Pergi ke kandungan

Terier Parson Russell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier Parson Russell
Nama lainTerier Parson Jack Russell
Parson
Negara asalEngland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Parson Russell[a] ialah satu baka terier putih kecil yang merupakan terier rubah asli dari abad ke-18. Baka ini dinamai sempena Reverend John Russell yang dikreditkan dengan penghasilan jenis anjing ini. Ia merupakan keragaman pertunjukan pengakuran beriktiraf bagi terier Jack Russell dan pertama kali diiktiraf pada tahun 1990 di United Kingdom sebagai terier Parson Jack Russell. Di Amerika Syarikat, ia pertama kali diiktiraf sebagai terier Jack Russell pada tahun 1997. Namanya diubah kepada bentuk semasanya pada tahun 1999 di United Kingdom dan menjelang tahun 2008 semua kelab kenel antarabangsa mengiktirafnya atas nama baharu.

Sebagai baka yang kebanyakannya putih dengan sama ada lapis bulu licin, kasar, atau putus-putus, ia mengakuri julat saiz lebih sempit daripada terier Jack Russell. Ia merupakan terier feisty dan bertenaga yang sesuai untuk sukan dan mampu berbaik dengan kanak-kanak dan haiwan lain. Ia mempunyai pelbagai isu kesihatan berkaitan dengan baka, terutamanya berkaitan dengan gangguan mata.

John "Jack" Russell, pengembang baka anjing dan sumber nama baka ini dan terier putih lain
Baka ini mengongsi sejarah bersama dengan terier Jack Russell sehingga awal tahun 1980-an.

Jenis terier putih kecil ini bertarikh kembali kepada kerja Reverend John Russell yang lahir pada tahun 1795.[1] Pada tahun 1819, beliau membeli seekor terier putih dan sawo matang kecil betina bernama Trump daripada seorang penjual susu di dukuh Elmsford.[2] Ia membentuk asas untuk program pembiakbakaan beliau dan pada tahun 1850-an anjing-anjing ini diiktiraf sebagai jenis tersendiri bagi terier rubah.[3][4]

Pada tahun 1894, Devon and Somerset Badger Club diasaskan oleh Arthur Blake Heinemann yang mewujudkan piawaian baka pertama untuk jenis terier ini. Kelab ini dibentuk dengan tujuan untuk mempromosikan penggalian bejar, berbanding dengan pemburuan rubah.[1] Menjelang permulaan abad ke-20, nama John Russell telah menjadi terkait dengan jenis terier ini.[5] Devon and Somerset Badger Club kemudian dinamai semula sebagai Parson Jack Russell Terrier Club dan diteruskan sehingga sejurus sebelum Perang Dunia Kedua apabila kelab itu runtuh.[1]

Pada tahun 1983, Parson Jack Russell Terrier Club (PJRTC) telah dikenakan reformasi dengan tujuan untuk mendapatkan pengiktirafan The Kennel Club untuk baka ini. Permohonan awal ditolak, tetapi selepas beberapa penolakan lanjut,[6] terier Parson Jack Russell diiktiraf pada 9 Januari 1990 sebagai varian terier rubah,[1][7] dengan United Kennel Club yang menyusul pada tahun 1991.[8] American Kennel Club mengiktiraf baka ini sebagai Jack Russell Terrier ("terier Jack Russell") berkuat kuasa 1 November 1997.[9][10]

Pada 1 Ogos 1999, PJRTC berjaya membuat petisyen kepada The Kennel Club (United Kingdom) agar mengubah nama baka ini kepada Parson Russell Terrier ("terier Parson Russell") dengan nama kelab baka itu yang menyusul.[1] Persatuan kenel antarabangsa, Persekutuan Kinologi Antarabangsa, mengiktiraf Parson Russell Terrier ("terier Parson Russell") pada 4 Jun 2001.[11] American Kennel Club mengemaskinikan nama baka beriktiraf ini daripada Jack Russell Terrier pada 1 April 2003.[10] United Kennel Club pula menerima pakai nama baharu pada 23 April 2008.[8]

Australian National Kennel Council (ANKC), New Zealand Kennel Club (NZKC), dan United Kennel Club (UKC) merupakan tiga kelab kenel utama yang mengiktiraf kedua-dua terier Jack Russell dan terier Parson Russell secara berasingan.[12][13] Pada tahun 2009, terdapat 18 ekor terier Parson Russell yang berdaftar dengan ANKC berbanding dengan 1073 ekor terier Jack Russell.[12]

