Tujuh Tasik Rila
Tujuh Tasik Rila (Bahasa Bulgaria: Седемте рилски езера, atau Sedemte rilski ezera) merupakan sekumpulan tasik glasier yang terletak di Gunung Rila barat laut di Bulgaria. Tasik-tasik ini merupakan kumpulan tasik yang paling gemar dikunjungi di Bulgaria. Tasik terletak antara 2,100 dan 2,500 meter ketinggian di atas paras laut.
Setiap tasik ini dinamakan sempena ciri-ciri sifatnya. Tasik tertinggi digelar Salzata ("Air Mata") sempena kejernihan airnya sehingga dasarnya dapat dilihat. Tasik kedua tertinggi pula dinamakan Okoto ("Mata") kerana bentuk bujurnya yang hampir sempurna. Okoto juga merupakan tasik cirque yang paling dalam di Bulgaria, dengan kedalaman 37.5 meter. Babreka ("Buah Pinggang") merupakan tasik dengan tebing tasik paling curam berbanding tasik-tasik yang lain. Tasik terbesar pula adalah Bliznaka (Kembar). Trilistnika ("Trifoil") mempunyai bentuk yang tidak teratur dan tebing yang rendah. Tasik paling cetek adalah Ribnoto Ezero (Tasik Ikan) dan tasik paling rendah ialah Dolnoto Ezero ("Tasik Rendah") di mana air yang mengalir dari tasik lain dikumpulkan untuk membentuk Sungai Dzherman.
Tujuh Tasik Rila ini merupakan sebuah tarikan pelancogan di Bulgaria kerana persekitaran alam semula jadinya. Tasik ini biasanya dikunjungi pada bulan Julai dan Ogos, di mana suhunya adalah di atas 10 darjah Celsius dan risiko ribut secara tiba-tiba adalah rendah. Tasik kebiasaannya akan membeku pada bulan Oktober dan hanya akan cair sebelum Jun.
Senarai tasik
[sunting | sunting sumber]Nama dalam bahasa Melayu | Nama dalam bahasa Inggeris | Nama dalam bahasa Bulgaria | Altitud | Kawasan | Kedalaman | Nota |
---|---|---|---|---|---|---|
Air Mata | The Tear | Сълзата (Salzata) | 2,535 m (8,317 ka) | 0.7 he (1.7 ekar) | 4.5 m (15 ka) | Airnya yang jernih |
Mata | The Eye | Окото (Okoto) | 2,440 m (8,010 ka) | 6.8 he (17 ekar) | 37.5 m (123 ka) | Berbentuk bujur yang hampir sempurna dan tasik cirque paling dalam di Bulgaria |
Buah Pinggang | The Kidney | Бъбрека (Babreka) | 2,282 m (7,487 ka) | 8.5 he (21 ekar) | 28.0 m (91.9 ka) | Tebing paling curam |
Kembar | The Twin | Близнака (Bliznaka) | 2,243 m (7,359 ka) | 9.1 he (22 ekar) | 27.5 m (90 ka) | Kawasan paling luas |
Trefoil | The Trefoil | Трилистника (Trilistnika) | 2,216 m (7,270 ka) | 2.6 he (6.4 ekar) | 6.5 m (21 ka) | Bentuk yang tidak teratur dan tebing yang rendah |
Tasik Ikan | Fish Lake | Рибното езеро (Ribnoto ezero) | 2,184 m (7,165 ka) | 3.5 he (8.6 ekar) | 2.5 m (8.2 ka) | Paling cetek |
Tasik Rendah | The Lower Lake | Долното езеро (Dolnoto ezero) | 2,095 m (6,873 ka) | 5.9 he (15 ekar) | 11.0 m (36.1 ka) | Paling rendah |
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Pemandangan Tujuh Tasik Rila
-
Dolnoto (Tasik Rendah), Ribnoto (Tasik Rendah), Trilistnika (Trifoil) dan Bliznaka (Kembar)
-
Tasik Babreka (Buah Pinggang)
-
Tasik Salzata (Air Mata)
-
Tasik Bliznaka (Kembar)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tujuh Tasik Rila |
- (Bulgaria) "Седемте рилски езера". Българска енциклопедия А-Я. БАН, Труд, Сирма. 2002. ISBN 954-8104-08-3. OCLC 163361648.