Pergi ke kandungan

Suphan Buri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suphan Buri
สุพรรณบุรี
frames
frames
Ibu kota Suphan Buri
Gabernor Songphon Thimasat
(sejak 2003)
Keluasan 5,358.0 km2
Tangga ke-40th
Jumlah
Penduduk
855.949 (2000)
Tangga ke-24th
Kepadatan
Penduduk
160/km2
Tangga ke-18th
ISO 3166-2 TH-72


Suphan Buri (Bahasa Thai: สุพรรณบุรี) ialah salah satu provinsi (changwat) Thailand yang terletak di tengah negara ini. Provinsi-provinsi berjiran termasuk (dari utara ikut arah jam) Uthai Thani, Chai Nat, Sing Buri, Ang Thong, Phra Nakhon Si Ayutthaya, Nakhon Pathom dan Kanchanaburi.


Kebanyakan rupa bumi Provinsi Suphan Buri terdiri daripada dataran sungai yang rendah, dengan banjaran-banjaran gunung yang kecil di bahagian utara dan barat provinsi ini. Bahagian tenggara provinsi ini yang merupakan dataran Sungai Tha Cheen adalah amat rendah dan merupakan kawasan sawah padi.

Pusat provinsi: 14°40′U, 99°56′T

Suphan Buri mungkin merupakan tapak Suvannabhumi yang disebut dalam karya-karya agama Buddha yang amat lama. Bagaimanapun, penubuhan petempatan pertama yang telah disahkan adalah pada lingkungan tahun 877-882 semasa zaman Dvaravati. Ketika itu, kota ini dikenali sebagai Mueang Thawarawadi Si Suphannaphumi. Kemudian, kota ini dikenali sebagai U Thong, dan merupakan tempat asal Ramathibodi I, Putera U Thong serta pengasas Kemaharajaan Ayutthaya. Akhirnya, Raja Khun Luang Pha Ngua menggelarkan kota ini dengan nama terkini. Ketika itu, Suphan Buri merupakan sebuah kota sempadan yang penting, serta tempat bagi banyak perang dengan orang-orang Myanmar yang berhampiran.

Mohor provinsi ini menampilkan perang gajah antara Raja Naresuan Agung dan putera mahkota Myanmar di Suphan Buri pada tahun 1592.

Pokok provinsi ialah Pokok Kayu Hitam (bahasa Inggeris:Ebony Tree, nama botani: Diospyros mollis).

Bahagian pentadbiran

[sunting | sunting sumber]
Peta Amphoe

Provinsi Suphanburi dibahagikan kepada 10 buah daerah (Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan pula menjadi 110 buah komun (tambon) dan 977 buah desa (mubaan).

  1. Mueang Suphan Buri
  2. Doem Bang Nang Buat
  3. Dan Chang
  4. Bang Pla Ma
  5. Si Prachan
  1. Don Chedi
  2. Song Phi Nong
  3. Sam Chuk
  4. U Thong
  5. Nong Ya Sai

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]