Simfoni No. 5 (Beethoven)
Simfoni No 5 dalam C minor karya Ludwig van Beethoven, Op. 67, digubah dalam tahun 1804–1808. Simfoni ini merupakan satu daripada gubahan muzik klasik yang paling terkenal dan popular, dan juga salah satu daripada simfoni yang paling kerap dimainkan.[1] Gubahan ini dimainkan buat kali pertama di Theater an der Wien, Vienna, dalam tahun 1808 dan menjadi masyhur tidak lama kemudian. E. T. A. Hoffmann menggambarkan simfoni ini sebagai "satu daripada karya yang penting buat sepanjang masa".
Gubahan ini bermula dengan motif empat not "pendek-pendek-pendek-panjang" tersendiri:(dengar (bantuan·maklumat))
Simfoni ini, dan motif pembukaan empat not khususnya, amat terkenal di seluruh dunia dan sering kedengaran dalam budaya popular, daripada muzik disco hingga ke rock and roll, dan juga penampilan dalam filem dan televisyen.
Persembahan perdana
[sunting | sunting sumber]Simfoni Kelima dipersembahkan buat kali pertama pada 22 Disember 1808 dalam sebuah konsert besar yang memainkan hanya gubahan-gubahan Beethoven dan diarah oleh Beethoven sendiri, di Theater an der Wien, Vienna.[2] Konsert mengambil masa lebih dari empat jam. Dua buah simfoni dimainkan dalam susunan terbalik: Simfoni Keenam dipersembahkan dahulu, dan Kelima dimainkan dalam bab kedua.[3] Program konsert adalah seperti berikut:
- Simfoni Keenam
- Aria: "Ah, perfido", Op. 65
- Pergerakan Gloria daripada Mass dalam C major
- Konserto Piano Keempat (dimainkan Beethoven sendiri)
- (Istirahat)
- Simfoni Kelima
- Pergerakan Sanctus dan Benedictus daripada Mass C major
- Improvisasi piano solo oleh Beethoven
- Fantasi Koral
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Schauffler, Robert Haven. Beethoven: The Man Who Freed Music. Doubleday, Doran, & Company. Garden City, New York. 1933; pg 211
- ^ Kinderman, William. Beethoven. University of California Press. Berkeley, Los Angeles. 1995. ISBN 0-520-08796-8; pg 122
- ^ Parsons, Anthony. Symphonic birth-pangs of the trombone