Pergi ke kandungan

Tepung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tepung serbaguna.

Tepung (Jawi: تڤوڠ) merupakan sejenis zarah padat yang berbentuk bijirin halus atau sangat halus bergantung pada pemakaiannya. Biasanya digunakan untuk keperluan penyelidikan, rumah tangga, dan bahan-bahan mentah industri. Tepung boleh berasal dari bahan tumbuhan tamsilnya tepung gandum dari gandum, ubi kayu, jagung atau haiwan tamsilnya tepung tulang dan tepung ikan.

Jenis tepung

[sunting | sunting sumber]
  • Gandum - adalah tepung/serbuk halus yang berasal daripada biji gandum, dan digunakan sebagai bahan asas membuat kuih, mi, roti, dan pasta. Perkataan terigu dalam bahasa Indonesia diserap dari bahasa Portugis trigo yang bermaksud gandum. Tepung gandum roti mengandungi protein dalam bentuk gluten, yang berperanan dalam menentukan kekenyalan makanan yang diperbuat daripada bahan gandum.
  • Kanji, dari umbi ubi kayu
  • Tepung jagung (jagung), dari biji jagung
  • Kacang hijau
  • Beras
  • Beras pulut
  • Serbuk roti, campuran tepung untuk menggoreng, komposisi utama adalah tepung gandum.