Terier Brazil[a] ialah satu baka anjing yang dikembangkan di Brazil. Ia merupakan salah satu daripada beberapa baka terier dan salah satu daripada dua baka asli Brazil yang diiktiraf di seluruh dunia.[2]
Terier ini berdiri setinggi 13–16 in (33–41 cm) pada paras kelasa.[5] Baka ini pada umumnya berukuran seberat 15–22 lb (6.8–10.0 kg).[6] Lapis bulunya pendek, licin, dan halus. Pewarnaannya sentiasa triwarna (putih, sawo matang, dan hitam atau putih, sawo matang, dan biru atau putih, sawo matang, dan perang). Ekor terpotong, dada sempit, tengkorak segi tiga rata, dan tubuh cukup seimbang merupakan ciri paling lazim. Telinganya separa mencucuk dan terlipat, dengan hujung yang jatuh ke bawah.
^Jawi: تيريئر برازيلcode: ms is deprecated ; Portugis: terrier brasileirocode: pt is deprecated ; bahasa Inggeris: Brazilian terriercode: en is deprecated
^Fogle, Bruce (1 Ogos 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. United Kingdom). London, United Kingdom: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 210. ISBN9781409364214. OCLC846542087.
^Fogle, Bruce (1 Oktober 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. ke-2). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN9781465421166. OCLC859155647.