Seorang hakim yang mengukur panjang seekor terier Parson Russell

Terier Parson Russell dibiakbakakan untuk mengakuri piawaian pertunjukan pengakuran.[8] Tidak seperti saudara terdekatnya, terier Jack Russell, terier Parson Russell mempunyai tungkai yang jelas lebih panjang yang kira-kira setinggi panjang tubuh terier ini. Ia merupakan baka yang kebanyakannya berwarna putih dengan tanda-tanda hitam, sawo matang, mustard, atau triwarna dan lapis bulu yang mudah diurus yang mungkin kasar, licin, atau putus-putus (serupa dengan lapis bulu licin, tetapi dengan sesetengah bulu lebih panjang pada kepala, muka, tungkai, atau tubuh).[14][15][16] Piawaian baka tidak mengiktiraf terier Parson Russell dengan lapis bulu keriting atau kasar. Terdapat garis luar jelas dengan hanya sedikit kening dan janggut sekiranya anjing berkenaan berlapis bulu putus-putus. Ia mempunyai telinga labuh kecil sederhana tebal berbentuk V dengan hujung yang menghala ke arah mata. Hidung anjing ini patut berwarna hitam.[17] Julat saiz normal ialah ketinggian 13–14 inci (33–36 cm) pada paras kelasa, dengan berat sekitar 13–17 paun (5.9–7.7 kg).[14]

Terier Parson Russell mempunyai garis luar agak berbentuk segi empat sama, dengan tubuh yang kira-kira sepanjang ketinggian anjing ini.[14] Berbanding dengan terier Jack Russell, terier Parson Russell mempunyai kepala lebih panjang dan dada lebih besar sekali dengan saiz tubuh lebih besar sedikit secara keseluruhan.[18] Terier Parson Russell mengekalkan tengkorak rata tetapi bukan rupa bentuk memanjang terier rubah dan dengan telinga yang terletak lebih rendah.[19] Sebagai tambahan, terier Jack Russell mempunyai variasi saiz lebih besar dengan julat ketinggian 10–15 inci (25–38 cm) pada paras kelasa.[20]

Dua tangan patut dapat merentangi dada anjing di belakang sikunya dengan ibu jari pada kelasa.[14] Ini diperlukan dalam penghakiman pertunjukan dengan hakim yang mengangkat tungkai hadapan anjing ini perlahan-lahan dari tanah dalam gerakan ini untuk mengukur saiz dada. Jari hakim patut bertemu di bawah dada dan ibu jari di atas tulang belakang. American Kennel Club memerihalkan ini sebagai "faktor ketara dan bahagian kritikal dalam proses penghakiman".[17] Ini tidak dilakukan untuk mengukur saiz dada, tetapi untuk merasai rupa bentuk betul.[21]

Di bawah piawaian pertunjukan, terdapat beberapa titik fizikal yang dianggap sebagai kecacatan dalam gelanggang pertunjukan. Ini merupakan ketinggian anjing pada paras layu yang berada di luar julat piawai, telinga mencucuk, hidung berwarna hati atau perang, garis rahang yang terlebih ke hadapan atau ke belakang, atau keahdiran tanda-tanda brindle.[17]

Seekor terier Parson Russell berbulu putus-putus

Terier Parson Russell ialah sejenis terier bersemangat dan bertenaga. Ia dapat menjadi cemerlang dalam sukan anjing seperti flyball atau ketangkasan dan memerlukan senaman berat untuk mengelakkannya daripada menjadi bosan dan berpotensi untuk bersikap pemusnah di rumah. Ia dapat disesuaikan untuk tinggal bersama kanak-kanak tetapi kerana ia mempunyai perangai tipikal terier, ia tidak bertolak ansur dengan pengendalian kasar.[14] AKC memerihalkannya sebagai anjing berfikiran tunggal, kuat, dan berani ketika bekerja, manakala di rumah, ia dapat menjadi penuh semangat, suka bermain, dan penyayang.[17] Walau bagaimanapun, penglibatan anjing baka ini dalam kerja, seperti pemburuan rubah, yang tipikal bagi terier putih kecil, adalah luar biasa kerana ia lebih tersesuai terhadap bangku pertunjukan.[22]

Ia dapat menjadi suka bermain dengan anjing lain dan bergaul dengan baik dengan kuda.[14] Piawaian baka mensyaratkan agar sikap malu dianggap sebagai kecacatan, walaupun piawaian menyatakan bahawa ini tidak patut dikelirukan dengan sikap peserah yang tidak patut diperlakukan sedemikian. Agresi terang terhadap anjing lain tidak diterima dan merupakan kriteria penyingkiran dalam gelanggang pertunjukan.[17]

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[23]

Terier Parson Russell ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat kehelan kanta primer yang disebabkan oleh mutasi resesif autosom bagi gen ADAMTS17.[24]

Keadaan mata lain yang muncul pada baka ini termasuk katarak pada juvenil, distrofi kornea, atrofi retina progresif, dan pemisahan kekaca posterior.[25][26] Keadaan bukan mata yang berkaitan dengan baka yang mungkin menjejaskan terier Parson Russell ialah kepekakan dan kehelan tempurung lutut.

