Abdullah bin Shamsuddin
Abdullah bin Shamsuddin |
---|
Sheikh Hj Wan Abdullah Al-Kalantani bin Hj Wan Shamsuddin (1860-an - 1922) atau lebih dikenali sebagai Tok Perlis merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.[1]
Sheikh Hj Wan Abdullah Al-Kalantani bin Hj Wan Shamsuddin atau nama penuhnya Hj Wan Abdullah bin Hj Wan Shamsuddin merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara. [2]
Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.
Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.
Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Oleh Dato’ Yazid Mat, "PERLIS : DARI JAJAHAN TAKLUK KE NEGERI BERDAULAT " Diarkibkan 2018-04-14 di Wayback Machine Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perlis . Diambil 04 Disember 2018
- ^ Oleh Abdul Rahman Haji Abdullah, "Pemikiran Islam di Malaysia: sejarah dan aliran" Gema Insani, 1997 - Islam - 393 pages. Diambil 04 Disember 2018
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8