Pergi ke kandungan

Tembereng garis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Definisi geometri sebuah tembereng garis.
Gambar bersejarah– Melukis sebuah ruas garisan (1699)

Dalam geometri, tembereng garis atau ruas garis merupakan sebahagian daripada garis yang terhad oleh dua titik hujung yang berbeza, dan memuatkan semua titik pada garis di antara hujung-hujungnya. Contoh ruas garisan tamsilnya sisi segi tiga atau sisi persegi. Lebih umumnya, ketika titik-titik hujung adalah verteks suatu poligon, maka tembereng garis adalah sisi (poligon tersebut); jika mereka merupakan verteks-verteks yang bertetanggaan, atau diagonal. Ketika titik-titik hujung terletak pada sebuah lengkung, tamsilnya lingkaran, maka tembereng garis itu disebut tali busur (lengkung tersebut).

Dalam ruang vektor sebenar atau kompleks

[sunting | sunting sumber]

Jika V adalah sebuah ruang vektor pada atau , dan L adalah himpunan sebahagian dari V, maka L adalah tembereng garis jika L dapat diparametrisasi sebagai

untuk suatu vektor , di mana hal vektor u dan u v disebut titik-titik ujung L.

Kadangkala seseorang perlu membezakan antara ruas garisan "terbuka" dan "tertutup". Maka orang tersebut mendefinisikan tembereng garis tertutup seperti di atas, dan tembereng garis terbuka sebagai suatu himpunan bahagian L yang dapat diparametrisasi sebagai

untuk suatu vektor .

Secara ekivalen, tembereng garis adalah convex hull dari dua titik. Dengan demikian, tembereng garis tersebut dapat diberikan sebagai kombinasi lengkung suatu tembereng yang mempunyai dua titik hujung.

Dalam geometri, tembereng garis kadangkala didefinisikan bahawa sebuah titik B terletak di antara titik A dan C, jika jarak AB dijumlahkan dengan jarak BC sama dengan jarak AC. Dengan demikian persamaan suatu tembereng garis dengan titik-titik hujung A = (ax, ay) dan C = (cx, cy) adalah

Dalam pembuktian

[sunting | sunting sumber]

Dalam sebuah perlakuan aksiomatis geometri, gagasan keantaraan dianggap memenuhi sejumlah tertentu aksioma, atau jika tidak demikian maka didefinisikan dalam suku-suku isometri sebuah garis (digunakan sebagai sebuah sistem koordinat).

Tembereng memainkan peranan penting dalam teori-teori lainnya. Tamsilnya, himpunan dikatakan konveks jika ruas yang menghubungkan sebarang dua titik suatu himpunan adalah termuat dalam himpunan itu. Hal ini penting kerana ruas mengubah beberapa analisis himpunan konveks kepada analisis tembereng garis.

Sebagai elips degenerat

[sunting | sunting sumber]

Tembereng garis dapat dilihat sebagai hirisan kerucut degenerat suatu elips di mana sumbu semi-minor menuju nol, fokus-fokusnya menuju titik-titik hujung, dan eksentrisitasnya menuju satu. Sebagai sebuah orbit degenerat, tembereng garis adalah sebuah trajektori eliptik radial.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • David Hilbert: The Foundations of Geometry. The Open Court Publishing Company 1950, p. 4

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]