Pergi ke kandungan

Phacochoerus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Warthog)

Phacochoerus
Babi kutil am jantan
Phacochoerus africanus
Rizab Kalahari Tswalu Kalahari, Afrika Selatan
Pengelasan saintifik s
Templat taksonomi hilang (baiki): Phacochoerinae
Genus: Phacochoerus
F. Cuvier, 1826
Spesies

Phacochoerus aethiopicus
Phacochoerus africanus

Phacochoerus merupakan genus dalam keluarga Suidae yang umum dikenali sebagai warthog (babi kutil). Ia merupakan satu-satunya genus dalam subkeluarga Phacochoerinae. Ia terdapat di habitat lapang dan separa lapang, juga di kawasan yang agak gersang seperti Afrika Subsahara. Ia terdiri daripada dua spesies yang dahulunya dikira satu di bawah nama saintifik Phacochoerus aethiopicus, tetapi kini terbahagi kepada babi kutil gurun yang mewarisi nama saintifik tersebut sedangkan spesies yang paling umum diketahui iaitu babi kutil am dipanggil Phacochoerus africanus.[1]

Tengkorak

Biarpun berbulu kejur, badan dan kepalanya kelihatan berbulu jarang dari jauh dan hanya nampak bulu rabung di sepanjang belakang serta jambak pada pipi dan ekor. Ketara sekali pula gadingnya yang tumbuh sepanjang 25.5 hingga 63.5 cm (10.0 hingga 25.0 in) pada jantan tetapi sentiasa lebih pendek bagi betina.[2] Rata-ratanya herbivor tetapi ada kalanya juga makan binatang kecil.[3] Biarpun kedua-dua spesies agak kerap ditemui dan oleh itu digolongkan sebagai Sedikit Bimbang oleh IUCN, namun subspesies nominat bagi babi kutil gurun, iaitu babi kutil Tanjung, pupus sekitar 1865.[4]

  1. ^ Wilson, D.E.; Reeder, D.M., penyunting (2005). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Novak, R. M. (editor) (1999). Walker's Mammals of the World. Vol. 2. 6th edition. Johns Hopkins University Press, Baltimore. ISBN 0-8018-5789-9
  3. ^ Kingdon, J. (1997). The Kingdon Guide to African Mammals. Academic Press Limited, London. ISBN 0-12-408355-2
  4. ^ Templat:IUCN2010.1