hemisfera Selatan, 2013)
- 69 – Vespasianus menjadi Maharaja Rom yang keempat memerintah secara berturut-turut.
- 1937 – Filem cetera animasi pertama, Snow White and the Seven Dwarfs yang berdasarkan cerita pari-pari Puteri Salji, mengadakan tayangan perdananya.
- 1962 – Taman negara Norway yang pertama, Taman Negara Rondane (gambar) diasaskan.
- 1968 – Penerbangan manusia pertama ke Bulan (dan jasad cakerawala lain), Apollo 8 dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, A.S.
- 1988 – Sebutir bom memusnahkan Penerbangan 103 Pan Am ketika pesawat itu berada di ruang udara Lockerbie, Scotland, membunuh 270 orang termasuk 11 di atas tanah.
Hari-hari sebelum: 20 Disember – 19 Disember – 18 Disember