Teritip
Teritip Julat zaman:
| |
---|---|
Chthamalus stellatus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Arthropoda |
Kelas: | Thecostraca |
Subkelas: | Cirripedia Burmeister, 1834 |
Infrakelas | |
| |
Sinonim | |
|
Teritip (Jawi: تريتيڤ ) merupakan sejenis artropod laut terdiri daripada subkelas Cirripedia dalam subfilum Krustasea[1] sama dengan ketam dan udang karang. Terdapat kira-kira 1,0000 spesies teritip yang diketahui kini.[2]
Teritip didapati di perairan cetek dan pasang surut. Teritip mempunyai dua jenis atau kategori yang utama iaitu teritip bintil yang sesil dan mempunyai cangkerang yang tumbuh pada tapaknya, dan teritip yang melekat dengan tangkai.[3]
Ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Teritip biasanya melekat pada batu, badan kapal, malah pada badan ikan paus. Ia ada kelenjar yang terletak pada pangkal pasangan antena pertamanya yang merembeskan sejenis simen segera semula jadi yang diperbuat daripada ikatan-ikatan protein kompleks (poliprotein) dan komponen-komponen surih lain seperti kalsium.[4]:2–3 Simen semula jadi ini mampu menahan daya tarikan sebanyak 5,000 paun (2,000 kilogram) inci persegi dan kekuatan melekat sebanyak 22–60 paun (10–30 kilogram) setiap inci persegi.[5]
-
Teritip dan kulit kupang yang melekat pada batu.
-
Pandangan dekat teritip.
Teritip mampu bertahan sekiranya ia terdedah kepada udara semasa air surut. Ketika itu, ia akan menutup cangkerangnya untuk mengekalkan kelembapan badannya.
Cangkerang teritip sangat tajam, oleh itu, orang yang ingin memanjat batu di tepi pantai dinasihatkan agar memakai kasut bagi mengelakkan daripada terluka. Teritip makan dengan menggunakan lapan pasang anggota sirus yang berbentuk seperti bulu pelepah panjang, sirus-sirus ini meregang untuk menapis makanan seperti plankton daripada air yang ditarik balik ke dalam mulutnya.[5]
Deria
[sunting | sunting sumber]Teritip bergantung utama kepada deria sentuhan, lebih-lebih lagi dengan menggunakan bulu pada kaki yang peka sekali. Teritip dewasa juga mempunyai satu fotoreseptor (oselus) di tengah dan dua di sisi yang merakam perangsang untuk refleks bayangan teritip, persekitaran yang cepat gelap menyebabkan rentak penangkapannya terhenti dan plat-plat pengatupnya pun tertutup.[6] Fotoreseptor ini mungkin hanya mampu mengesan perbezaan antara cahaya dan kegelapan.[7]
Kitaran hidup
[sunting | sunting sumber]Teritip mempunyai dua peringkat larva berbeza, iaitu nauplius dan sipris (cyprid), sebelum berkembang menjadi dewasa.
Nauplius
[sunting | sunting sumber]Telur yang disenyawakan menetas menjadi nauplius, iaitu larva yang bermata satu dan berekor (telson) tanpa toraks mahupun abdomen. Ia menyalin kulit sebanyak enam kali sebelum berubah bentuk ke peringkat siprid. Biasanya, nauplius mula-mula dieram oleh induk dan dilepaskan selepas persalinan pertama sebagai larva yang bebas berenang menggunakan bulu-bulu halus.[9][10] Mata satu larva naupilus membesar menjadi fotoreseptor tengah teritip yang dewasa.[11]
Siprid
[sunting | sunting sumber]Larva teritip membesar sampai ke peringkat siprid sebelum menjadi dewasa. Ia tidak mencari makanan pada peringkat ini, sebaliknya mencari tempat yang sesuai untuk duduk kerana dewasanya sesil.[9] Peringkat cyprid mengambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu. Ia mencari permukaan yang sesuai dengan menggunakan antenul yang terubah suai; setelah jumpa, ia melekat kepala dahulu menggunakan antenul dan suatu bahan rembesan glikoprotein. Larva menilai mutu permukaan berdasarkan tekstur, kimia, keterbasahan relatif, warna, dan kehadiran dan komposisi biofilem permukaan; spesies-spesies yang berkerumuman juga lebih berkemungkinan melekat berdekatan dengan teritip-teritip lain.[12] Apabila larva menghabiskan simpanan tenaganya yang terhad, ia menjadi kurang memilih dari segi tapak. Ia 'menyimen' diri secara kekal pada substrat (tapak) dengan satu lagi sebatian berprotein, kemudian bermetamorfosis menjadi teritip muda.[12]
Dewasa
[sunting | sunting sumber]Teritip bintil lazimnya tumbuh enam plat keras berkapur untuk melindungi badannya. Ia menghabiskan sisa hidup terlekat pada substrat dan menggunakan kakinya (sirus) yang berbulu untuk menangkap plankton.
