Terier gandum berbulu lembut Ireland
Nama lain | Terier gandum berbulu lembut Terier gandum | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Wheaten atau wheatie | ||||||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Ireland | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Terier gandum berbulu lembut Ireland,[a] terier gandum berbulu lembut,[b] atau hanya terier gandum[c] ialah satu baka terier tulen yang berasal dari Ireland. Terier gandum biasanya mempunyai salah satu daripada dua jenis lapis bulu: Ireland atau berat (Amerika). Lapis bulu Ireland pada umumnya lebih bak sutera dan beralun berbanding dengan lapis bulu berat atau Amerika yang lebih tebal dan lebih sendat. Terier gandum berbulu lembut dinamai sempena lapis bulu sutera berwarna gandumnya.[1] Terier gandum pada umumnya ramah dan suka bermain dan cenderung untuk berbaik dengan kanak-kanak dan anjing lain.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Terier gandum dibiakbakakan di Ireland selama lebih daripada dua ratus tahun untuk menjadi anjing ladang serba guna yang tugasnya termasuk penggembalaan, pemantauan dan penjagaan haiwan ternakan, dan pemburuan dan pembunuhan haiwan perosak.[3] Ia mengongsi leluhur bersama dengan terier biru Kerry dan terier Ireland tetapi tidak dimiliki oleh ningrat.[3] Di Ireland, ia lazimnya dirujuk sebagai "anjing pemburu serigala orang miskin". Terier gandum berbulu lembut menerima nama gelaran "poor man's wolfhound" ("anjing pemburu serigala orang miskin") kerana orang di Ireland dilarang memiliki anjing pemburu seperti anjing pemburu serigala Ireland atau beagle. Maka, orang membiakbakakan terier gandum sebagai anjing ladang serba guna dan anjing pengawal pula.[4] Ekor terier gandum dahulu biasanya terpotong untuk mengelakkan cukai dan kerap dikekalkan pada saiz spesifik.[5]
Walaupun terdapat sejarah panjang, terier gandum tidak diiktiraf sebagai baka di Ireland oleh Irish Kennel Club sehingga tahun 1937.[6][7] Pada tahun 1943, The Kennel Club mengiktiraf baka ini di United Kingdom juga.[8] Terier gandum pertama dieksport ke Lydia Vogel di Amerika Syarikat pada tahun 1940-an, tetapi minat serius terhadap baka ini mengambil masa sepuluh tahun lagi untuk berkembang.[9] Soft Coated Wheaten Terrier Club of America, Inc. diasaskan pada tahun 1962, tujuh tahun selepas pembentukan Soft-Coated Wheaten Terrier Club of Great Britain.[10] Pada tahun 1970-an, terier gandum pertama diimport ke Australia oleh Anubis Kennels. Pada tahun 1973, ia diiktiraf oleh American Kennel Club. Pengimportan terkini anjing gaya Ireland telah memperbaik dan memperluas takungan gen. American Herding Breed Association (AHBA) menerima terier gandum pada tahun 1990-an. Pada masa itu, anggota baka ini diizinkan untuk menyertai ujian dan percubaan keupayaan penggembalaannya.[11] Kini, terier gandum bertanding dalam kepatuhan, ketangkasan, dan penjejakan dan kadang-kadang digunakan dalam terapi berbantuan haiwan juga. Soft Coated Wheaten Terrier Club of America, Inc. (SCWTCA, Inc.) ialah anggota American Kennel Club yang melindungi dan memajukan kepentingan baka ini dan melindunginya daripada eksploitasi komersial.[12] Kelab ini berkhidmat kepada pembiak baka, pemilik, penganjur pertandingan, dan bakal pemilik.
