Tasik Putrajaya
Tasik Putrajaya | |
---|---|
Lokasi | Putrajaya |
Jenis | tasik buatan |
Negara lembangan | Malaysia |
Tasik Putrajaya terletak di tengah-tengah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. Tasik buatan manusia ini mempunyai keluasan 650 hektar diwujudkan bagi membentuk suatu landskap bandar dalam taman yang tenang dan damai, selain menjadi nadi kepada sistem penghawa dingin bandar semula jadi, ia juga menjadi tempat untuk aktiviti riadah, memancing, permainan sukan air dan pengangkutan air di Wilayah Persekutuan ini.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tasik Putrajaya dibentuk dengan membentung lembah Sungai Chuau dan Sungai Bisa ke kawasan berdekatan pusat pentadbiran Putrajaya.[1] Pembinaan tasik ini telah bermula sejak tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada Mei 2002.
Aktiviti anjuran
[sunting | sunting sumber]Pada 26 September 2004, F1 Powerboat Championship telah diadakan di tasik ini buat pertama kalinya (sehingga tiga kali dihoskan oleh Malaysia).
Pada tahun 2005 Putrajaya juga turut menghoskan Perlumbaaan Kanu Asia.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Kategori berkenaan Tasik Putrajaya di Wikimedia Commons
- Laman sesawang Hotel Pullman Putrajaya Lakeside - Hotel 5 Bintang yang terletak bersebelahan Tasik Putrajaya.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Noor Azam Shairi. (02/02/2001). Wetland: Dunia lembap untuk diteroka. Utusan Malaysia. Capaian 19 Julai 2012.