Setelah metamorfosis berakhir dan bentuk dewasa tercapai, teritip terus tumbuh dengan menambah bahan baharu pada plat kapurnya. Plat ini tidak disalin, tetapi seperti seluruh rumpun Ecdysozoa, teritip itu sendiri tetap akan menyalin kutikelnya.[13]
Pembiakan seks
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan teritip adalah hermafrodit (khunsa), tetapi ada sebilangan kecil spesies yang gonokorik (setiap individu hanya ada satu jantina) atau androdiesius . Ovari terletak pada tapak atau tangkai dan mungkin memanjang ke dalam mantel, manakala testis terletak di arah belakang kepala, sering menjangkau ke dalam toraks. Lazimnya, individu khunsa yang baru bersalin bertindak sebagai betina. Persenyawaan mandiri dalam teritip boleh terjadi secara teori tetapi terbukti jarang berlaku dalam eksperimen.[14][15]
Cara hidup teritip yang tidak bergerak alih menyukarkan pembiakan seks kerana ia tidak boleh meninggalkan cangkerang untuk mengawan. Untuk memudahkan pemindahan gen antara individu-individu yang saling berjauhan, teritip mempunyai zakar yang sangat panjang, malah dikatakan mempunyai nisbah saiz zakar ke badan yang terbesar di alam haiwan,[14] iaitu sebanyak lapan kali panjang badannya.[16]
Teritip juga boleh membiak secara menaburkan sperma, sperma dilepaskan oleh jantan ke dalam air dan dipungut oleh betina untuk mensenyawakan telur.[17][18]
Superorder Rhizocephala dahulunya dianggap hermafrodit tetapi akhirnya didapati bahawa jantan menyuntikkan diri ke dalam badan betina dan mendegradasi sehingga tidak lebih daripada sel-sel yang menghasilkan sperma.[19]
Ekologi
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan teritip adalah pemakan terampai, iaitu ia terus tinggal dalam cangkerang yang terdiri daripada enam plat[3] sambil menjangkaui air dengan kaki-kaki yang terubah suai. Kaki teritip yang berbulu ini berdenyut mengikut ritma tertentu untuk menarik plankton dan detritus (zarah bangkai, kumuhan dsb.) ke dalam cangkerang untuk dimakan.[20]
Teritip yang lain pula menjalani cara hidup yang berbeza. Contohnya, ahli-ahli superorder Rhizocephala, termasuk genus Sacculina, adalah parasit yang menghinggapi ketam.[21]
Sungguhpun ada yang terdapat di air sedalam 600 m (2,000 ka),[3] namun kebanyakan teritip hidup di perairan cetek dengan 75% spesies hidup di perairan kurang dari 100 m (300 ka) dalamnya,[3] dan 25% lagi hidup di zon antara perbani .[3] Di dalam zon antara perbani hidupnya bermacam-macam spesies teritip dalam lokasi yang teramat terbatas, oleh itu ketinggian sebenar sekelompok teritip di atas atau bawah paras laut dapat ditentukan secara persis.[3]
Memandangkan zon antara perbani mengering secara berkala, teritip telah menyesuaikan diri dengan baik terhadap kehilangan air. Cangkerang kalsitnya (kapur) tidak boleh diresapi air, malah ia mempunyai dua plat yang boleh mengatup di bukaan sewaktu teritip tidak makan. Plat-plat ini berguna sebagai perlindungan daripada pemangsa.[22]
Teritip bersaing dengan siput berangas dan siput sudu yang boleh mengganti di tempatnya, malah pemangsanya juga ramai.[3] Terdapat dua kaedah untuk mengatasi pesaing, iaitu "pembanjiran" dan pertumbuhan cepat. Dalam kaedah pembanjiran, teritip menduduk secara berbanyak-banyak di satu tempat pada satu masa, meliputi sebahagian substrat yang besar, dan oleh itu sekurang-kurangnya membolehkan sesetengah individu terselamat dalam imbangan kebarangkalian.[3] Pertumbuhan cepat pula membolehkan pemakan terampai mencapai paras yang lebih tinggi dalam kolum air daripada pesaingnya, dan juga menjadi cukup besar untuk menghindari penggantian; spesies-spesies yang menggunakan kaedah ini seperti Megabalanus , boleh mencapai kepanjangan 7 cm (3 in);[3] malah ada lagi spesies yang boleh tumbuh lebih besar (Austromegabalanus psittacus ).