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Anak anjing mempunyai lapis bulu gelap berwarna merah, perang, mahogani, atau putih. Muncung dan telinganya mungkin berwarna hitam atau perang gelap. Lapis bulu perang kemerah-merahan anak anjing beransur-ansur tumbuh menjadi hampir putih sebelum menjadi matang menjadi lapis bulu berwarna gandum semakin ia menua. Lapis bulu dewasa biasanya menjadi matang menjelang usia 3 tahun dan mungkin mengandungi rerambut "pengawal" hitam, putih atau perang lebih gelap sebagai tambahan kepada bulu berwarna gandum lebih cerah. Jika dewasa pernah mengalami kecederaan kulit, bulu tumbuh yang terhasil (bulu luka) akan menjadi warna gelap seperti pada lapis bulu anak anjing sebelum akhirnya tumbuh menjadi warna gandum. Bulunya juga mungkin tumbuh dengan kepada warna coklat cair, sama ada bulu berwarna putih atau susu.[13]
Terier gandum berbulu lembut ialah anjing bersaiz sederhana yang berpurata ketinggian 17–20 inci (43–51 cm) dan seberat kira-kira 30–45 paun (14–20 kg). Baka ini mempunyai struktur segi empat sama dan terbina dengan baik. Bulu lembut bak sutera tidak gugur seperti kebanyakan anjing; seperti rambut manusia dan bulu pudel, bulunya terus tumbuh; ia memerlukan pemangkasan dan patut diberus dan disikat sekali sehari untuk mengelakkan kusutan. Ia merupakan anjing sangat pintar dan mudah dilatih. Ia bergerak balas dengan paling baik terhadap pujian dan pembelajaran trik dapat berlaku dengan mudah padanya. Ia menyayangi orang dan jarang mempunyai isu agresi jika diperoleh daripada pembiak baka bereputasi.[14]
Lapis bulu Ireland cenderung untuk menjadi lebih nipis dan lebih bak sutera berbanding dengan keragaman Amerika dan ia mempunyai pengikut setia di Ireland dan di Eropah. Pembiak baka jenis Ireland tulen percaya bahawa ini ialah lapis bulu pekerja asli. Lapis bulunya tidak nipis – pembiak baka jenis Ireland menganggap bahawa lapis bulu berat Amerika "bufan", bukan jenis terier pekerja asli. Terdapat segelintir pembiak baka jenis Ireland di Amerika Syarikat dan di Kanada. Dalam gelanggang pertunjukan pengakuran AKC, para hakim tidak selalu menerima jenis Ireland dengan baik. Jenis Ireland diterima dengan baik di United Kingdom dan di Eropah. Lapis bulu "Heavy Irish" biasanya merupakan hasil pembiakbakaan silang antara jenis lapis bulu – lapis bulu Amerika/Inggeris dengan jenis Ireland. Lapis bulu Ireland masih memerlukan pemberusan harian untuk kekal bebas daripada bulu kusut.
Terier gandum yang terlihat di Ireland kini mempunyai saiz, rupa bentuk, dan tekstur lapis bulu sama dengan yang terlihat dan didokumenkan lebih daripada 100 tahun lalu. Bukti ini dapat dilihat daripada karya seni terkenal "The Aran Fisherman's Drowned Child" ("Anak Lemas Nelayan Aran") oleh pelukis Ireland Frederic William Burton.
