The Great Gatsby
The Great Gatsby ("Gatsby yang Hebat", sila rujuk senarai tajuk terjemahan di bawah) ialah sebuah novel drama bahasa Inggeris tahun 1925 karya F. Scott Fitzgerald. Novel ini berlatar New York dan Long Island selama musim panas tahun 1922 ketika Perang Dunia Pertama baru sahaja tamat dan penduduk Amerika Syarikat menikmati kemakmuran ekonomi yang belum pernah dirasai mereka (dikenali dengan nama Zaman Jazz) sebelum suatu zaman kemelesetan mengambang lalu melumpuhkan masyarakat negara tersebut - ia sendiri menyatakan dalam penceritaannya suatu kritikan terhadap pemujaan materialisme, kemewahan dan keruntuhan moral yang dianggap sudah tidak terkawal dalam kalangan orang zaman itu.
Novel ini tidak begitu popular pada awal pencetakannya dengan hanya kurang dari 25,000 salinan yang terjual selama 15 tahun sisa hidup Fitzgerald. Walaupun karya tersebut sudah disadurkan dalam bentuk teater dan filem Hollywood setahun selepas penerbitan ia, ia lama kelamaan dilupakan sepanjang Zaman Kemelesetan dan Perang Dunia Kedua. Novel ini mula laris tinggi selepas diterbit ulang pada tahun 1945 dan 1953 sehingga menjadi antara novel tersohor di Amerika Amerika Syarikat. Kisah dalam novel ini sekarang merupakan bacaan piawai dalam pelajaran kesusasteraan Amerika pada sekolah menengah atas dan universiti di seluruh dunia.
Sejarah penulisan
[sunting | sunting sumber]Jalan cerita
[sunting | sunting sumber]Watak-watak
[sunting | sunting sumber]- Nick Carraway - seorang lepasan Universiti Yale, penjual bon dan askar veteran yang pernah terlibat dalam Perang Dunia Pertama; dia juga jiran Nick. Dia adalah watak pencerita dalam novel ini yang berperwatakan santai dan rendah dirik.
- Jay Gatsby (nama asal: James "Jimmy" Gatz) - seorang jutawan misteri dengan pertalian yang tidak begitu diketahui, dia berasal dari Dakota Utara.
- Daisy Buchanan – seorang sosialit muda dari Louisville, Kentucky.[1] Dia dua pupu Nick.
- Thomas "Tom" Buchanan - seorang jutawan lepasan Yale (sebagai seorang pemain bola sepak Amerika) dan suami Daisy.[2]
- Jordan Baker - seorang pemain golf amatur dan sahabat baik Daisy. Namanya dikatakan daripada dua syarikat kereta - Jordan Motor Car Company dan Baker Motor Vehicle -lalu menjadi perlambangan kepada perwatakannya serta perempuan sezamannya yang lincah dan bebas.[3][4][5]
- George B. Wilson - seorang mekanik.
- Myrtle Wilson - isteri George dan perempuan simpanan Tom.
- Meyer Wolfsheim[note 1]—sahabat dan mentor Jay Gatsby berbangsa Yahudi. Dia merupakan cerminan Arnold Rothstein, seorang ketua samseng New York terkenal.[8]
Adaptasi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Novel ini sudah diadaptasikan dalam bentuk filem sebanyak lima kali:
- Pada tahun 1926 arahan Herbert Brenon dalam format filem bisu adaptasi pementasan dibintangi Warner Baxter, Lois Wilson, dan William Powell. Tiada salinan filem ini yang masih wujud kecuali sebuah trailer beberapa minit sahaja yang diketahui;
- Pada tahun 1949 arahan Elliott Nugent, dibintangi Alan Ladd, Betty Field, dan Shelley Winters.
- Pada tahun 1974 arahan Jack Clayton dengan skrip oleh Francis Ford Coppola serta dibintangi Robert Redford, Mia Farrow dan Sam Waterston
- Telefilem tahun 2000 arahan Robert Markowitz dibintangi Toby Stephens, Paul Rudd dan Mira Sorvino.
- Pada tahun 2013 arahan Baz Luhrmann serta dibintangi Leonardo DiCaprio, Carey Mulligan, Tobey Maguire dan Amitabh Bachchan.
Opera
[sunting | sunting sumber]Sebuah bentuk opera daripada novel ini dipersiapkan oleh New York Metropolitan Opera untuk memperingati ulang tahun ke-25 debut James Levine. Opera ini pertama kali dipertunjukkan pada 20 Disember 1999. Muzik dan libetto (kata-kata dalam nyanyian) dibuat oleh John Harbison dengan lirik lagu popular dari Murray Horwitz.
Persembahan
[sunting | sunting sumber]- Sebuah adaptasi pentas oleh Owen Davis, pertama kali dipertunjukkan di Ambassador Theatre, Bandar New York pada 2 Februari 1926 produksi George Cukor dengan James Rennie dan Florence Eldridge.
- Sebuah pementasan oleh Simon Levy dalam acara pembukaan Guthrie Theater di Minneapolis, Minnesota pada bulan Julai 2006.
Senarai terjemahan
[sunting | sunting sumber]- Versi bahasa Malaysia
- Tuan Gatsby. Diterjemahkan oleh Ainon Abu Bakar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 1988.
- Versi bahasa Indonesia
- The Great Gatsby. Diterjemahkan oleh Ulya Nataresmi. Surabaya: Selasar Surabaya Publising. 2010.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Conor, Liz (22 June 2004). The Spectacular Modern Woman: Feminine Visibility in the 1920s. Indiana University Press. m/s. 301. ISBN 978-0-253-21670-0.
- ^ Bruccoli 2000, halaman 9–11
- ^ Fitzgerald, F. Scott (1991). Bruccoli, Matthew J. (penyunting). The Great Gatsby. The Cambridge Edition of the Works of F. Scott Fitzgerald. Cambridge: Cambridge Univ. Press. m/s. 184. ISBN 9780521402309.
This name combines two automobile makes: the sporty Jordan and the conservative Baker electric.
- ^ Fitzgerald, F. Scott (2006). Bloom, Harold (penyunting). The Great Gatsby. New York: Chelsea House Publishers. m/s. 95. ISBN 9781438114545.
- ^ Fitzgerald, F. Scott (1997). Tredell, Nicolas (penyunting). F. Scott Fitzgerald: The Great Gatsby. Columbia Critical Guides. New York: Columbia University Press. m/s. 184. ISBN 9780231115353. ISSN 1559-3002.
- ^ F. Scott Fitzgerald: The Great Gatsby. Cambridge University Press. 1991. m/s. liv. ISBN 9780521402309.
- ^ F. Scott Fitzgerald: The Great Gatsby. Cambridge University Press. 1991. m/s. 148. ISBN 9780521525053.
- ^ Bruccoli 2000, halaman 29
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Sumber
- The Great Gatsby, dari Project Gutenberg Australia, plain text. Lihat juga HTML edition.
- Cowley, Malcolm (1950). The Stories Of F.Scott Fitzgerald. Scanned book dari Internet Archive, includes The Great Gatsby.
- Index to The Great Gatsby
Lain-lain
- AP: Page Ivey: "Professor, private investigator team up in search of the real 'Great Gatsby'"
- Washington Post - 'Gatsby': The Greatest Of Them All
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/>
yang berpadanan disertakan