Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim سلطان ابراهيم | |||||
---|---|---|---|---|---|
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVII Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor | |||||
Yang di-Pertuan Agong ke-17 | |||||
Pemerintahan | 31 Januari 2024 – kini (9 bulan dan 10 hari) | ||||
Pertabalan | 20 Julai 2024 | ||||
Didahului oleh | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | ||||
Timbalan | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah | ||||
Perdana Menteri | Lihat semua | ||||
Sultan Johor | |||||
Pemerintahan | 23 Januari 2010 – kini (14 tahun, 9 bulan dan 18 hari) | ||||
Kemahkotaan | 23 Mac 2015 | ||||
Didahului oleh | Sultan Iskandar | ||||
Tunku Mahkota | Tunku Ismail | ||||
Menteri Besar | |||||
Pemangku Sultan | Tunku Ismail | ||||
Tunku Mahkota Johor | |||||
Tempoh | 3 Julai 1981 – 23 Januari 2010 | ||||
Didahului oleh | Tunku Mahmood Iskandar | ||||
Diikuti oleh | Tunku Ismail | ||||
Keputeraan | Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar 22 November 1958 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya | ||||
Pasangan | Raja Zarith Sofiah (k. 1982) | ||||
Anakanda | |||||
| |||||
Ayahanda | Sultan Iskandar | ||||
Bonda | Enche’ Besar Hajah Khalsom (Josephine Ruby Trevorrow) | ||||
Agama | Sunni Islam | ||||
Kerjaya ketenteraan | |||||
Kesetiaan | Malaysia Johor | ||||
Perkhidmatan | Tentera Darat Malaysia Askar Timbalan Setia | ||||
Tahun perkhidmatan | 1977–kini | ||||
Pangkat | Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal Tentera Udara (Panglima Angkatan Tentera) Komando (JMF) | ||||
Unit | Askar Timbalan Setia |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Jawi: سلطان إبراهيم ابن المرحوم سلطان اسكندر ; diputerakan pada 22 November 1958) merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Sultan Johor era moden ke-5. Pada 27 Oktober 2023, baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya dan istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah diadakan di Istana Negara pada 31 Januari 2024.
Sultan Ibrahim merupakan pengasas kepada acara jelajah bermotosikal, Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap sukan pemotoran berkuasa tinggi. [1] Pada 20 Julai 2024, Baginda ditabalkan di Istana Negara, untuk tempoh 5 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Biografi
Kehidupan awal
Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya ketika pemerintahan paduka nenda moyang baginda, Sultan Ibrahim. Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera sulung daripada 10 adik-beradik kepada Sultan Iskandar bersama bondanya iaitu Josephine Ruby Trevorrow, seorang wanita Inggeris dari Torquay, England.[2][3][4] Mereka berdua bertemu ketika Sultan Iskandar (sebelum itu Tunku Mahmood) melanjutkan pelajarannya di England. Trevorrow kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Kalsom binti Abdullah setelah berkahwin dengan Tunku Mahmood.
Nenda Moyangnya, Sultan Ibrahim mangkat di London pada 8 Mei 1959, oleh itu, nendanya Tunku Ibrahim Ismail, Sultan Ismail berjaya menjadi Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail naik ke tangga kedua sejajar dengan takhta, selepas ayahandanya.
Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.
Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat.[5] Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
Sebagai Tunku Mahkota Johor
Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan telah bersemayam di Istana Pasir Pelangi sejak itu.[5][6][7] Baginda pernah menjadi pemangku raja Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan.[5] Dalam beberapa tahun belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dari ayahandanya yang telah lanjut usia termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dalam mesyuarat itu.[8][9]
Sebagai Sultan Johor
Pemasyhuran
Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail sekali lagi dilantik sebagai pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan Sultan Iskandar yang masih belum disahkan.[10] Pada waktu malam hari yang sama, Sultan Iskandar telah mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada esoknya berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dengan gelaran Sultan Ibrahim.[11][12] Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar Johor Bahru dan mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yang terdekat adalah selama 40 hari manakala bagi rakyat Johor pula ialah 7 hari. Semasa musim itu juga, Sultan Ibrahim pertama kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sebagai Sultan Johor.
Kemahkotaan
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham daripada lawatan baginda Empayar British dan Empayar Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.
Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula dilangsungkan atas perkenan baginda yang berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan pada 5 Mei 2014, sempena baginda menjadi Sultan Johor yang ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.[13]
Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun 1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya.
