Pergi ke kandungan

Ungu Tirus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kain yang dicelup pada zaman kini daripada spesies-spesies siput laut yang berbeza. Warna dalam gambar ini mungkin tidak megambarkannya setepat-tepatnya.

Ungu Tirus (Bahasa Yunani Kuno: πορφύρα porphúra; Latin: purpura), juga dikenali sebagai ungu diraja, ungu empayar, atau pewarna empayar, ialah pewarna ungu kemerah-merahan semula jadi. Nama Tirus merujuk kepada kota Tirus, Lubnan, dahulu di Phoenicia. Ia dirembeskan oleh beberapa spesies siput laut pemangsa dalam keluarga Muricidae, siput batu yang asalnya dikenali dengan nama Murex atau siput unam (Bolinus brandaris, Hexaplex trunculus dan Stramonita haemastoma). Pada zaman dahulu, pengekstrakan pewarna ini melibatkan puluhan ribu siput dan tenaga kerja yang banyak, dan akibatnya, pewarna itu sangat berharga. Sebatian berwarnanya ialah 6,6'-dibromoindigo.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • "Tyrian Purple". World History Encyclopedia.
  • "Making Tyrian purple". Dyes in History and Archaeology. 13: 7–13 (email the author for a copy). 1994. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-26. Dicapai pada 2010-05-11. Source of article in author's Bibliography page.
  • Purple Murex Dye in Antiquity (PDF) (Tesis). University of Iceland. December 2013.
  • "Tyrian purple". The Free Library.
  • "Royal Purple of Tyre" (PDF).