Antara pemangsa utama teritip ialah siput kong . Siput kong mampu mengisar cangkerang teritip yang keras dan memakan isinya yang lunak. Larva teritip juga menjadi mangsa kepada siput sudu.[23] Satu lagi pemangsa teritip ialah spesies tapak sulaiman Pisaster ochraceus .[24][25]
-
Teritip dan berangas bersaing untuk ruang hidup di zon antara perbani
-
Teritip angsa menganjurkan sirus untuk makan
-
Sebelah bawah Chesaconcavus sp. (Miosen) menunjukkan plat-plat dalaman dalam teritip kecil yang terkurung
Teritip parasit pada amnya lebih sederhana dari segi anatomi daripada teritip yang hidup bebas, iaitu tiada cangkerang mahupun kaki dan hanya tinggal jasad seakan pundi yang tidak beruas-ruas. Teritip parasit makan dengan melanjutkan bebenang rizom bersel-sel hidup dari tempat melekap ke dalam badan perumah.[7]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Nama Cirripedia dijejak kepada kata-kata bahasa Latin cirrus "keriting"[26] dan pes "kaki".[27] bermakna "kaki bergulung".[28]
Pengelasan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2001, Martin dan Davis meletakkan Cirripedia sebagai infrakelas Thecostraca dan membahagikannya kepada enam order:[29]
- Infrakelas Cirripedia Burmeister, 1834
- Superorder Acrothoracica Gruvel, 1905
- Order Pygophora Berndt, 1907
- Order Apygophora Berndt, 1907
- Superorder Rhizocephala Müller, 1862
- Order Kentrogonida Delage, 1884
- Order Akentrogonida Häfele, 1911
- Superorder Thoracica Darwin, 1854
- Superorder Acrothoracica Gruvel, 1905
Pada 2021, Chan et al. meningkatkan Cirripedia ke subkelas di bawah Thecostraca, dan superorder Acrothoracica, Rhizocephala, dan Thoracica ke infrakelas. Pengelasan terbaharu yang kini merangkumi 11 order telah diterima dalam World Register of Marine Species.[30][31]
- Subkelas Cirripedia Burmeister, 1834
- Infrakelas Acrothoracica Gruvel, 1905
- Order Cryptophialida Kolbasov, Newman & Hoeg, 2009
- Order Lithoglyptida Kolbasov, Newman & Hoeg, 2009
- Infrakelas Rhizocephala Müller, 1862
- Infrakelas Thoracica Darwin, 1854
- Superorder Phosphatothoracica Gale, 2019
- Order Iblomorpha Buckeridge & Newman, 2006
- Order † Eolepadomorpha Chan et al., 2021
- Superorder Thoracicalcarea Gale, 2015
- Order Calanticomorpha Chan et al., 2021
- Order Pollicipedomorpha Chan et al., 2021
- Order Scalpellomorpha Buckeridge & Newman, 2006
- Order † Archaeolepadomorpha Chan et al., 2021
- Order † Brachylepadomorpha Withers, 1923
- (nirpangkat) Sessilia
- Order Balanomorpha Pilsbry, 1916
- Order Verrucomorpha Pilsbry, 1916
- Superorder Phosphatothoracica Gale, 2019
- Infrakelas Acrothoracica Gruvel, 1905
Rekod fosil
[sunting | sunting sumber]Fosil teritip sahih tertua adalah dari spesies Praelepas dari pertengahan Karboniferus, iaitu sekitar 330-320 juta tahun dahulu.[32] Spesimen lebih tua yang disangka teritip seperti Priscansermarinus dari pertengahan Kambria (dalam 510 hingga 500 juta tahun dahulu)[33] tidak jelas menunjukkan sifat-sifat morfologi teritip, tetapi Rhamphoverritor dari usia Silures yang dijumpai di Formasi Coalbrookdale di England, mungkin mewakili suatu pelopor dalam evolusi teritip.[32] Teritip mula-mula berpancar dan menjadi pelbagai pada akhir zaman Batu Kapur. Teritip menjalani pancaran kedua yang lebih besar bermula pada zaman Neogen (23 juta tahun dahulu) dan berterusan hingga kini.[32] Teritip kurang terpelihara struktur rangkanya; antara sebabnya ialah ia terhad di persekitaran tenaga tinggi yang selalunya mudah menghakis, dan oleh itu selalunya cangkerang teritip diasah oleh tindakan ombak daripada teritip itu sendiri mencapai tanah enap.
