Tazy Kazakhstan
Negara asal | Kazakhstan | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Tazy Kazakhstan[a] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan yang berasal dari Kazakhstan.[1][2][3] Walaupun ia kelihatan serupa dengan anjing pemburu penglihatan saluki, ia merupakan baka anjing berkaitan tetapi berbeza.[4]
Tazy digunakan di Kazakhstan terutamanya untuk perburuan dan dianggap sebagai salah satu baka anjing tertua di dunia.[5] Tazy diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa,[6] namun tidak diiktiraf oleh American Kennel Club, United Kennel Club, mahupun Canadian Kennel Club.[7] Pada masa ini, terdapat hampir 300 ekor anjing baka tulen dan pemerintah Kazakhstan mencuba untuk mencegah anjing ini daripada menjadi pupus.[5][7]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Keleluhuran
[sunting | sunting sumber]Keleluhuran baka ini tidak jelas.[1] Tazy mengongsi DNA dengan banyak baka anjing serupa di Afrika Utara, di Timur Tengah, dan di Asia Tengah.[1] Baka ini mempunyai paras kepelbagaian genetik tinggi.[4][8]
Sejarah purba
[sunting | sunting sumber]Pada zaman nomad, tazi dihargai kerana kemahiran untuk mengejar dan membunuh serigala.[1] Ia juga digunakan untuk memburu kelinci, babi hutan, rubah, bejar, rusa, dan saiga.[4] Ia mempunyai status istimewa dalam kebudayaan Kazakhstan dengan ada tabu anggapan untuk merujuk baka ini semata-mata sebagai anjing.[1] Orang Kazakh dikatakan sanggup menukar 47 ekor kuda untuk seekor tazy.[1]
Sejarah moden
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2014, kumpulan perburuan kebangsaan Kanzonar menganjurkan pertunjukan anjing tazy di Astana.[1][9] Ini dilakukan untuk menyebarkan kesedaran tentang baka ini.[1] Baka ini diterima oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada September 2024.[10]
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Tazy ialah anjing bersaiz sederhana, berdada dalam, dan bertungkai panjang dengan bulu pendek pada tubuh dan bulu lebih panjang pada ekor dan telinga.
Perangai
[sunting | sunting sumber]Tazy cenderung untuk menjadi berdikari dan menyendiri terhadap orang asing.[7] Tazy terkenal kerana sifat suka bermain, daya ketahanan, dan kewaspadaan. Tazy mampu berlari sepanjang jarak jauh pada kelajuan 12–15 kilometer per jam (7.5–9.3 miles per jam).[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: تازي کازخستن ; Bahasa Kazakh: тазы
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tazy |
- ^ a b c d e f g h "Tazy: Speedy Dog of the Steppes in a Race Against Extinction – National Geographic Blog" [Tazy: Anjing Pantas dari Steppe dalam Perlumbaan Melawan Kepupusan – National Geographic Blog]. blog.nationalgeographic.org (dalam bahasa Inggeris). 15 Januari 2016.
- ^ "Kazakhs in bid to save endangered dog" [Orang Kazakh dalam percubaan selamatkan anjing terancam]. BBC News (dalam bahasa Inggeris). 1 Oktober 2014.
- ^ "Tazy Dog Breed to be Recovered – The Astana Times" [Baka Anjing Tazy Akan Dipulihkan – The Astana Times] (dalam bahasa Inggeris). 23 Jun 2014.
- ^ a b c Perfilyeva, Anastassiya V.; Bespalova, Kira B.; Bespalov, Sergey; Begmanova, Mamura; Kuzovleva, Yelena; Zhaniyazov, Zhassulan; Vishnyakova, Olga Dmitrievna; Nazarenko, Inna; Perfilyeva, Yuliya Viktorovna; Khamdiyeva, Ozada Khakimovna; Bekmanov, Bakhytzhan (8 Mac 2023). Avramidou, Evangelia V. (penyunting). "Kazakh national dog breed Tazy: What do we know?" [Baka anjing kebangsaan Kazakhstan tazy: Apakah yang kita ketahui?]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 18 (3): e0282041. Bibcode:2023PLoSO..1882041P. doi:10.1371/journal.pone.0282041. ISSN 1932-6203. PMC 9994743 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 36888576 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 257403578 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ a b c "Я пришёл к тебе с тобетом - Архив новостей - Общественно-политическая газета "Время"" [Saya datang kepada kamu dengan tobet - Arkib berita - Surat khabar masyarakat dan politik "Vremya"]. www.time.kz (dalam bahasa Rusia).
- ^ "The Tazy breed has been recognized by the International Canine Federation – KazInform" [Baka tazy telah diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa – KazInform] (dalam bahasa Inggeris). 4 September 2024.
- ^ a b c "Каждый охотник желает тазы - Спорт и около - Общественно-политическая газета "Время"" [Setiap pemburu inginkan tazy - Sukan dan lain-lain - Surat khabar masyarakat dan politik "Vremya"]. www.time.kz (dalam bahasa Rusia).
- ^ Perfilyeva, Anastassiya V.; Bespalova, Kira B.; Bespalov, Sergey; Begmanova, Mamura; Kuzovleva, Yelena; Vishnyakova, Olga Dmitrievna; Nazarenko, Inna; Abylkassymova, Gulnar Muchtargazyevna; Perfilyeva, Yuliya Viktorovna; Plakhov, Konstantin Nikolayevich; Djansugurova, Leyla Bulatovna; Bekmanov, Bakhytzhan (3 Julai 2023). "Homozygosity mapping in the Kazakh national dog breed Tazy" [Pemetaan kehomozigotan pada baka anjing kebangsaan Kazakhstan tazy]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 13 (1): 10735. Bibcode:2023NatSR..1310735P. doi:10.1038/s41598-023-37990-5. ISSN 2045-2322. PMC 10318078 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 37400480 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 259324223 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ tengrinews.kz (29 September 2014). "Efforts to preserve rare nomad dog breed in Kazakhstan" [Usaha untuk pulihara baka anjing nomad jarang di Kazakhstan]. Главные новости Казахстана - Tengrinews.kz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: KAZAKH TAZY (372)" [Tatanama baka FCI: TAZY KAZAKHSTAN (372)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 11 September 2024.