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara besar-besaran yang bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan 9 istiadat utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.[14]
Sebagai Yang di-Pertuan Agong
Pada 27 Oktober 2023, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultan Pahang yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan telah dilangsungkan pada 31 Januari 2024 di Istana Negara.
Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong berlangsung pada 20 Julai 2024.[15]
Kehidupan peribadi
Sultan Ibrahim telah berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah, puteri kepada Sultan Perak, Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah pada tahun 1982.[16][17] Baginda berdua dikurniakan 6 orang anakanda iaitu:
- Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (diputerakan 30 Jun 1984). Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Johor oleh nendanya, Sultan Iskandar[18] dan Tunku Mahkota oleh ayahandanya, Sultan Ibrahim.[19]
- Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah (diputerakan 8 April 1986) [20]
- Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (diputerakan 25 Disember 1987) ([21]
- Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail ( 5 Julai 1990 - 5 Disember 2015)
- Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri (diputerakan 5 Februari 1993 [22]
- Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (diputerakan 30 Mei 2001)
Kerabat damping
Putera
Gelaran | Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Usia | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Anakanda | Cucunda |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Pemangku Sultan Johor & Tunku Mahkota Johor | Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar | 30 Jun 1984 | Johor | 40 tahun, 4 bulan dan 11 hari | N/A | 24 Oktober 2014 | Yang Amat Mulia Che' Puan Mahkota Khaleeda Binti Bustamam | Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Zahrah Zarith Aziyah |
|
Raja Muda Johor | Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) | 14 Oktober 2017 | Johor | 7 tahun dan 27 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) | 17 Julai 2019 | Johor | 5 tahun, 3 bulan dan 24 hari | N/A | N/A | N/A | |||
Tunku Temenggong Johor | Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman | 25 Disember 1987 | Johor | 36 tahun, 10 bulan dan 16 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Tunku Aris Bendahara Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (Adinda Sultan Ibrahim) |
20 Julai 1970 | Johor | 54 tahun, 3 bulan dan 21 hari | N/A | 13 Januari 2006 | Tunku Teh Mazni Binti Tunku Yusuf | Tunku Mahmood Iskandar Tunku Aisha Menjalara Iskandar Tunku Abdul Marteen Idris Ismail Ibrahim Iskandar |
|
Tunku Laksamana Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar | 5 Julai 1990 | Johor | 5 Disember 2015 | (umur 25)Johor Bahru | Tidak pernah berkahwin | N/A | ||
Tunku Panglima Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri | 5 Februari 1993 | Johor | 31 tahun, 9 bulan dan 5 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Tunku Putera Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim | 30 Mei 2001 | Johor | 23 tahun, 5 bulan dan 11 hari | N/A | N/A | N/A |
Puteri
Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Usia | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Anakanda | Cucunda |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah | 8 April 1986 | Johor | 38 tahun, 7 bulan dan 2 hari | N/A | 14 Ogos 2017 | Dato' Dennis Muhammad Abdullah | Layla Sofiah | |
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) | 25 Jun 2016 | Johor | 8 tahun, 4 bulan dan 16 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah binti Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) | 21 April 2021 | Johor | 3 tahun, 6 bulan dan 20 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Yang Amat Mulia Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (Kekanda Sultan Ibrahim) |
11 Julai 1956 | Johor | 68 tahun, 3 bulan dan 30 hari | N/A | 2 Mei 1972 | Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj | Tengku Haji Shakirin Al-Amin Mahmud Ismail Ahmad Shah Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor Tengku Salehuddin Ismail Shah Tengku Shahrain Ismail Ibrahim Iskandar Hishamuddin Shah Tengku Sharifuddin Ibrahim Ismail Iskandar Abdul Aziz Shah Tengku Kathira Zanariah Ihsan Maimunah Aminah Iskandar Putri |
|
Yang Amat Mulia Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (Kekanda Sultan Ibrahim) |
20 Oktober 1957 | Johor | 67 tahun dan 21 hari | N/A | N/A | N/A | N/A | N/A |
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang
Gelaran hormat bagi Sultan Ibrahim | |
Gaya panggilan | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Kebawah Duli Tuanku |
Gaya pilihan | Tuanku |
Terasul dan gelaran
- 22 November 1958 – 11 Mei 1981: Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar
- 11 Mei 1981 – 3 Julai 1981: Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar
