Pergi ke kandungan

Ultraman Gaia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ultraman Gaia
FormatTokusatsu, Sains fiksyen
PenciptaTsuburaya Productions
Dibintangi oleh
Takeshi Yoshioka, Hassei Takano
Lagu pembukaanUltraman Gaia! oleh Masayuki Tanaka & Kazuya Daimon
Lagu penutupLovin' You Lovin' Me by B.B.WAVES
Beat on Dream on by Tomohiko Kikuda
PenggubahToshihiko Sahashi
Negara asalJepun
Bilangan episod51
Penerbitan
Tempoh siaran24 minit (setiap episod)
Penyiaran
Saluran asalTBS, MBS
Siaran asal5 September, 1998 – 28 Ogos, 1999
Kronologi
MengikutiUltraman Dyna
Diikuti olehUltraman Nice

Ultraman Gaia (ウルトラマンガイア, Urutoraman Gaia) ialah rancangan TV tokusatsu Jepun dan rancangan ke-13 dalam Siri Ultra. Diterbitkan oleh Tsuburaya Productions dan Mainichi Broadcasting System (MBS TV), Ultraman Gaia disiarkan di stesen TV JNN (TBS, CBC, MBS, etc.) dari 5 September, 1998 hingga 28 Ogos, 1999, dengan jumlah 51 episod.

Era Ultraman Gaia terjadi pada sekitar awal abad ke-21. CRISIS , komputer berteknologi tinggi telah mengembangkan Alchemy Stars iaitu pertubuhan global yang dianggotai individu genius muda yang lahir pada era 90-an ) , bertindak meramal sekitar tahun 1996 hingga 1997 bahawa bumi dan umat manusia akan dibinasakan oleh sesuatu yang dikenali sebagai entiti yang membawa "Radical Destruction" . Teknologi yang dikembangkan oleh Alchemy Stars ini digunakan untuk membentuk sebuah pasukan pertahanan di peringkat antarabangsa yang dikenali sebagai Globalcentric Universal Alliance Radical Destruction ( GUARD ) . Pasukan ini dirahsiakan daripada masyarakat awam bagi menghindari situasi panik di seluruh dunia . The Interceptive Guards Expanded ( XIG ) adalah salah sebuah pasukan pertahanan bumi di bawah kendalian GUARD , beroperasi di sebuah pangkalan yang terletak di permukaan langit yang dikenali sebagi Aerial Base .

Gamu Takayama, seorang pemuda berusia 20 tahun merupakan seorang ilmuwan dan anggota Alchemy Stars telah bertemu dengan Gaia, gergasi legenda yang melindungi bumi. Gamu telah beberapa kali menjalankan eksperimen realiti dan maya secara rahsia bertujuan untuk menemui kehendak bumi , kemudian telah menyebabkan Gamu bergabung dengan Gaia dalam satu tubuh gergasi untuk melawan raksasa yang mengancam keselamatan bumi . Sewaktu melindungi bumi sebagai Ultraman Gaia , Gamu telah bertemu dengan Ultraman Agul , gergasi seperti Gaia yang memilih Fujimiya Hiroya sebagai hosnya. Fujimiya juga merupakan salah seorang anggota Alchemy Stars . Gamu dan Fujimiya sering berbeza pendapat mengenai pemikiran mereka tentang bumi yang harus dilindungi tetapi akhirnya memilih melupakan perbezaan fikiran mereka untuk bersatu melawan ancaman musuh .