Teritip boleh memainkan peranan penting dalam menganggarkan kedalaman air zaman purba. Setakat mana fosil terpisah dari sendinya menunjukkan sejauh mana teritipnya teralih, lagipun memandangkan kebanyakan spesies agak kecil julat kedalaman airnya, maka boleh dianggap bahawa teritip pernah hidup dalam air cetek dan berpecah apabila terhakis turun cerun. Oleh itu, kelengkapan fosil dan sifat kerosakannya boleh digunakan untuk menentukan sejarah tektonik sesebuah kawasan.[3]
-
Balanus improvisus, antara banyak takson teritip yang dihuraikan oleh Charles Darwin
-
Megabalanus dari zaman Miosen, dilitupi pasir dan difosilkan
-
Chesaconcavus dari zaman Miosen, ditemui di Maryland
Hubungan dengan manusia
[sunting | sunting sumber]Teritip mendatangkan kesan pada ekonomi kerana ia sering terlekat pada struktur buatan manusia dan ada kalanya menjejaskan struktur tersebut. Khususnya bagi kapal, teritip tergolong dalam organisma pengotor (fouling ).[34] Berapa banyak dan berapa besarnya teritip yang melekat pada kapal boleh menjejaskan kecekapan kapal itu dengan menyebabkan seretan hidrodinamik. Ini bukan masalah bagi perahu di jalan air pedalaman kerana teritip hanya terdapat di kawasan marin.
Isyarat isotop yang stabil dalam lapisan cangkerang teritip boleh digunakan sebagai kaedah pengesanan forensik[35] untuk ikan paus, penyu tempayan[36] dan bahan terlupus dalam laut seperti bangkai kapal atau anggota flaperon pesawat yang disyaki datang dari Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia.[37][38][39]
Daging sesetengah jenis teritip sering dijadikan sumber makanan manusia, seperti teritip "tangan penyu" (Capitulum mitella) di Jepun, dan teritip angsa (cth. Pollicipes pollicipes) di Sepanyol dan Portugal.[40] Keserupaan tangkai berisi teritip jenis ini dengan leher angsa menimbulkan mitos purba bahawa angsa tumbuh dari teritip berkenaan. Sesungguhnya, perkataan Inggeris untuk teritip iaitu barnacle pada asalnya memaksudkan suatu spesies angsa, iaitu angsa teritip Branta leucopsis, yang telur dan anaknya jarang ditemui oleh manusia kerana ia membiak di kawasan Artik yang jauh terpencil.[41]
Teritip picoroco digunakan dalam masakan Chile dan adalah salah satu ramuan dalam stu makanan laut yang dinamakan curanto.
Para penyelidik MIT mencipta sejenis bahan pelekat yang boleh membentuk pengadang ketat untuk menghambat pendarahan dalam 15 saat setelah dibubuh, diilhamkan daripada bahan "bio-gam" berasaskan protein yang dihasilkan oleh teritip untuk melekat kukuh pada batuan.[42]
-
Teritip melekat pada cerucuk di sepanjang Sungai Siuslaw, Oregon
-
Teritip angsa di sebuah restoran di Madrid
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Cirripedia". World Register of Marine Species. Institut Marin Flanders. Dicapai pada 5 Jun 2023.
- ^ Martin Walters & Jinny Johnson (2007). The World of Animals. Bath, Somerset: Parragon. ISBN 978-1-4054-9926-2.[halaman diperlukan]
- ^ a b c d e f g h i j Doyle, P.; Mather, A. E.; Bennett, M. R.; Bussell, A. (1997). "Miocene barnacle assemblages from southern Spain and their palaeoenvironmental significance". Lethaia. 29 (3): 267–274. doi:10.1111/j.1502-3931.1996.tb01659.x.