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.7 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[15]
Terier gandum berbulu lembut pada umumnya ialah baka berumur panjang. Ia rentan terhadap pelbagai penyakit boleh waris, walaupun paling terkenal kerana dua keadaan pembaziran protein: nefropati kehilangan protein (PLN), iaitu apabila anjing berkenaan kehilangan protein melalui ginjal;[16] dan enteropati kehilangan protein (PLE), iaitu apabila anjing berkenaan gagal menyerap protein sepenuhnya di dalam salur penghadamannya, lalu menyebabkannya dikeluarkan di dalam najisnya. Kedua-dua PLN dan PLE berpotensi membawa maut, tetapi jika dikenal pasti cukup awal, kadang-kadang dapat diuruskan dengan perubahan diet dan farmaseutikal ketat. Ujian makmal boleh membantu dalam mendiagnosis PLN dan PLE; Pemilik terier gandum patut menyemak protokol pengujian yang dinasihatkan oleh negara masing-masing.[17] Penyelidikan mencadangkan bahawa PLE dan PLN kerap lebih prevalen pada terier gandum betina dan kerap berlaku serentak dengan PLE ikutan diagnosis PLN. Walaupun kecenderungan genetik telah dicadangkan, cara pewarisan yang tidak diketahui kekal.[18] Program penyelidikan, terutamanya di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, sedang mencari jawapan.[17][19]
Isu kesihatan lain pada terier gandum merupakan displasia ginjal, penyakit usus keradangan, penyakit Addison,[20] dan kanser. Sesetengah terier gandum dapat menderitai alahan makanan dan persekitaran dan dapat menjadi terdedah kepada penyakit kulit dermatitis atopik.[19] Bakal pemilik terier gandu< patut membincangkan isu kesihatan dengan pembiak baka sebelum berkeputusan untuk mendapatkan anak anjing.[21]
Perangai
[sunting | sunting sumber]Terier gandum berbulu lembut ialah anjing bertenaga dan suka bermain. Ia memerlukan kesabaran dan pelatihan positif tekal. Kaedah kasar kerap akan mengakibatkan ketakutan dan/atau agresi. Pendekatan positif dan seimbang berkesan dengan paling baik dengan terier cerdas lagi keras kepala ini. Ia merupakan penyambut bersemangat dan selalunya akan melompat-lompat untuk menjilat muka seseorang, lazimnya dirujuk sebagai "wheaten greetin".[22] Terier gandum dianggap kurang kasar daripada terier lain, tetapi cergas dan dapat menjadi lebih aktif daripada banyak baka lain.[3] Atas sebab ini, anjing ini paling sesuai disenamkan dengan kerap.[3]
Ia merupakan anjing cuaca sejuk dan mudah menjadi terlalu panas dalam cuaca panas. Jika tersosialisasi dengan kucing dan anak anjing, ia mungkin bergaul dengan baik; jika tidak, perlu ada perhatian dalam pengenalannya kepada kucing, kerana baka ini mempunyai "dorongan pemangsa" sangat kuat kerana asal usulnya sebagai pemburu haiwan perosak. Terier gandum ialah anjing peliharaan ramah dan penyayang dan bergaul dengan baik dengan anjing lain jika tersosialisasi dengan betul. Terier gandum sangat kuat melindungi keluarganya dan, walaupun mungkin menyalak secara berjaga-jaga terhadap orang asing, jarang menjadi agresif. Jika tidak terlatih dengan betul, ia dapat menyalak secara berlebihan. Oleh itu, ramai pemilik terier gandum berkata bahawa ia sesuai sebagai anjing pengawas, tetapi anjing penjaga buruk. Terier gandum ialah anjing hebat untuk kanak-kanak dan pada umumnya ramah terhadap mereka.[perlu rujukan] Terier gandum sangat ingin tahu dan berkemungkinan besar akan mencuba untuk berkeliaran jika dibiarkan di luar bersendirian. Jika terlatih dengan baik, ia dapat menjadi sangat setia dan akan mendengar arahan dengan baik.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: تيريئر ݢندوم بربولو لمبوت اءيرلند ; bahasa Inggeris: Irish softcoated wheaten terrier; Irish soft-coated wheaten terrier
- ^ Jawi: تيريئر ݢندوم بربولو لمبوت ; bahasa Inggeris: softcoated wheaten terrier; soft-coated wheaten terrier
- ^ Jawi: تيريئر ݢندوم ; bahasa Inggeris: wheaten terrier ; Ireland: brocaire buí, lit. 'terier kuning'
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Soft Coated Wheaten Terrier friendly / happy / deeply devoted" [Terier Gandum Berbulu Lembut ramah / gembira / amat setia] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Larkin, Dr. Peter; Stockman, Mike. The Ultimate Encyclopedia of Dogs, Dog Breeds & Dog Care [Ensiklopedia Muktamad Anjing, Baka Anjing, dan Penjagaan Anjing] (dalam bahasa Inggeris). m/s. 168.