- 3 Julai 1981 – 26 April 1984: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor
- 26 April 1984 – 25 April 1989: Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Pemangku Sultan Johor
- 25 April 1989 – 23 Januari 2010: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor
- 23 Januari 2010 – 30 Januari 2024: Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
- 31 Januari 2024 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim[23]
Kurniaan Johor
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I)
- Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama, Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato' (28 Oktober 1980)
- Pangkat Pertama, Dato' Sri Setia Sultan Ismail Johor (SSIJ) – Dato' (8 April 1990)[24]
- Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) – Dato' (30 Mac 2015)[25]
- Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PSI, Pangkat Pertama) (10 Februari 1960)
- Pingat Kemahkotaan Sultan Iskandar (11 Mei 1981)
- Pangkat Pertama Pingat Kemahkotaan Sultan Ibrahim (PIS I) (23 Mac 2015)
- Pangkat Pertama Pingat Sultan Ibrahim (PSI I)
Kurniaan Malaysia
- Malaysia :
- Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) – Tun (1987)[26]
- Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) (2 Mac 2015)[27]
- Kelantan :
- Negeri Sembilan :
- Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DKNS) (14 Februari 2011)[29][30]
- Pahang :
- Perak :
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (19 April 2010)[32]
- Perlis :
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) – Dato' Seri[28]
- Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK) (17 Mei 2010)[33]
- Selangor :
- Darjah Kerabat Diraja Selangor Kelas Pertama (DK I) (11 Disember 2010)[34]
- Terengganu :
- Darjah Kebesaran Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (DK I) (26 April 2013)[35]
- Kedah :
- Darjah Kerabat Kedah Yang Amat Mulia (DK) (25 Februari 2018)[36]
- Sabah :
- Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) – Datuk Seri Panglima
- Sarawak :
- Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) – Datuk Patinggi (2009)[37]
Kurniaan luar negara
- Bahrain :
- Order of Sheikh Isa ibn Salman Al Khalifa (Wisam al-Shaikh ‘Isa bin Salman Al Khalifa), First Class (2017)[38]
- Brunei :
- Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB) (2014)[39][40]
- Pingat Jubli Emas Sultan Brunei (2017)[41]
- Filipina :
- Grand Cross (GCrS) (Datu) of the Order of Sikatuna (2019)[42]
Ijazah kehormat
- Malaysia:
- Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - (2 Disember 2023)[43]
- Singapura:
- Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang Universiti Nasional Singapura (NUS) - (20 Julai 2022)[44]
Catatan
- ^ "Tunku Mahkota to lead tour for 10th year" (dalam bahasa Inggeris). 16 Julai 2010. Dicapai pada 21 Julai 2010.
- ^ Facts on File Yearbook, Published by Facts on File, inc., 1957, Phrase: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile..."
- ^ Morais (1967), m/s 198
- ^ Morris (1958), m/s 244
- ^ a b c Karim, Tate (1989), pp. 572
- ^ Fauziah Ismail. "Magnificent abode for royals". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
- ^ TEH ENG HOCK and MEERA VIJAYAN (15 Oktober 2007). "Day of fun and feasting". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Thanam Visvanathan, Ruler with deep concern for people–Sultan Iskandar revered as protective guardian and helpful to all his subjects, pg 1, 8 April 2001, New Sunday Times Special (Sultan of Johor's Birthday)
- ^ Conference of Rulers meeting begins, 26 July 2007, The Star (Malaysia)
- ^ "Tunku Mahkota Johor Appointed Regent Effective Today". Bernama. 22 Januari 2010.
- ^ "Tengku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor" (berita dalam talian) (dalam bahasa Melayu). malaysiakini.com. 23 Januari 2010. Dicapai pada 1 Mac 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Tunku Ibrahim Ismail Proclaimed As Sultan Of Johor". Bernama. 22 Januari 2010.
- ^ Blog "Kesultanan Johor": Kerja Pengubahsuaian dan Pembaikan Istana Berjalan Lancar
- ^ "Istiadat pemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac" (berita dalam talian). Sinar Harian (dalam bahasa Melayu). Sinar Harian. 6 Januari 2015. Dicapai pada 17 Mac 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Istiadat pertabalan Agong ke-17 di Istana Negara 20 Julai ini - Fahmi". Bernama. 16 Mei 2024. Dicapai pada 21 Mei 2024.
- ^ "Tribute to mothers' caring nature". The Star. 14 Mei 2008.
- ^ BEH YUEN HUI (29 Ogos 2008). "Raja Zarith: Education more important than popularity". The Star.
- ^ "Tunku Mahkota's son named Raja Muda of Johor". The Star Online. 9 April 2006.
- ^ "Tunki Ismail Dimasyhur Sebagai Tunku Mahkota Johor - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-01-28. Dicapai pada 2023-12-13.
- ^ Kisah Mawar Merah Kelapan - Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah, Puteri Emas Sultan Johor, 11 Oktober 2011. Dicapai pada 8 Julai 2012.