Suatu bentuk terwaris bagi ataksia telah dikenali dalam kalangan terier Russell (terier Jack Russell, terier Parson Russell, dan terier Russell) selama lebih daripada 50 tahun. Miokimia dan sawan kerap terlihat bersama-sama dengan keadaan ini. Sebuah kajian tahun 2014 mengenal pasti bahawa gen KCNJ10 bertanggungjawab atas ataksia spinoserebelar yang diiringi oleh miokimia dan/atau sawan pada baka ini. Keadaan ini juga menjejaskan terier Jack Russell dan terier Rusell yang berkait rapat.[27]

[sunting | sunting sumber]
  • Uggie (2002–2015), seekor terier Parson Russell terlatih, ialah seekor haiwan pelakon, yang muncul dalam iklan bermula pada tahun 2005 dan paling ketara berlakon dalam Water for Elephants dan The Artist, kedua-duanya pada tahun 2011.[28] Pada tahun sama, berdasarkan minat terhadap The Artist, kempen "Consider Uggie" dilancarkan, yang mencuba untuk mendapatkan untuk anjing itu pencalonan untuk Anugerah Akademi.[29] Pada tahun 2012, Uggie digelar jurucakap pertama Nintendo.[30]
  • Sykes (anggaran 2001–2019), seekor anjing pelakon dari Clifton, Oxfordshire, England, yang muncul sebagai "Harvey" dalam tiga iklan televisyen Thinbox dan, atas nama sebenarnya, dalam lima musim Midsomer Murders. Ia juga muncul dalam beberapa buah filem blokbuster Hollywood, serta sebuah filem televisyen United Kingdom, beberapa buah siri, dan sebuah minisiri. Ia bersara pada tahun 2016 selepas kerjaya panjang di layar besar dan kecil. Sykes juga merupakan juara pertandingan ketangkasan.
  1. ^ Jawi: تيريئر ڤرسون راسل; bahasa Inggeris: Parson Russell terrier
  1. ^ a b c d e "An introduction to the Parson Russell Terrier" [Pengenalan kepada Terier Parson Russell]. Parson Russell Terrier Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2011. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  2. ^ Davies, Norman (1996). Europe: A History [Eropah: Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Oxford, United Kingdom: Oxford University Press. m/s. 343. ISBN 9780198201717. OCLC 35593922.
  3. ^ McKinney, Liz. "History of the Jack Russell Terrier" [Sejarah Terier Jack Russell] (dalam bahasa Inggeris). Parson Russell Terrier / Jack Russell Terrier.com. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  4. ^ Smith, Steve, penyunting (2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs: Written by Sportsmen for Sportsmen [Ensiklopedia Anjing Sukan Amerika Utara: Dikarang oleh Ahli Sukan untuk Ahli Sukan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Minocqua, Wisconsin, Amerika Syarikat: Willow Creek Press. m/s. 229. ISBN 9781572235014. OCLC 49277228.
  5. ^ Lee, Rawdon Briggs (11 Februari 2009). A History and Description, with Reminiscences, of the Fox Terrier [Sejarah dan Keterangan, dengan Kesan Bekas, Terier Rubah] (dalam bahasa Inggeris) (ed. cetakan semula). London, United Kingdom: Horace Cox. m/s. 153. ISBN 9781103296620.
  6. ^ "Parson Russell Terrier – Cracking Jacks". Dogs Monthly Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  7. ^ Coile, D. Caroline (1 Ogos 2000). The Jack Russell Terrier Handbook [Buku Panduan Terier Jack Russell] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 10. ISBN 9780764114113. OCLC 43441598.
  8. ^ a b c "Parson Russell Terrier" [Terier Parson Russell]. United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  9. ^ "AKC Meet the Breed: Parson Russell Terrier" [Kenali Baka AKC: Terier Parson Russell]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2005. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  10. ^ a b "History of the Parson Russell Terrier" [Sejarah Terier Parson Russell]. Parson Russell Terrier Association of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2010. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  11. ^ "FCI-Standard N° 339 PARSON RUSSELL TERRIER" [Piawaian FCI No. 339 Terier Parson Russell] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 17 Oktober 2017. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  12. ^ a b "ANKC: National Animal Registration Analysis" [ANKC: Analisis Pendaftaran Haiwan Kebangsaan]. Australian National Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.[pautan mati kekal]
