Teori penyakit Miasma
Teori penyakit Miasma menyatakan bahawa penyakit seperti kolera atau Maut Hitam disebabkan oleh miasma (bahasa Yunani: "pencemaran"), bentuk beracun "udara busuk". Secara umum, konsep ini telah digantikan dengan teori penyakit disebabkan kuman yang lebih saintifik.
Miasma dianggap sebagai wap beracun atau kabus yang berisi zarah dari jisim reput (miasmata) yang mampu menyebabkan penyakit dan dikenal pasti melalui bau busuk, menjijikkan (yang, semestinya, datang dari jisim yang reput). Penyokong terkenal teori miasmatik adalah Abaris the Hyperborean, yang terkenal kerana membersihkan Sparta di kaki Gunung Taygetus dari miasmata yang turun dari bukit.
Teori penyakit Miasmatik bermula pada Zaman Pertengahan dan berterusan sehingga pertengahan 1800-an, apabila ia digunakan bagi menjelaskan penyebaran kolera di London dan di Paris, dengan itu menjelaskan sebahagian pengubahsuaian Haussmann kemudiannya pada ibu negeri Perancis. Penyakit dikatakan boleh dielakkan dengan membersih dan memberus badan dan peralatan. Dr. William Farr, pembantu pesuruhjaya bagi banci London 1851, merupakan penyokong penting kepada teori miasma. Dia percaya bahawa kolera disebar melalui udara, dan terdapat tumpuan tinggi miasmata berhampiran tebing Sungai Thames. Penerimaan meluas teori Miasma semasa wabak kolera menengelamkan teori yang dikemukakan oleh John Snow bahawa kolera disebarkan melalui air. Ini melambatkan tindak balas kepada wabak utama di daerah Soho, London dan kawasan lain. Seorang lagi penyokong teori miasmatik adalah jururawat Perang Krimea, Florence Nightingale (1820-1910), yang terkenal kerana usahanya bagi membersihkan hospital dan berbau segar.
Pembaharuan penjagaan kebersihan
[sunting | sunting sumber]Teori miasma diterima akal bagi pemulih penjagaan kebersihan Inggeris pada pertengahan kurun kesembilan belas. Miasma menjelaskan kenapa kolera dan penyakit lain membentuk wabak di kawasan di mana air bertakung dan berbau busuk. Teori ini mendorong kepada peningkatan kepada sistem kebersihan, yang mendorong kepada pengurangan kejadian kolera, yang mengukuhkan teori ini.
Sungguhpun teori miasmatik telah dibuktikan salah dengan pengetahuan virus dan bakteria, ia mengaitkan kebersihan dan penyakit. Ini menyebabkan pemulihan kebersihan awam dan menggalakkan kebersihan, sungguhpun sesetengah doktor masih tidak membersihkan tangan mereka antara pesakit. Mereka percaya bahawa miasmata hanya tersebar melalui udara, dan tidak akan melekat pada tangan doktor.
Teori miasmatik sejajar dengan pemerhatian bahawa:
- penyakit berkait dengan tahap kebersihan yang rendah (dan dengan itu bau busuk) dan peningkatan kebersihan mengurangkan penyakit, tetapi tanpa pemantauan mikrobiologi yang mendorong kepada teori penyakit disebabkan kuman.
Penyakit taun
[sunting | sunting sumber]Bagi penyakit taun atau kolera, teori miasmatik telah ditolak oleh John Snow selepas wabak di Soho, tengah London pada 1854. Disebabkan teori miasmatik kuat dipercayai di kalangan pakar sains Itali, jumpaan 1854 oleh Filippo Pacini mengenai basilum yang menyebabkan penyakit tersebut diabaikan sepenuhnya, dan bakteria tersebut terpaksa dijumpai semula tiga puluh tahun berikutnya oleh Robert Koch.
Sisa teori ini adalah nama malaria, dari perkataan Itali mala aria ("udara buruk").