- ^ Royals visit special people[pautan mati kekal], JohorBuzz, New Straits Times
- ^ Impian puteri raja, AZIMI MUSTAPHA, Rencana Utama, 13 November 2008, KOSMO!
- ^ "Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim". Harian Metro. 31 January 2024.
- ^ See photo
- ^ "Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor". kemahkotaan.johor.gov.my. Dicapai pada 24 February 2020.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1987" (PDF).
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan".
- ^ a b c d Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan.
- ^ DKNS - Articles in Malay 1 : 1 Diarkibkan 2013-12-13 di Wayback Machine, 3. Utusan (with photo)
- ^ "Maintenance Page".
- ^ King confers DK Pahang Award on Johor Sultan, receives DK Johor Award The Star
- ^ Sultan of Perak 82nd birthday honours list The Star
- ^ DK (Perlis) - Article in Malay : 1
- ^ "DK I 2010". awards.selangor.gov.my.
- ^ Johor Sultan Heads Terengganu Honours List
- ^ DK (Kedah) The Star
- ^ Tunku Mahkota Johor dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak Mstar
- ^ "Johor Ruler receives Bahrain's highest award". The Star Online. 26 November 2017. Dicapai pada 23 November 2019.
- ^ 柔佛苏丹依布拉欣 获陛下颁赠DKMB勋章, Article in Chinese Diarkibkan 2014-11-12 di Wayback Machine
- ^ "Their Majesties in Johor for DKMB Conferment Ceremony". Borneo Post. 9 November 2014. Dicapai pada 23 November 2019.
- ^ "Brunei sultan to mark 50 years on throne with lavish celebrations". New Straits Times. AFP. 5 October 2017. Dicapai pada 23 November 2019.
- ^ "Sultan of Johor receives order of Sikatuna from Philippine President". Bernama. 10 July 2019. Dicapai pada 23 November 2019.
- ^ Shah, Mohd Farhaan (2023-12-02). "Johor Sultan receives honorary PhD from UTHM". The Star. Dicapai pada December 2, 2023.
- ^ Mohan, Matthew (2022-07-21). "Johor Sultan awarded honorary degree by NUS during visit to Singapore". Channel NewsAsia. Dicapai pada July 22, 2022.
Rujukan
- Ali, Abdullah, Malaysian Protocol and Correct Forms of Address, published by Times Books International, 1986, ISBN 9971653702
- Cheong, Mei Sui, Information Malaysia: 1985 Year Book,published by Berita Publishing, 1985
- De Ledesma, Charles; Lewis, Mark; Savage, Pauline, Malaysia, Singapore and Brunei, published by Rough Guides, 2003, ISBN 1843530945
- Karim, Gulrose; Tate, Desmond Muzaffar, Information Malaysia, published by Berita Publ. Sdn. Bhd., 1989
- Kershaw, Roger, Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition, published by Routledge, 2001, ISBN 0415185319
- Morais, John Victor, The Who's who in Malaysia, published by Solai Press., 1967
- Morris, Ira J., My East was Gorgeous, by Ira J. Morris, published by Travel Book Club, 1958
- Nadarajah, K. N, Tengku Ahmad Rithauddeen: His Story, Pelanduk Publications, 2000, ISBN 9679787095
- Nadarajah, Nesalamar, Johore and the Origins of British Control, 1895-1914, published by Arenabuku, 2000, ISBN 9679703185
- Rahman, Abdul; Solomon, J. S., Challenging Times, published by Pelanduk Publications, 1985, ISBN 9679780945
- The International Who's Who 2004: Book with Single-User Online Access, by Elizabeth Sleeman, published by Europa Publications, Published by Routledge, 2003, ISBN 1857432177
- Towards Relevant Education: A General Sourcebook for Teachers, published by Education Forum (Philippines), Alternative Instructional Materials Project, Education Forum, 1986, ISBN 9719100605
Pautan luar
- Perihal DYMM Sultan Johor di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
- Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar di Instagram
- Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar di Instagram
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Abdullah |
Yang di-Pertuan Agong ke-17 31 Januari 2024 |
Diikuti oleh: tiada |
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Iskandar |
Sultan Johor ke-25 23 Januari 2010 - kini |
Diikuti oleh: tiada |
- Penerima Seri Maharaja Mangku Negara
- Kelahiran 1958
- Orang hidup
- Yang di-Pertuan Agong ke-17
- Sultan Johor abad ke-21
- Sultan Johor – Wangsa Temenggung
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Bali
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Denmark
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Penerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Tunku Mahkota Johor
- Penerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang II
- Penerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan