Sungai Siúr
River Suir | |
---|---|
Nama asal | Abhainn na Siúire (Ireland) |
Lokasi | |
Negara | Ireland |
Daerah | Tipperary, Waterford, Kilkenny |
Ciri-ciri fizikal | |
Sumber | Gunung Devil's Bit |
• lokasi | Templemore, Tipperary |
• koordinat | 52°49′16″N 7°54′50″W / 52.821°N 7.914°W |
• ketinggian | 480 m (1,570 ka) |
Muara | Dermaga Waterford |
Panjang | 185 km (115 bt) |
Sungai Siúr (/ʃʊər/ SHOOR ; Ireland: an tSiúr [ənʲ ˈtʲuːɾˠ] atau Abhainn na Siúire [ˌəun̠ʲ n̪ˠə ˈʃuːɾʲə] ) ialah sebuah sungai di Ireland yang mengalir ke Lautan Atlantik melalui Waterford sepanjang 185 kilometer (115 bt).[1] Kadar aliran purata jangka panjangnya ialah 76.9 meter padu sesaat (m3/s), aliran kira-kira dua kali lebih besar dari Sungai Barrow (37.4 m3/s) atau Sungai Nore (42.9 m3/s) sebelum ini bercantum, tetapi sedikit lebih kecil daripada aliran Barrow apabila ia bertemu dengan Suir 20 km ke hilir (lebih daripada 80 m3/s).
Popular dengan pemancing atau nelayan, ia terdapat ikan trout coklat dan salmon. Bersama-sama dengan Nore dan Barrow, sungai itu adalah salah satu daripada sungai trio yang dikenali sebagai The Three Sisters.
Suir dikenali dalam bahasa Gaelik Ireland sebagai Siúr. Nama Suir dalam pentakrifan bahasa Inggeris sebenarnya kesilapan daripada penutur bahasa itu dengan membalik ejaan u dan i. Sebab itu, beberapa orang mempunyai idea bahawa ejaan dalam bahasa Inggeris sudah sepatutnya mengikut ejaan Gaelik, Siur dan beberapa tetap mempertahankan penyebutan Suir kerana telah menjadi lazim dalam penulisan selama ratusan tahun.
Carraig na Siúire mendapat pasang surut yang besar dari meluapnya sungai dan mempunyai tebatan banjir yang melindungi daerah itu. Pejabat Kerja Raya (OPW) kini merancang untuk memasang sistem tebatan banjir 1–200 tahun di mana sungai Suir mengalir melalui bandar Waterford.