Udo Omar
Udo Omar | |
---|---|
عمر بن هيتم | |
Kelahiran | Haji Omar bin Hitam 1906 |
Meninggal dunia | 20 Februari 1980 | (umur 73–74)
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bidadari (dulu) (kini) Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura |
Nama lain | Pak Udo |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1955–1980 |
Majikan | Malay Film Productions (Jalan Ampas), Singapura Cathay-Keris Studio (Siglap), Singapura |
Terkenal kerana | Watak Haji Bakhil bin Haji Kedekut dari filem Labu dan Labi, arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (A.M.N.) |
Pasangan | 3 |
Anak-anak | 5 |
Haji Omar bin Hitam (Jawi: عمر بن هيتم) atau lebih dikenali sebagai Udo Omar (1906 – 20 Februari 1980) merupakan seorang pelakon filem Melayu Singapura sekitar 1950-an yang berasal dari Kepulauan Riau, Indonesia. Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Pancha Delima, Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.[1]
Penonton mungkin mengenali lakonannya sebagai watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. tapi kurang mengenali pembawa watak, iaitu Udo Omar atau nama sebenarnya Omar bin Hitam.
Penglibatan dan kerjaya seni
[sunting | sunting sumber]Udo Omar dikatakan rapat dengan seniman P. Ramlee dan sering berlakon dalam filem terbitan Malay Film Productions (MFP) arahan P. Ramlee seperti filem Penarek Becha, Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.
Beliau turut berlakon dalam banyak filem sezaman dengan P. Ramlee. Udo Omar meninggal dunia pada 20 Februari 1980 di usia 74 tahun.[2]
Dia paling dikenali dengan watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. Walaupun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti filem Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.[3]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1955 | Penarek Becha | Orang Kaya Marzuki | Filem pertama |
1956 | Hang Tuah | Tun Ali | |
Anak-ku Sazali | Pemilik Bangsawan | ||
1957 | Pancha Delima | Pak Karma | |
Seruan Darah | |||
1958 | Doktor | ||
Sri Menanti | |||
Sumpah Pontianak | Hantu Raya | ||
Serangan Orang Minyak | ASP Anuar | ||
1959 | Nujum Pak Belalang | Ahli Nujum Negara Masai | |
Musang Berjanggut | Datok Bendahara Seri Paduka DiRaja | ||
Raden Mas | Datuk Bendahara | ||
1960 | Che Mamat Parang Tumpul | ASP Anuar | Penampilan khas |
1962 | Tun Fatimah | Tun Sura | |
Labu dan Labi | Haji Bakhil bin Lebai Kedekut | ||
1963 | Nasib Si Labu Labi | ||
Masuk Angin Keluar Asap | Tok Penghulu | ||
Gila Talak | |||
Tajul Ashikin | Tok Penghulu | ||
Pilih Menantu | Encik Udo | ||
1964 | Tiga Abdul | Guru Anak-Anak Yatim Piatu | Penampilan khas |
Siapa Besar | Hitam bin Tahi Besi bin Marican Ketol Arang | ||
Kalong Kenangan | Pak Imam | ||
1965 | Dayang Senandong | Temenggong Hassan | |
1966 | Dua Kali Lima | Kulop Kecil | |
Anak Dara | Penghulu Kassim | ||
Sri Andalas | Tok Dukun | ||
1968 | Si Murai | ||
Raja Bersiong | Menteri | ||
1969 | Mat Toyol | Tok Bomoh | |
1970 | Lubang Neraka | ||
1971 | Mat Magic | ||
Semusim Di Neraka | |||
1972 | Harimau Jadian | ||
1974 | Sandakan No.8 | Filem Jepun | |
1978 | Gila-Gila | Encik Mulok M.J | Filem terakhir |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Bintang/artis komedi veteran". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.
- ^ Pak Udo Omar (Haji Bakhil) dalam kenangan, Article also available on microfilm reel NL10629 [Lee Kong Chian Reference Library - On shelf .]
- ^ "Udo Omar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.