Silat Saga Barong Naga Malaya
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Pertubuhan Perguruan Seni Silat Saga Barong Naga Malaya atau dikenali dengan nama SBNM merupakan Perguruan Silat warisan yang mengekalkan kesenian dan kebudayaan dalam teknik beladiri serta olahraga pada setiap ahlinya. Perguruan Silat ini adalah satu-satunya Perguruan Silat yang menjadi wadah rujukan pusat ilmu Seni Silat Saga Barong Naga Malaya dengan matlamat menyatupadukan pelbagai Ugama, Budaya, Bangsa & Negara.
Sejarah Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Pertubuhan Perguruan Seni Silat Saga Barong Naga Malaya ditubuhkan pada 23 November 2016 di Parit Raja, Batu Pahat, Johor oleh Pengasasnya iaitu Malaysia oleh Pengasasnya iaitu Datu RM A. Malik Rahmatillah. Perguruan Silat ini ditubuhkan bagi tujuan meneruskan kebudayaan dan warisan seni mempertahankan diri kepada pelbagai Ugama, Budaya, Bangsa & Negara dengan persetujuan saudara seperguruan dari Mataram, Indonesia yang dikenali dengan nama Raden Bagus Mataram (Pengasas Perguruan Silat Saga Barong Pemungkas, Indonesia).
Matlamat
[sunting | sunting sumber]- Memperkenal dan mengembangkan jatidiri Seni Silat Saga Barong Naga Malaya.
- Memupuk budaya kesenian di samping memberi kemudahan kegiatan kebudayaan.
- Membina semangat bersatu padu, kerjasama, bantu membantu dari pelbagai bangsa.
- Sebagai rujukan pusat ilmu Seni Silat Saga Barong Naga Malaya.
Aktiviti
[sunting | sunting sumber]- SBNM Martial Art Training Classes
- SBNM Fitness Classes
- Dance of Silat Classes
- Silat Musical Classes
- SBNM Achery Classes
- Pertandingan Silat Seni Terbuka
- Pertandingan Silat Tempur Terbuka
- Pertandingan Memanah
- Open Fighter Beatdown
- Khidmat Pertunjukan Silat SB Naga Malaya