Wahid Satay
Wahid Satay | |
---|---|
Kelahiran | Abdul Wahid bin Haji Ahmad 1930 |
Meninggal dunia | 22 Mei 2023 | (umur 92–93)
Sebab kematian | Kencing manis dan serangan jantung |
Dikebumikan | Pusara Aman, Singapura |
Nama lain | A. Wahid, Wahid Satay |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi |
Tahun aktif | 1948–2005 |
Pasangan | Azimah Mohd Talib (k. 1953; m. 1994) |
Anak-anak | 6 |
Abdul Wahid bin Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai A. Wahid atau Wahid Satay (1930 – 22 Mei 2023) merupakan seorang pelakon dan pelawak filem Melayu Singapura.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Wahid Satay dilahirkan di Indragiri, Riau, Indonesia[1] pada 1930 dan pindah ke Singapura pada tahun 1935.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Gelaran Wahid Satay itu diberikan mendiang Loke Wan Tho, pemilik Pertubuhan Cathay dan digunakan sejak beliau berlakon dalam filem Pontianak bersama Maria Menado yang dapat bertahan selama tiga bulan di Panggung Cathay dan memberikan saingan kepada filem Hollywood, Samson and Delilah.
Sewaktu menjadi pelakon filem di Cathay keris, Wahid banyak membintangi filem-filem bercorak lawak jenaka, malah digelar Jerry Lewis Malaya.
Wahid juga berlakon dalam banyak filem seperti filem Pak Pandir Moden, Jula Juli Bintang Tiga, Masuk Angin Keluar Asap, Serangan Orang Minyak dan Chuchu Datok Merah yang dikeluarkan oleh Studio Cathay Keris.
Pada tahun 1958, Wahid berlakon dalam filem Serangan Orang Minyak sebagai pelakon pembantu. Pada 1959, beliau juga menjadi pelakon pembantu dalam filem Rasa Sayang Eh. Wahid mula memegang peranan utama dalam filem Pak Pandir Moden pada tahun 1960. Pada tahun 1960 juga sebagai pelakon utama dalam filem Che Mamat Parang Tumpul.
Puas hati dengan kelakonannya, beliau dihantar oleh Cathay-Keris Film Productions bersama Roseyatimah, Latifah Omar dan pengarah, Hussein Haniff, ke Pesta Filem Asia ke-10 pada 1963 di Tokyo, Jepun.
Pada 1961 beliau berlakon dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang memegang watak sebagai awang, dan dalam filem Puteri Gunong Ledang sebagai watak utama pada tahun 1961. Dalam filem Chelorong Cheloreng (1962) memegang sebagai watak utama. Filem Badang (1962), pelakon utama sebagai Badang. Dalam filem Mabuk Kepayang (1962) sebagai pelakon Utama. Filem Pontianak Gua Musang (1964) memegang sebagai watak utama. Filem Tiga Botak (1965) memegang sebagai watak utama. Filem Naga Tasik Chini (1966) memegang sebagai watak utama. Filem Dua Kali Lima (1966) memegang sebagai watak utama. Filem Mat Tenggek (1979) memegang sebagai watak utama. Filem Tuan Besar (1980) memegang sebagai watak utama sebagai Tuan Wahid. Filem Pontianak Harum Sundal Malam (2004) sebagai artis jemputan, pembesar istana. Filem Senario XX (2005) memegang sebagai pelakon pembantu, watak sebagai tok ketua.
Selain berlakon, Wahid juga berbakat sebagai pelukis dan penyanyi serta pernah mencipta lagu untuk M. Ishak dan Ahmad Jais. Wahid Satay mengarang lagu "Sumpah Setia" untuk rakaman Ahmad Jais & The Antartics di tahun 1967.
Badang merupakan filem terakhir beliau.
Selain berlakon, beliau pernah melakukan pelbagai kerja lain seperti memunggah kelapa ke perahu Bugis yang berlabuh di Sungai Kallang, mencuci pinggan di Satay Club di Beach Road dan menjadi kelasi kapal mengelilingi dunia.
Ketika itu, jika tidak belayar, Wahid menyumbangkan suara dan bermain alat muzik dengan pancaragam Sri Pemuda Harmonian Party.
Wahid kini menetap di di Eunos Crescent, Singapura.
Kematian
[sunting | sunting sumber]Wahid Satay meninggal dunia pada 22 Mei 2023 di kediamannya di Singapura pada pukul 8.30 pagi di usia 93 tahun.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1948 | Pertaruhan | Filem pertama, pelakon tambahan | |
1957 | Pontianak | Ali | |
1958 | Satay | Kamil | |
Serangan Orang Minyak | Baning | ||
Sumpah Pontianak | Ali | ||
Che Mamat Parang Tajam | Che Mamat | ||
1959 | Rasa Sayang Eh | Baning | |
Jula Juli Bintang Tiga | Kering | ||
1960 | Pak Pandir Moden | Kulop | |
Che Mamat Parang Tumpul | Che Mamat | ||
1961 | Sultan Mahmud Mangkat Dijulang | Awang | |
Puteri Gunong Ledang | |||
Sri Mersing | Jalak | ||
Gado-gado | |||
Lela Satria | |||
1962 | Chelorong Cheloreng | Cheloreng | |
Badang | Badang | ||
Mabuk Kepayang | Ahmad | ||
Jula Juli Bintang 7 | Mertoh | ||
Laila Majnun | |||
1963 | Gul Bakawali | ||
Masuk Angin Keluar Asap | Wahid | ||
Gila Talak | Wahid / Wahab | ||
1964 | Pontianak Gua Musang | Ali | |
1965 | Muda Mudi | ||
Tiga Botak | Wahid | ||
1966 | Naga Tasik Chini | Belitong | |
Dua Kali Lima | Wahid | ||
Anak Dara | Laba | ||
1979 | Mat Tenggek | Wahid | |
Dendang Perantau | Wahid | ||
1980 | Tuan Besar | Tuan Wahid | |
2004 | Pontianak Harum Sundal Malam | Pembesar Istana | Penampilan khas |
2005 | Senario XX | Tok Ketua | Filem terakhir |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Geng Skru Drebar | Encik Wahid | Mediacorp Suria | Telemovie melayu Singapura |
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Lagu-lagu
[sunting | sunting sumber]- Selamat Tinggal (1967) diiringi oleh The Blue Beats.
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]- Pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik FFM - "Mabok Kepayang" (1962)
- Anugerah Oskar Black Gold bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Pesta Filem Asia di Manila pada 1963 - "Mabok Kepayang" (1962)
- Pelawak Terbaik dalam Pesta Filem Asia di Taiwan pada 1966. -
- Anugerah Perdana Emas oleh MediaCorp dalam acara Pesta Perdana 2007
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Abdul Wahid Bin Ahmad". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-01. Dicapai pada 2013-01-06.