Video CD
{{{caption}}} | |
Jenis media: | Cakera optik |
---|---|
Pengekodan: | MPEG-1 video audio |
Muatan: | Sehingga 800 MB |
Mekanisme baca: | Laser separa pengalir dengan panjang gelombang 780 nm |
Piawai: | Buku Putih |
Dimaju oleh: | Sony & Philips |
Dilanjutkan kepada: | SVCD |
Penggunaan: | Storan audio dan video |
Dilanjutkan kepada: | SVCD |
Video CD atau VCD adalah format digital untuk menyimpan video ke dalam cakera padat. Video CD boleh dimainkan dengan menggunakan pemain VCD, komputer peribadi, pemain DVD, serta pada sesetengah konsol permainan video
Piawaian VCD mula dibangunkan pada tahun 1993[1][2] oleh Sony, Philips, Matsushita, dan JVC serta dirujuk sebagai Piawaian Buku Putih.
Spesifikasi teknikal
[sunting | sunting sumber]Bekas
[sunting | sunting sumber]Di dalam sekeping VCD, aliran audio dan video dimultiplekskan di dalam "bekas" MPEG-PS.
Video
[sunting | sunting sumber]- Kodek: MPEG-1
- Resolusi:
- Nisbah aspek:
- Kadar bingkai:
- Kadar bit: 1,150 kilobit sesaat
- Kawalan kadar: Kadar bit malar
Secara keseluruhannya, kualiti gambar adalah menyamai pita video VHS.[3] Kualiti gambar VCD dengan mampatan video yang kurang baik ada kalanya boleh jadi lebih teruk daripada video VHS, tetapi VCD berkualiti rendah biasanya sering menampilkan blok-blok dan bukannya hingar analog, serta tidak semestinya menjadi lebih teruk pada setiap penggunaan.
Resolusi 352x240 dipilih kerana ia merupakan separuh daripada resolusi video NTSC (pada kedua-dua paksi menegak dan mendatar). Resolusi 352x288 adalah lebih kurang suku daripada resolusi PAL/SECAM. Ia hampir bersamaan dengan resolusi (keseluruhan) bagi pita VHS analog.
Video VCD adalah serasi dengan piawaian DVD-Video, kecuali bagi video yang dienkodkan pada kadar bingkai 23.976 bingkai sesaat, yang perlu penggunakan tarikan 3:2.
Audio
[sunting | sunting sumber]- Kodek: MPEG-1 Audio Layer II
- Frekuensi: 44,100 hertz (44.1 kHz)
- Keluaran: Dua saluran atau stereo
- Kadar bit: 224 kilobit sesaat
- Kawalan kadar: Kadar bit malar
Seperti kebanyakan format berasaskan CD, audio VCD tidak serasi dengan piawaian DVD-Video kerana perbezaan frekuensi; DVD memerlukan 48 kHz, manakala VCD menggunakan 44.1 kHz.
Perbandingan dengan DVD
[sunting | sunting sumber]Oleh kerana saiz storan yang kecil, biasanya VCD bagi filem-filem pawagam biasanya dipakejkan dalam beberapa keping VCD yang dijual bersama. Dalam kebanyakan kes, sekeping VCD secara kasarnya menyimpan lebih kurang 60 minit masa tayangan sebelum pengguna perlu menukar cakera VCD. Namun demikian, terdapat juga pemain VCD yang boleh menyimpan beberapa keping VCD sekaligus, membolehkan cakera ditukar secara automatik sebaik sahaja VCD terdahulu habis ditayangkan.
Terdapat beberapa kelebihan VCD berbanding DVD:-
- Format VCD tiada pengekodan setempat, membolehkan VCD yang sama dimainkan pada kesemua pemain VCD di seluruh dunia.
- Beberapa judul VCD tidak boleh didapati dalam DVD dan/atau VHS di sesetengah kawasan.[4]
Namun demikian, VCD kurang popular di Eropah dan Amerika Utara kerana mudah dicetak rompak.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Hardware and Software Get an Early Start, Sony, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-25, dicapai pada 2008-02-13
- ^ Super Video Compact Disc, A Technical Explanation (PDF) (PDF), Philips System Standards and Licensing, 1998, m/s. 2, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-05-28, dicapai pada 2008-02-13
- ^ Chiariglione, Leonardo (November 6, 1992), MPEG Press Release, London, 6 November 1992, International Organization for Standardization, diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-08, dicapai pada 2008-03-20
- ^ VCD Help & FAQ - what is a vcd Diarkibkan 2008-12-18 di Wayback Machine from vcdgallery.com Retrieved on 24 April 2008
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Patent History Video CD Player - published by Philips 2003
- Patent History Video CD Disc Diarkibkan 2008-09-30 di Wayback Machine - published by Philips 2003
- What is VCD? - from VideoHelp.com
- VCD Help
- How Do You Play VCDs? Diarkibkan 2008-12-18 di Wayback Machine
- How to Play VCD on Mac/Windows computer, DVD Player - from Mireth Technology
- VCD / SVCD / miniDVD FAQ - from Doom9.org