- ^ Xu, Zhenzhen; Liu, Zhongcheng; Zhang, Chao; Xu, Donggang (Oktober 2022). "Advance in barnacle cement with high underwater adhesion". Journal of Applied Polymer Science. 139 (37): 1–12. doi:10.1002/app.52894.
- ^ a b "What are barnacles?". Ocean Facts. Perkhidmatan Lautan Kebangsaan, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan. 26 Februari 2021. Dicapai pada 18 Jun 2022.
- ^ Gwilliam, G.F.; Millecchia, R. J. (Januari 1975). "Barnacle photoreceptors: Their physiology and role in the control of behavior". Progress in Neurobiology. 4: 211–239. doi:10.1016/0301-0082(75)95002-7. S2CID 53164671.
- ^ a b Barnes, Robert D. (1982). Invertebrate Zoology. Holt-Saunders International. m/s. 694–707. ISBN 978-0-03-056747-6.
- ^ Pérez-Losada, Marcos; Høeg, Jens T.; Crandall, Keith A (17 April 2009). "Remarkable convergent evolution in specialized parasitic Thecostraca (Crustacea)". BMC Biology. 7 (1): 15. doi:10.1186/1741-7007-7-15. PMC 2678073. PMID 19374762.
- ^ a b William A. Newman (2007). "Cirripedia". Dalam Sol Felty Light; James T. Carlton (penyunting). The Light and Smith Manual: Intertidal Invertebrates from Central California to Oregon (ed. ke-4). University of California Press. m/s. 475–484. ISBN 978-0-520-23939-5.
- ^ Ruppert, Edward E.; Fox, Richard, S.; Barnes, Robert D. (2004). Invertebrate Zoology (ed. ke-7). Cengage Learning. m/s. 683. ISBN 978-81-315-0104-7.
- ^ Lacalli, Thurston C. (September 2009). "Serial EM analysis of a copepod larval nervous system: Naupliar eye, optic circuitry, and prospects for full CNS reconstruction". Arthropod Structure & Development. 38 (5): 361–375. doi:10.1016/j.asd.2009.04.002. PMID 19376268.
- ^ a b Donald Thomas Anderson (1994). "Larval development and metamorphosis". Barnacles: Structure, Function, Development and Evolution. Springer. m/s. 197–246. ISBN 978-0-412-44420-3.
- ^ Bourget, E. (1987). Barnacle shells: composition, structure, and growth. m/s. 267–285. Dalam A. J. Southward (ed.), 1987.
- ^ a b "Biology of Barnacles". Muzium Victoria. 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Februari 2007. Dicapai pada 20 April 2012.
- ^ E. L. Charnov (1987). Sexuality and hermaphroditism in barnacles: A natural selection approach. m/s. 89–104. Dalam A. J. Southward (ed.), 1987.
- ^ Callaway, Ewen (7 April 2009). "Penis length isn't everything … for barnacle males". New Scientist. Dicapai pada 5 Jun 2023.
- ^ Bishop, J. D. D. Bishop; Pemberton, A. J. (2005). "The third way: spermcast mating in sessile marine invertebrates". Integrative and Comparative Biology. 46 (4): 398–406. doi:10.1093/icb/icj037. PMID 21672752.
- ^ Yong, Ed (15 Januari 2013). "Poorly-Endowed Barnacles Overthrow 150-Year-Old Belief". National Geographic. Dicapai pada 5 Jun 2023.
- ^ Dale, Brian, penyunting (2011). Mechanism of Fertilization: Plants to Humans (ed. cetakan semula kulit lembut). Berlin: Springer-Verlag. m/s. 702. ISBN 978-3-642-83967-2.
- ^ "Shore life". Encarta Encyclopedia 2005 DVD.
- ^ Carl Zimmer (2000). Parasite Rex: Inside the Bizarre World of Nature's Most Dangerous Creatures. Free Press. ISBN 978-0-7432-0011-0.
- ^ Leone, Stacy E. (2008). Predator Induced Plasticity in Barnacle Shell Morphology (Tesis). Central Connecticut State University. OCLC 713734094.
- ^ Clint Twist (2005). Visual Factfinder: Oceans. Great Bardfield, Essex: Miles Kelly Publishing.
- ^ Harley, C. D. G.; Pankey, M. S.; Wares, J. P.; Grosberg, R. K.; Wonham, M. J. (December 2006). "Color Polymorphism and Genetic Structure in the Sea Star". The Biological Bulletin. 211 (3): 248–262. doi:10.2307/4134547. JSTOR 4134547. PMID 17179384. S2CID 18549566.
