Pergi ke kandungan

Ukit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Ukit
/ Orang Bhuket
Seorang lelaki suku kaum Bkhuket/Ukit di Sarawak, Malaysia.
Jumlah penduduk
120 (1981)[1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia (Sarawak)
Bahasa
Bahasa Bhuket, Bahasa Melayu
Agama
Kristian dan Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Ulu

Kaum Bhuket atau Kaum Ukit merupakan salah satu etnik minoriti yang masih wujud dan ditemui di Sarawak, Malaysia. Mereka ini termasuk dalam kelompok Orang Ulu.Etnik ini telah berpindah secara beramai-ramai pada tahun 1998 dari Sungai Balui(Hulu Sungai Rajang) ke petempatan baharu di Sg. Asap,Belaga. Mereka juga dianggap sebagai subkumpulan orang Klemantan.[2]

Pada tahun 2022 Orang Bhuket dipercayai seramai 376 orang.[3]

Dalam kegiatan ekonomi pula,mereka terlibat dalam sektor pertanian seperti menanam padi bukit, menanam kelapa sawit,bercucuk tanam dan lain-lain. Ada sebilangan mereka juga bekerja sebagai guru, jururawat,Juruteknik, dan sebagainya.

  1. ^ Raymond G. Gordon, Jr, penyunting (2005). Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition. SIL International. ISBN 1-55671-159-X.
  2. ^ John Alexander Hammerton; Dr. Charles Hose (1922). Peoples of All Nations. Concept Publishing Company. ISBN 81-7268-156-9.
  3. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/12/913453/populasi-suku-kaum-ukit-hanya-tinggal-376-orang