Pergi ke kandungan

Takluk: Lahad Datu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Takluk: Lahad Datu
PengarahZulkarnain Azhar
Lakon layar
  • Zulkarnain Azhar
  • Peter Toyat
BerdasarkanKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013
Dihasilkan oleh
  • Keoh Chee Ang
  • Datuk Steven Lim
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Disunting olehTan Wei Hong
Muzik olehKen Hor
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 22 Ogos 2024 (2024-08-22) (Malaysia)
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 26 Juta

Takluk: Lahad Datu ialah sebuah filem aksi perang kepolisan Malaysia 2024 arahan Zulkarnain Azhar dengan skrip oleh Zulkarnain dan Peter Toyat. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi. Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 17-19 Ogos (promosi GSC) dan 22 Ogos 2024 (tarikh rasmi)

Filem ini diinspirasikan daripada insiden sebenar yang terjadi semasa Ops Daulat yang pernah menggegarkan negara pada 11 Februari 2013. Waktu itu, pengganas Sulu telah menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.

Pada akhir Ops Daulat, seramai 56 pengganas dilaporkan terbunuh bersama enam orang awam. Pertempuran juga mengakibatkan 12 orang wira negara gugur di medan perang setelah bergadai nyawa demi melindungi kedaulatan tanah air.

Kumpulan bersenjata Gerakan Militan Nusantara (GMN) yang diketuai oleh Raja Iskandar (Eman Manan) bersama orang kanannya Raja Imran (Nasir Jani) telah menceroboh Batu Jugar dan Kampung Air. Pasukan VAT 69 diketuai oleh SAC Azizi (Adam Corrie) menggerakkan tim Alpha, Bravo, Charlie dan Delta (terdapat lima sektor iaitu Alpha, Bravo, Charlie, Delta dan Echo semasa krisis) ke Batu Jugar untuk mengiringi Dato' Mizan (Riezman Khuzamie) Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman ke sana bagi sesi rundingan damai bersama SAC Kamal (Josiah Hogan) dari Cawangan Khas.

Sementara itu, DSP Zamri (Syafiq Kyle) Ketua Tim Alpha mempunyai isteri sarat mengandung bernama Sofia (Yuna Rahim) sedang menunggu kelahiran cahaya matanya manakala DSP Jailani "Jai" (Kamal Adli) mempunyai bapanya yang sakit dan DSP Maznan (Anding Indrawani) mempunyai isteri dan anak namun tidak menghalang pergi sahut seruan negara di saat keluarga memerlukan mereka. Dalam pada itu Inspektor Saiful Zaini (Fikry Ibrahim) Pegawai Perisikan IPD Batu Jugar mempunyai seorang Ibu bernama Zainab (Azizah Mahzan), seorang pesara guru yang pergi ke rumah ibu saudaranya di Kampung Air dalam saat-saat bahaya.

  • Syafiq Kyle sebagai DSP Zamri, Ketua Tim Alpha (diinspirasikan daripada Ketua Sektor Alpha)
  • Kamal Adli sebagai DSP Jailani "Jai", Ketua Tim Bravo (diinspirasikan daripada Ketua Sektor Bravo)
  • Fikry Ibrahim sebagai Inspektor Saiful Zaini, Pegawai Perisikan IPD Batu Jugar (Pegawai Perisikan, Cawangan Khas)
  • Anding Indrawani sebagai DSP Maznan (diinspirasikan daripada Allahyarham ASP Zulkfili Mamat)
  • Eman Manan sebagai Raja Iskandar (diinspirasikan daripada Raja Agbimuddin Kiram)
  • Riezman Khuzaimi sebagai SAC Datuk Mizan, Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) Bukit Aman (diinspirasikan daripada Dato' Abd Rashid Harun)
  • Josiah Hogan sebagai SAC Kamal (diinspirasikan daripada Dato' Seri Abd Hamid Bador, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman & Allahyarham ACP Zulkfili Aziz, Timbalan Ketua Cawangan Khas Sabah)
  • Ayez Shaukat Fonseka Farid sebagai Samat, Komander perang GMN
  • Fad Anuar sebagai Inspektor Alwi, Pegawai Perisikan IPD Batu Jugar
  • Adam Corrie sebagai SAC Azizi, Komander 69 Komando (diinspirasikan Dato' Azizan Aziz)
  • Mustaqim Bahadon sebagai DSP Zaidi "Edi", Ketua Tim Delta (diinspirasikan daripada Ketua Sektor Delta)
  • Zairulkefli Husin sebagai SAC Datuk Taufik, Komander Briged Sabah
  • Nasir Jani sebagai Raja Imran
  • Abi Madyan sebagai Raja Ilham, Anak Raja Iskandar
  • Rosdeen Suboh sebagai Mat Zin, Komander GMN
  • Rahhim Omar sebagai Datuk Khairil, Pengarah KDNKA Bukit Aman (diinspirasikan daripada Dato' Saleh Mat Rasid)
  • Azhar Amir sebagai Datuk Yusof, Persuruhjaya Polis Sabah (diinspirasikan daripada Dato' Hamza Taib)
  • Jonathan Lee sebagai Inspektor Steven, penembak hendap #1
  • Siraj Alsagoff sebagai Inspektor Ravi, penembak hendap #2
  • Hairi Safwan sebagai Koperal Rafi (diinspirasikan daripada Koperal Azman Ampong)
  • Ammar Titan sebagai Koperal Daud (diinspirasikan daripada Koperal Tarmizi Hashim & Konstabel Qayum Haiqal)
  • Opie Harris sebagai Sarjan Mejar Mohsin (bertindak sebagai penolong teknikal babak)
  • Hakim Nordin sebagai Hakim
  • Ali Arami sebagai Inspektor Majid, Pegawai Perisikan Cawangan Khas Bukit Aman (diinspirasikan Inspektor/ASP Hasnal Jamil PGB)
  • Yuna Rahim sebagai Sofia, Isteri DSP Zamri
  • Ezzaty Abdullah sebagai Sara, Isteri DSP Maznan
  • Azizah Mahzan sebagai Zainab, Ibu kepada Inspektor Saiful Zaini

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Takluk: Lahad Datu diterbitkan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama empat syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro dan SixFun Media.

Ia diarahkan oleh Zulkarnain Azhar yang sebelum ini pernah mengarahkan filem J Revolusi (2017) dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022). Sebelum penggambaran bermula, Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenakan syarat tertentu kepada produksi Takluk: Lahad Datu bagi mengelak naskhah itu menyentuh sebarang sensitiviti yang tidak diingini. Zulkarnain berkata: "Antara prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kepada kami ialah tiada satu pun bendera Sabah dipaparkan. Begitu juga loghat negeri itu mahupun nama sebenar pihak musuh dilarang digunakan sepanjang pembikinan filem. Kita tidak buat ikut bahasa tertentu atau paparkan nama sebenar pengganas kerana tidak mahu guris perasaan atau menimbulkan kemarahan mana-mana pihak, selain mengelak daripada menjadikan filem ini sebuah naskhah penuh kontroversi."[1]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]