- ^ Jan Holmes (2002). "Seashore players most successful when they're in their zone". WSU Beach Watchers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-21. Dicapai pada March 6, 2010.
- ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "cirrus". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
- ^ Lewis, Charlton T.; Short, Charles (1879). "pes". A Latin Dictionary. Perseus Digital Library.
- ^ Concise Oxford English Dictionary (ed. ke-10). Oxford University Press. 2002. m/s. 260. ISBN 0-19-860572-2.
- ^ Martin, Joel W.; Davis, George E. (2001). An Updated Classification of the Recent Crustacea. CiteSeerX 10.1.1.79.1863.[halaman diperlukan]
- ^ Chan, Benny K. K.; Dreyer, Niklas; Gale, Andy S.; Glenner, Henrik; dll. (2021). "The evolutionary diversity of barnacles, with an updated classification of fossil and living forms". Zoological Journal of the Linnean Society. 193 (3): 789–846. doi:10.1093/zoolinnean/zlaa160.
- ^ "World Register of Marine Species, subclass Cirripedia". Dicapai pada 2021-08-22.
- ^ a b c Chan, Benny K K; Dreyer, Niklas; Gale, Andy S; Glenner, Henrik; Ewers-Saucedo, Christine; Pérez-Losada, Marcos; Kolbasov, Gregory A; Crandall, Keith A; Høeg, Jens T (2021-02-25). "The evolutionary diversity of barnacles, with an updated classification of fossil and living forms". Zoological Journal of the Linnean Society. 193 (zlaa160): 789–846. doi:10.1093/zoolinnean/zlaa160. ISSN 0024-4082.
- ^ B. A. Foster & J. S. Buckeridge (1987). Barnacle palaeontology. m/s. 41–63. In A. J. Southward (ed.), 1987.
- ^ "Newcastle University Biofouling Group". Newcastle University. Diarkibkan daripada yang asal pada June 5, 2009. Dicapai pada January 15, 2010.
- ^ Pearson, Ryan M.; van de Merwe, Jason P.; Gagan, Michael K.; Connolly, Rod M. (2020). "Unique Post-telemetry Recapture Enables Development of Multi-Element Isoscapes From Barnacle Shell for Retracing Host Movement". Frontiers in Marine Science (dalam bahasa Inggeris). 7. doi:10.3389/fmars.2020.00596. ISSN 2296-7745.
- ^ Pearson, Ryan M.; van de Merwe, Jason P.; Gagan, Michael K.; Limpus, Colin J.; Connolly, Rod M. (25 April 2019). "Distinguishing between sea turtle foraging areas using stable isotopes from commensal barnacle shells". Scientific Reports. 9 (1): 6565. Bibcode:2019NatSR...9.6565P. doi:10.1038/s41598-019-42983-4. PMC 6483986. PMID 31024029.
- ^ "Can Barnacles unlock the secrets of MH370 and Turtle migration?". Griffith Sciences Impact. 3 August 2015.
- ^ Pandey, Swati (3 August 2015). "Barnacles on debris could provide clues to missing MH370: experts". Reuters.
- ^ Pearson, Ryan M.; van de Merwe, Jason P.; Connolly, Rod M. (2020). "Global oxygen isoscapes for barnacle shells: Application for tracing movement in oceans". Science of the Total Environment. 705: 135782. Bibcode:2020ScTEn.705m5782P. doi:10.1016/j.scitotenv.2019.135782. ISSN 0048-9697. PMID 31787294. S2CID 208536416.
- ^ Molares, José; Freire, Juan (December 2003). "Development and perspectives for community-based management of the goose barnacle (Pollicipes pollicipes) fisheries in Galicia (NW Spain)" (PDF). Fisheries Research. 65 (1–3): 485–492. doi:10.1016/j.fishres.2003.09.034. hdl:2183/90.
- ^ "...all the evidence shows that the name was originally applied to the bird which had the marvellous origin, not to the shell..." Oxford English Dictionary, 2nd Edition, 1989
- ^ Hyunwoo Yuk; dll. (2021). "Rapid and coagulation-independent haemostatic sealing by a paste inspired by barnacle glue". Nature Biomedical Engineering. 5 (10): 1131–1142. doi:10.1038/s41551-021-00769-y. PMC 9254891 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 34373600.