Ujian Penilaian Kelas Kafa
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau lebih dikenali dengan UPKK merupakan peperiksaan kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)[1] yang dilaksanakan kepada murid tahun 5 KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu Ain) sama ada yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.[2] Tujuannya ialah untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.[2]
Subjek UPKK
[sunting | sunting sumber]Terdapat 9 subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) mulai tahun 2024[3] iaitu:
- Amali Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
- Tilawah Al-Quran
- Pelajaran Jawi dan Khat
- Sirah
- Ibadah
- Aqidah
- Adab (Akhlak Islamiah)
- Lughah Al-Quran
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Affan (2024-06-25). "Format UPKK 2024: Format Terkini Ujian Penilaian Kelas KAFA". eCentral.my. Dicapai pada 2024-12-28.
- ^ a b "UPKK 2016 : Bersediakah Aku?". www.islam.gov.my. 2016-08-24. Dicapai pada 2024-12-28.
- ^ badra (2024-07-15). "UPKK 2024 -Jadual, Tarikh Peperiksaan & Format Terkini". eCentral.my. Dicapai pada 2024-12-28.
https://www.mysumber.com/keputusan-upkk-kafa.html
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.