Pergi ke kandungan

Sputnik 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sputnik 1
"Спутник-1"
PengendaliKerajaan KRSS
Kontraktor utamaOKB-1, Kementerian Industri Radioteknik Soviet
Jenis misiKajian atmosfera
Satelit kepadaBumi
Orbit1,440
Reput4 Januari 1958
Tarikh Berlepas4 Oktober 1957, 19:28:34 UTC (22:28:34 MSK)
Kenderaan PelancarRoket Sputnik
Tempoh misi3 bulan
ID COSPAR1957-001B
Laman webNASA NSSDC Master Catalog
Jisim83.6 kg (184.3 lb.)
Unsur orbital
Paksi semimajor6,955.2 km (4,321.8 batu)
Ketaksepusatan.05201
Kecondongan65.1°
Tempoh orbit96.2 minit
Apoapsis7310 km dari pusat,
939 km dari permukaan
Periapsis6586 km dari pusat,
215 km dari permukaan

Sputnik 1 (Rusia: "Спутник-1" sebutan: ˈsputnʲɪk, "Satelit-1", ПС-1 (PS-1, i.e. "Простейший Спутник-1", atau Satelit Asas-1)) ialah satelit buatan yang pertama yang dihantar untuk mengelilingi orbit Bumi. Dilancarkan ke orbit rendah bumi oleh Kesatuan Soviet pada 4 Oktober 1957, ia merupakan satelit pertama dalam satu siri satelit yang bersama-sama dikenali sebagai rancangan Sputnik.

Sputnik 1 membantu untuk mengenal pasti ketumpatan lapisan atmosfera melalui pengukuran perubahan orbitnya dan membekalkan data tentang taburan isyarat radio di dalam lapisan ionosfera. Oleh sebab badan satelit telah diisi dengan nitrogen bertekanan, Sputnik 1 juga memberikan peluang pertama untuk mengesan meteorit kerana sebarang kehilangan tekanan dalamannya yang diakibatkan oleh penembusan permukaan luaran meteoriod adalah ternyata dalam data suhu yang dihantar kembali ke Bumi. Pengumuman kejayaan Sputnik 1 yang tidak dijangka telah menyegerakan krisis Sputnik di Amerika Syarikat dan mencetuskan Perlumbaan Angkasa dalam Perang Dingin.

Perjalanan Sputnik-1 bermula pada Tahun Geofizik Antarabangsa dari Tapak No.1 yang terletak di banjaran Tyuratam ke-5 di RSS Kazakh (kini di Kosmodrom Baikonur). Satelit itu yang bergerak pada 29,000 kilometer (18,000 batu) sejam dan yang memancarkan isyarat radio pada 20.005 dan 40.002 MHz[1] telah diawasi oleh operator-operator radio amatur di seluruh dunia. Isyarat-isyarat tersebut berterusan selama 22 hari sehingga kehabisan kuasa bateri-bateri pemancar pada 26 Oktober 1957.[2]

Sputnik 1 terbakar apabila masuk semula ke atmosfera bumi selepas membuat perjalanan 60 juta kilometer (37 juta batu) dan setelah menghabiskan masa enam bulan dalam orbit.

  1. ^ Jorden, William J (5 Oktober 1957). "Soviet Melancarkan Satelit Bum Masuk Ke Angkasa Lepas". New York Times. Dicapai pada 2007-01-20. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  2. ^ "Sputnik". Vibrationdata.com. Dicapai pada 2007-01-20. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]