Sinod Mayat
Sinod Mayat (Latin: Synodus Horrenda ) merupakan kejadian pembicaraan dilakukan terhadap mayat Paus Formosus di Basilika Santo Ioannes pada January 897, tujuh bulan selepas kematian Formosus.[1] Pembicaraan ini dilakukan Paus Stephanus VI yang menjawat kerusi Paus Gereja Katolik dua tempoh selepas Formosus; Paus sebelumnya, Bonifacius VI hanya sempat memerintah tidak lama kurang sebulan sebelum diturunkan.
Pembicaraan ini dilakukan secara terbuka dan menunjuk dalam kalangan paderi kardinal di mana Stephanus menuduh mendiang Formosus kononnya mengambil sumpah bohong lalu menaiki Takhta Suci secara tidak sah; sedangkan pembicaraan ini diketahui berlaku bermotif politik.
Kejadian duluan
[sunting | sunting sumber]Formosus mentabalkan Lambert di Spoleto sebagai raja Empayar Rom Suci pada tahun 892 atas paksaan ayahandanya Guido III di Spoleto.[2][3] Keadaan ini tidak disenangi Formosus yang kemudiannya cuba mencari cara menumpaskan Guido secara tidak langsung.[4]
Pada tahun berikutnya Formosus mengundang Arnulf dari Carinthia dari Dinasti Carolus untuk menyerang dan menakluk Itali menjadi raja di sana. Percubaan ini – melalui balatentera pimpinan seorang puteranya, Zwentibold – gagal namun berjaya menghalau Guido dari Bergamo serta menawan markas-markasnya di Trento dan Milan; Guido mati mengejut tidak lama kemudian semasa mengundur. Formosus mengambil kesempatan ini menjemput Arnulf sekali lagi pada tahun 895. Arnulf berjaya memasuki Rom, di mana Formosus menobatkannya sebagai Maharaja.
Kemangkatan Arnulf pula mendorong Lambert memasuki Rom untuk mendesak Paus Stephenus melakukan suatu majlis bersidang (atau "sinod") untuk mencabar Formosus, tidak sahaja untuk Lambert menuntut kembali kekuasaan baginda terhadap Rom malah juga untuk membalas dendam terhadap Formosus.[5] Ada juga yang menyatakan adinda Lambert, Guido IV dan ibunda mereka Angiltrude mendesak perkara ini setelah cemarnya duli mereka di sana.[6]
Pembicaraan
[sunting | sunting sumber]Sekitar bulan January 897, Paus Stephanus VI mengarahkan mayat Paus Formosus dikeluarkan dari makamnya ke mahkamah untuk dibicarakan. Seorang diakon dilantik untuk "bercakap bagi pihak" mayat tersebut.
Formosus dituduh bertukar dari tempat khidmatnya sebagai paderi serta mengingkari sumpah sendiri kononnya masih berstatus sebagai penganut bisa. Tiga jari kanan yang digunakan untuk ritus perestuan Formosus dipotong. Kesemua tindakan beliau selaku Paus diisytihar terbatal, namun ia turut termasuk pelantikan Stephanus sendiri sebagai uskup Anagni. Mayat Formosus dikebumikan di tanah khusus untuk orang luar sebelum diputuskan agar mayatnya dihumban berpemberat ke dalam sungai Tiber.
Tontonan mengerikan itu mengubah pendirian ramai warga kota Rom terhadap Stephanus; perkara ini diburuk-burukan dengan terdamparnya mayat Formosus di tebing sungai Tiber,[7] di mana ada khabar angin yang muncul menyatakan ia berkeajaiban.
Suatu pemberontakan awam menjatuhkan Stephanus di mana Stephanus dipenjarakan. Stephanus dijumpai mati dalam tahanannya antara bulan-bulan Julai atau Ogos 897 M.[8]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ For the date cf. Joseph Duhr, “Le concile de Ravenne in 898: la réhabilitation du pape Formose,” Recherches de science religieuse 22 (1932), p. 541 note 1
- ^ Williams, George L. 2004. Papal Genealogy: The Families and Descendants of the Popes. McFarland & Company. ISBN 0-7864-2071-5. p. 10.
- ^ Comyn, Robert (1851). History of the Western Empire, from its Restoration by Charlemagne to the Accession of Charles V. I. m/s. 82.
- ^ Mann, Horace K. (1910). The Lives of the Popes In The Early Middle Ages. 4. London: Kegan Paul, Trench, Trübner, & Co. m/s. 357. Dicapai pada 8 Januari 2008.CS1 maint: ref=harv (link)
- ^ Cf., for example, Duchesne, Les premiers temps de l’état pontifical (Paris, 1904), p. 301; and the detailed account in the old Catholic Encyclopedia Pope Formosus
- ^ Arnaldi, Girolamo (1951). "Papa Formoso e gli imperatori della casa di Spoleto". Annali della facoltà di lettere e filosofia di Napoli. 1: 103. Unknown parameter
|languagre=
ignored (bantuan) - ^ Amelia Soth (February 7, 2019). "The Cadaver Synod: Putting a Dead Pope on Trial: Why did Pope Stephen VI go to such great lengths to destroy an enemy who was already dead?". CABINET OF CURIOSITIES. JStor. Dicapai pada 29 August 2020.
- ^ Joseph Cummins (2011). History's Great Untold Stories: Obscure Events of Lasting Importance. Allen & Unwin. ISBN 978-1742665122 – melalui Google Books.