Walrus
Walrus | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | Odobenidae Allen, 1880
|
Genus: | Odobenus Brisson, 1762
|
Spesies: | O. rosmarus
|
Nama binomial | |
Odobenus rosmarus (Linnaeus, 1758)
| |
Subspesies | |
O. rosmarus rosmarus | |
Taburan walrus |
Walrus atau juga gajah mina[1] merupakan sejenis mamalia laut yang tinggal di Laut Utara.
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Menurut J.R.R. Tolkien,[2] perkataan "walrus" itu datang daripada rumpun bahasa Jermanik baik dari bahasa Belanda atau bahasa Norse lama; komponen "wal-" dikatakan berasal daripada walvis iaitu "ikan paus" dalam bahasa Belanda manakala komponen "-rus" dikatalan berasal daripada "hross" aitu "kuda" (lihat juga horse)'.[3] Ada juga teori yang menyatakan ia datang daripada gabungan kata bahasa Belanda wal ("pantai") dan reus ("gergasi").[4]
Nama "gajah mina" pula datang daripada perkaitan rupa haiwan ini dengan suatu haiwan lagenda dalam mitologi Hindu iaitu Makara yang dipercayai ada kepala gajah dan badan ikan (mina)[5][1] - kamus dwibahasa Wilkinson ada memberikan tafsiran lain nama ini yang beralih sebagai "ikan paus".[6]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Walrus ialah sejenis mamalia dari order Carnivora. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam keluarga Odobenidae, salah satu tiga garis keturunan dalam superkeluarga Pinnipedia bersama-sama Phocidae dan Otariidae.
Terdapat dua subspesies walrus yang dikenal pasti secara meluas iaitu walrus Atlantik (O. r. rosmarus- Linnaeus, 1758) dan walrus Pasifik (O. r. divergens - Illiger, 1815). Perbezaan genetik yang tetap antara kedua-dua subspesies ini menandakan suatu pemisahan dalam taburan mereka yang berlaku dalam dianggarkan antara 500 dan 785 alaf yang lalu.[7]
Taburan dan tabiat
[sunting | sunting sumber]Walrus Pasifik mempunyai taburan lebih banyak daripada walrus Atlantik. Kebanyakan walrus Pasifik kelihatan pada musim panas di kawasna utara Selat Bering di Laut Chukchi sepanjang lautan Artik ke pesisiran utara Siberia Barat berhampiran Pulau Wrangel, di Laut Beaufort sepanjang pesisiran utara Alaska ke Pulau Unimak[8] serta di perairan antara kedua-dua kawasan ini. Walrus Atlantik pula bertaburan di kawasna pesisiran utara Kanada ke Greenland, Svalbard, serta kawasan barat Rusia Artik.
Haiwan ini cenderung hidup di kawasan berpentas benua serta mencari makanan di dasar laut, tuertamanya dari dasar ais laut.[9]
Pemakanan
[sunting | sunting sumber]Ia mampu makan pelbagai jenis haiwan sehingga sebanyak 60 jenis termasuk udang, ketam, batu karang lembut, timun laut, moluska sehingga juga anggota hidupan pinniped lain.[10] Walau bagaimanapun, haiwan ini paling menggemari moluska bivalva seperti kepah yang muncul di dasar laut.[11]
Paus pembunuh dan beruang kutub sahaja yang merupakan haiwan pemangsa kepada walrus.[12]
Hubungan dengan manusia
[sunting | sunting sumber]Secara tradisinya, kesemua bahagian walrus mempunyai kegunaannya yang tertentu:[13]
- daging ia merupakan sumber makanan penting pada musim sejuk,
- tetaring ia dijadikan bahan membuat peralatan dan perhiasan,
- minyak yang dihasilkan dari lemak ia digunakan sebagai bahan api,
- kulit ia yang tebal dijadikan bahan penutup sampan dan rumah serta tali,
- isi perut ia dijadikan bahan pelapik dan pakaian kalis air.
Haiwan ini banyak diburu oleh para pemburu anjing laut dan ikan paus dari Amerika Utara dan Eropah pada abad ke-18 dan 19 sehingga hampir melenyapkan taburan walrus Atlantik.[14] Pemburuan secara komersil kini diharamka dalam lingkungan habitat ia, namun masyarakat peribumi tertentu seperti orang-orang Chukchi, Yupik and Inuit[15] dibenarkan memburu sebilangan kecil walrus pada hujung musim panas.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "gajah mina". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ J.R.R. Tolkien and the OED, J.R.R. Tolkien and the OED
- ^ Dictionary.com. Dictionary.reference.com. Retrieved 16 September 2011.
- ^ Etymology of mammal names. Iberianature.com (29 December 2010). Retrieved 16 September 2011.
- ^ "Makara". ASEAN Cultural Heritage Archive. Dicapai pada 16 Januari 2021.
- ^ Wilkinson, Richard James (1901). A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 556. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ Hoelzel, A. R., penyunting (2002). Marine mammal biology: an evolutionary approach. Oxford: Blackwell Publishing. ISBN 0-632-05232-5.
- ^ "Izembek National Wildlife Report Sept 2015" (PDF). USFWS. Dicapai pada 26 March 2017.
- ^ Fay, F.H. (1985). "Odobenus rosmarus". Mammalian Species. 238 (238): 1–7. doi:10.2307/3503810. JSTOR 3503810.
- ^ Sheffield G.; Fay F. H.; Feder H.; Kelly B. P. (2001). "Laboratory digestion of prey and interpretation of walrus stomach contents". Marine Mammal Science. 17 (2): 310–330. doi:10.1111/j.1748-7692.2001.tb01273.x.
- ^ Levermann, N.; Galatius, A.; Ehlme, G.; Rysgaard, S.; Born, E.W. (2003). "Feeding behaviour of free-ranging walruses with notes on apparent dextrality of flipper use". BMC Ecology. 3 (9): 9. doi:10.1186/1472-6785-3-9. PMC 270045. PMID 14572316. Unknown parameter
|last-author-amp=
ignored (bantuan) - ^ Appliance, Mr. "Walrus Predators". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-26. Dicapai pada 2019-01-20.
- ^ US Fish and Wildlife Service (2007). "Hunting and Use of Walrus by Alaska Natives" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-05-15. Dicapai pada 2019-01-20.
- ^ Bockstoce, J.R.; Botkin, D.B. (1982). "The Harvest of Pacific Walruses by the Pelagic Whaling Industry, 1848 to 1914". Arctic and Alpine Research. 14 (3): 183–188. doi:10.2307/1551150. JSTOR 1551150. Unknown parameter
|lastauthoramp=
ignored (bantuan) - ^ Chivers, C.J. (25 Ogos 2002). "A Big Game". New York Times Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2008. Dicapai pada 17 September 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)