Vaksin denggi
Data klinikal | |
---|---|
Nama dagang | Dengvaxia |
Nama lain | CYD-TDV |
AHFS/Drugs.com | Monograph |
Data lesen | |
Kaedah pemberian | Suntikan subkutaneus |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
Vaksin denggi merupakan sejenis vaksin yang digunakan untuk mencegah demam denggi pada manusia.[1] Setakat tahun 2019[kemas kini], satu versi vaksin denggi yang dikenali sebagai CYD-TDV sudah tersedia secara komersial, dan dijual di bawah jenama Dengvaxia.[2] Vaksin hanya disyorkan kepada mereka yang pernah menghidap demam denggi atau dalam kalangan populasi yang kebanyakan orang telah dijangkiti sebelum ini.[2] Nilai vaksin ini terhad kerana ia boleh meningkatkan risiko denggi teruk pada mereka yang tidak pernah dijangkiti sebelum ini.[2][3] Ia diberikan dalam bentuk tiga suntikan selama setahun.[1]
Antara beberapa kesan sampingan yang biasa dialami termasuklah sakit kepala, sakit di tapak suntikan, dan sakit otot umum.[1] Antara kesan sampingan yang teruk mungkin termasuklah anafilaksis.[1] Penggunaan vaksin ini tidak disyorkan pada mereka yang mempunyai fungsi imun yang lemah.[1] Keselamatan penggunaan vaksin ini untuk mereka yang sedang mengandung tidak jelas.[1] Dengvaxia merupakan vaksin dengan virus hidup tetapi lemah, dan berfungsi dengan mencetuskan tindak balas imun terhadap empat jenis virus denggi.[4][1]
Setakat tahun 2021[kemas kini], vaksin denggi telah diluluskan untuk kegunaan perubatan pada 19 buah negara, termasuklah Amerika Syarikat pada tahun 2019.[4][5][6] Vaksin ini telah dimasukkan pada Senarai Model Ubat Penting WHO.[7] Di Indonesia anggaran kos vaksin ini adalah sekitar US$207 untuk tiga dos saranan setakat tahun 2016.[8] Perkembangan vaksin denggi bermula sejak 1920-an, tetapi terbantut kerana keperluan untuk membentuk keimunan melawan keempat-empat serotip denggi yang wujud.[9] Beberapa calon vaksin lain yang sedang dikembangkan menggunakan prinsip yang termasuklah pelemahan virus, penyahaktifan virus, DNA serta protein subunit.[9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g "Dengue Vaccine Live Monograph for Professionals". Drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 October 2019. Dicapai pada 14 November 2019.
- ^ a b c "Dengue vaccine: WHO position paper – September 2018". Weekly Epidemiological Record. 93 (36): 457–76. September 2018.
- ^ Redoni M, Yacoub S, Rivino L, Giacobbe DR, Luzzati R, Di Bella S. (February 2020). "Dengue: Status of current and under-development vaccines". Reviews in Medical Virology: e2101. doi:10.1002/rmv.2101. PMID 32101634.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b "First FDA-approved vaccine for the prevention of dengue disease in endemic regions" (Siaran akhbar). 1 May 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2019. Dicapai pada 14 November 2019. Rencana ini mengandungi teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awam:
- ^ Prevatt, Natalie; Behrens, Ron H. (2021). "23. Paediatric vaccines for travel outside Europe". Dalam Vesikari, Timo; Damme, Pierre Van (penyunting). Pediatric Vaccines and Vaccinations: A European Textbook (dalam bahasa Inggeris) (ed. Second). Switzerland: Springer. m/s. 275–276. ISBN 978-3-030-77172-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2022. Dicapai pada 8 January 2022.
- ^ "Dengvaxia". U.S. Food and Drug Administration (FDA). 21 May 2019. STN 125682. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2019. Dicapai pada 6 December 2019. Rencana ini mengandungi teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awam:
- ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
- ^ "Dengue Fever Vaccine Available in Indonesia". 17 October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2016. Dicapai pada 17 October 2016.
- ^ a b McArthur, MA; Sztein, MB; Edelman, R (August 2013). "Dengue vaccines: recent developments, ongoing challenges and current candidates". Expert Review of Vaccines. 12 (8): 933–53. doi:10.1586/14760584.2013.815412. PMC 3773977. PMID 23984962.
- Source attribution
- Template:drugs.com link with non-standard subpage
- Drugs with non-standard legal status
- Infobox rencana dadah tanpa gambar struktur
- Chemical articles without CAS registry number
- Articles without EBI source
- Chemical pages without ChemSpiderID
- Chemical pages without DrugBank identifier
- Articles without KEGG source
- Articles without InChI source
- Articles without UNII source
- Chemicals using indexlabels
- Dadah yang tidak mempunyai kod ATC
- Articles containing unverified chemical infoboxes
- Infobox drug tracked parameters
- Semua rencana yang mengandungi kenyataan yang mungkin lapuk dari tahun 2019
- Semua rencana yang mengandungi kenyataan yang mungkin lapuk dari tahun 2021
- Translated from MDWiki