- ^ a b c d "Soft Coated Wheaten Terrier" [Terier Gandum Berbulu Lembut]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2013. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ Gamas, Cess (22 April 2023). "Soft-Coated Wheaten Terrier – A Closer Look at the "Poor Man's Dog"" [Terier Gandum Berbulu Lembut – Penelitian Lebih Dekat tentang "Anjing Orang Miskin"] (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Soft Coated Wheaten Terrier History" [Sejarah Terier Gandum Berbulu Lembut]. Dog-Breeds.in (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ Irish Kennel Club diasaskan pada tahun 1922.
- ^ "History of the Wheaten" [Sejarah Wheaten]. Soft-Coated Wheaten Terrier Club of GB (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2017. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ "History of the Wheaten" [Sejarah Wheaten]. Soft-Coated Wheaten Terrier Club of GB (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 April 2017. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ Robyn Alexander. "History of the Breed − Soft Coated Wheaten Terrier Club of America" [Sejarah Baka − Soft Coated Wheaten Terrier Club of America] (dalam bahasa Inggeris). Soft Coated Wheaten Terrier Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2020. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ Gottlieb, Jacqueline I.; Dunlap, Gay H., penyunting (2012). The Soft Coated Wheaten Terrier Owner's Manual [Buku Panduan Pemilik Terier Gandum Berbulu Lembut] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Soft Coated Wheaten Terrier Club of America. m/s. 5.
- ^ Stone, S., dan Koehler, C. The Soft Coated Wheaten Terrier as a Herding Dog: Historical Heritage, Current Capabilities (dalam bahasa Inggeris).
- ^ "Soft Coated Wheaten Terrier Club of America" (dalam bahasa Inggeris). Soft Coated Wheaten Terrier Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2020. Dicapai pada 5 Mac 2024.
- ^ Hanya lapis bulu Ireland memenuhi keterangan ini untuk mana-mana piawaian ini.
- ^ "Dogs That Do Not Shed" [Anjing yang Tidak Menggugurkan Bulu]. Go Pets America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Delbert Carlson, DVM; dll. "Protein-losing Nephropathy" [Nefropati kehilangan protein] (dalam bahasa Inggeris). Go Pets America. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2011. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ a b Robyn Alexander. "Soft Coated Wheaten Terrier Club of America – Wheaten Health" [Soft Coated Wheaten Terrier Club of America – Kesihatan Wheaten]. Soft Coated Wheaten Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Littman, Meryl P.; Dambach, Donna M.; Vaden, Shelly L.; Giger, Urs (Januari 2000). "Familial Protein-Losing Enteropathy and Protein-Losing Nephropathy in Soft Coated Wheaten Terriers: 222 Cases (1983–1997)" [Enteropati Kehilangan Protein Kekeluargaan dan Nefropati Kehilangan Protein pada Terier Gandum Berbulu Lembut: 222 Kes (1983–1997)]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 14 (1): 68–80. doi:10.1111/j.1939-1676.2000.tb01502.x. ISSN 1939-1676. PMID 10668820. S2CID 45102195.
- ^ a b "Soft Coated Wheaten Terrier Health" [Kesihatan Terier Gandum Berbulu Lmbut]. Dog-Breeds.in (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ Robyn Alexander. "Addison's Disease or Hypoadrenocorticism" [Penyakit Addison atau Hipoadrenokortisisme]. Soft Coated Wheaten Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2020. Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "SCWTDB.org | Soft Coated Wheaten Terrier Database | dog health" [SCWTDB.org | Soft Coated Wheaten Terrier Database | kesihatan anjing]. Soft Coated Wheaten Terrier Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Mac 2024.
- ^ "Wheaten Greeting | Soft Coated Wheaten Terrier Dogs" [Wheaten Greeting | Terier Gandum Berbulu Lembut]. Dicapai pada 19 Oktober 2024.