Pergi ke kandungan

Subspesies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aegithalos caudatus caudatus (burung dalam foto) ialah subspesies Aegithalos caudatus.
Aegithalos caudatus caudatus ialah subspesies Aegithalos caudatus

Subspesies (disingkatkan sebagai subsp. atau ssp.) dalam bidang pengelasan biologi, ialah:

  1. taraf taksonomi di bawah spesies, atau
  2. unit taksonomi, atau takson dalam taraf tersebut.

Sesuatu spesies tidak boleh terbahagi kepada satu subspesies sahaja, sebaliknya sama ada dua atau lebih subspesies, atau tiada langsung.

Perbezaan antara spesies biasanya tidak seketara perbezaan antara spesies. Ciri-ciri yang terdapat pada sesuatu subspesies secara amnya berpunca daripada evolusi hasil taburan atau pemencilan geografi.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]