Pergi ke kandungan

Sistem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sesebuah sistem boleh jadi terasing, tertutup atau terbuka.

Sebuah sistem merupakan sekumpulan elemen yang berinteraksi atau saling berkaitan yang bertindak mengikut satu set peraturan untuk membentuk sesuatu keseluruhan yang bersatu.[1] Sesuatu sistem, dikelilingi dan dipengaruhi oleh persekitarannya, diterangkan oleh sempadannya, strukturnya dan tujuannya, serta dinyatakan dalam fungsinya. Sistem ialah subjek kajian teori sistem dan sains sistem lain.

Sesebuah sistem mempunyai beberapa sifat dan ciri umum, termasuk struktur, fungsi, tingkah laku dan keterjalinan.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Istilah sistem merupakan kata pinjaman dari bahasa Inggeris system, yang berasal daripada perkataan Latin systēma, seterusnya daripada bahasa Yunani σύστημα systēma yang bermaksud: "keseluruhan konsep yang dibuat daripada beberapa bahagian atau ahli, sistem", secara harfiahnya bermaksud "komposisi".[2]

  1. ^ "Definition of system". Merriam-Webster. Springfield, MA, USA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-05. Dicapai pada 2019-01-16.
  2. ^ "σύστημα" Diarkibkan 2021-01-28 di Wayback Machine, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek–English Lexicon, on Perseus Digits Library.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]