Wifredo Lam
Wifredo Óscar de la Concepción Lam y Castilla (Cina tradisional: 林飛龍 ; Jyutping: lam4 fei1lung4; 8 Disember 1902 – 11 September 1982), ataupun lebih dikenali sebagai Wifredo Lam, merupakan seorang artis Cuba. Ayahnya merupakan berbangsa Cina manakala ibu berkeluarga Afrika dan Sepanyol. Beliau terdedah dengan amalan dan sambutan ritual yang memberi pengaruh artistik besar padanya. Pada usia 21 tahun, beliau belajar kesenian di Madrid dan tinggal di Sepanyol selama 14 tahun. Dalam tempoh itu, Lam banyak terdedah pada pelbagai lukisan seperti surealisme serta karya pelukis Henri Matisse dan Pablo Picasso.
Lam kembali ke Havana pada tahun 1941 dan membangkitkan kesedaran baharu mengenai tradisi Afro-Cuba. Lam memaparkan ciri-ciri tersendiri unsur keagamaan Afrika-Cuba melalui teknik surealisme. Lukisannya mempunyai karakter bahagian manusia, haiwan dan elemen vegetal.
Karya terkenal beliau, 'The Jungle' mencetus kontroversi apabila dipamerkan di New York pada tahun 1943. Karya hebat beliau yang lain termasuklah 'The Third World' yang dilukis untuk istana Fidel Castro, 'Maternity In Green', 'The Wedding', 'Seated Woman' dan banyak lagi.