  13. ^ "Terrier Group Breed Standards" [Piawaian Baka Kumpulan Terier] (PDF). New Zealand Terrier Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Oktober 2008. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  14. ^ a b c d e f Palika, Liz (27 Ogos 2007). The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 312–313. ISBN 9780470009215. OCLC 85485148.
  15. ^ "Coat Type" [Jenis Bulu] (dalam bahasa Inggeris). Jack Russell Terrier Club of America. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  16. ^ Purina data sheet (dalam bahasa Inggeris)
  17. ^ a b c d e "AKC Breed Standard" [Piawaian Baka AKC] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2005. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  18. ^ Rainwater, Don; Rainwater, Kellie (3 Mac 2008). The Jack Russell Terrier: Canine Companion or Demon Dog [Terier Jack Russell: Teman Anjing atau Anjing Iblis] (dalam bahasa Inggeris). CreateSpace. m/s. 9. ISBN 9781434848901. OCLC 686747776.
  19. ^ "Fox Terriers and Jack Russells" [Terier Rubah dan Terier Jack Russell]. JaneDogs (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  20. ^ "Breed Comparison" [Perbandingan Baka]. Jack Russell Terrier Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2024.
  21. ^ "Jack Russell/Parson Russell Terrier Spanning Guide" [Panduan Rentang Terier Jack Russell/Parson Russell] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Ducklings Kennel. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  22. ^ "The Parson Russell Terrier" [Terier Parson Russell] (dalam bahasa Inggeris). The Parson Russell Terrier Club. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  23. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  24. ^ Oliver, James A. C.; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  25. ^ Miller, Paul E. (16 Oktober 2007). "Appendix - Breed Predisposition to Eye Disorders" [Lampiran - Predisposisi Baka terhadap Kecelaruan Mata]. Dalam Maggs, David J.; Miller, Paul E.; Ofri, Ron (penyunting). Slatter's Fundamentals of Veterinary Ophthalmology [Asas Oftalmologi Veterinar Slatter] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Saunders. m/s. 449. doi:10.1016/B978-072160561-6.50024-1. ISBN 9780721605616. OCLC 775121274.
  26. ^ Arden, Darleen (26 Jun 2006). Small Dogs, Big Hearts: A Guide to Caring for Your Little Dog [Anjing Kecil, Hati Besar: Panduan untuk Menjaga Anjing Kecil Anda] (dalam bahasa Inggeris) (ed. semakan). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 189. ISBN 9780471779636. OCLC 64624994.
  27. ^ Gilliam, Douglas; O'Brien, Dennis P.; Coates, Joan R.; Johnson, Gary S.; Johnson, Gayle Christy; Mhlanga-Mutangadura, T.; Hansen, Liz; Taylor, Jeremy F.; Schnabel, Robert D. (7 April 2014). "A Homozygous KCNJ10 Mutation in Jack Russell Terriers and Related Breeds with Spinocerebellar Ataxia with Myokymia, Seizures, or Both" [Mutasi Homozigot KCNJ10 pada Terier Jack Russell dan Baka Berkaitan dengan Ataksia Spinoserebelar dengan Miokimia, Sawan, atau Kedua-duanya]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 28 (3): 871–877. doi:10.1111/jvim.12355. ISSN 1939-1676. PMC 4238845. PMID 24708069. S2CID 15649368.
  28. ^ Clarke, Cath (22 Disember 2011). "First sight: Uggie" [Pandangan pertama: Uggie] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Guardian News and Media. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  29. ^ Eber, Hailey (4 Disember 2011). "Uggie, the canine co-star of "The Artist," is receiving praise from critics" [Uggie, si anjing bintang pendamping kepada "The Artist" terima pujian daripada kritik] (dalam bahasa Inggeris). New York Post. Dicapai pada 7 Mac 2024.
  30. ^ "Canine Superstar Uggie Lands Epic Role as Nintendo's First-Ever "Spokesdog"" [Anjing Bintang Super Uggie Dapat Peranan Epik sebagai "Anjing Jurucakap" Pertama Nintendo] (dalam bahasa Inggeris). Business Wire. 8 Februari 2012. Dicapai pada 7 Mac 2024.