Pergi ke kandungan

So Dear to My Heart

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
So Dear to My Heart
Fail:Dearheartdvdcover.jpg
PengarahHarold D. Schuster
Hamilton Luske
PenulisKen Anderson
John Tucker Battle
Marc Davis
Bill Peet
Maurice Rapf
Ted Sears
Novel
Sterling North
Dihasilkan olehWalt Disney
Perce Pearce
DibintangiBobby Driscoll
Luana Patten
Beulah Bondi
Burl Ives
SinematografiWinton C. Hoch
Disunting olehLloyd L. Richardson
Thomas Scott
Muzik olehEliot Daniel
Irving Berlin
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehRKO Radio Pictures, Inc.
Buena Vista Distribution
Tarikh tayangan
29 November 1948 (1948-11-29)
(tayangan perdana Chicago)
19 Januari 1949 (1949-01-19)
(seluruh AS)
Masa tayangan
82 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

So Dear to My Heart ialah sebuah filem cetera yang diterbitkan oleh Walt Disney, dikeluarkan di bandaraya Chicago pada 29 November 1948 diikuti seluruh Amerika Syarikat pada 19 Januari 1949 oleh RKO Radio Pictures dan Buena Vista Distribution. Seperti dengan Song of the South dari tahun 1946, filem ini menggabungkan animasi dan lakonan hidup. Filem ini berdasarkan buku Midnight and Jeremiah karya Sterling North.

Berlatarkan negeri Indiana sekitar tahun 1903, So Dear to My Heart mengisahkan perjalanan Jeremiah Kincaid (Bobby Driscoll) untuk membesarkan anak biri-biri 'jaguhnya', iaitu Danny (yang dinamai sempena kuda lumba terkenal, Dan Patch yang juga digambarkan dalam filem ini). Impian Jeremiah untuk memperagakan Danny di Pike County Fair berdepan dengan bantahan dari neneknya (Beulah Bondi) yang penyayang tetapi tegas. Namun begitu, Jeremiah mendapat sokongan dari Uncle Hiram (Burl Ives).

Filem ini dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Lagu Asli Terbaik untuk versi Burl Ives lagu rakyat Inggeris abad ke-17 "Lavender Blue," tetapi kalah kepada "Baby, It's Cold Outside" dari Neptune's Daughter.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Disney theatrical animated features