Seter Inggeris
Nama lain | Lawerack Laverack Seter Llewellin (atau Llewellyn) Ryman-type (atau Old Hemlock) Setter | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | England | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Seter Inggeris[a] ialah satu baka anjing bersaiz sederhana. Ia sebahagian daripada kumpulan seter, yang termasuk seter merah Ireland, seter merah dan putih Ireland, dan seter Gordon hitam dan sawo matang. Lapis bulunya yang kebanyakannya putih mempunyai jambul sutera panjang pada belakang tungkai, di bawah perut, dan pada ekor. Lapis bulunya menampilkan bintik-bintik warna dan keragaman warna berlainan dirujuk sebagai belton.
Sebagai gundog, ia digunakan untuk memburu buruan seperti puyuh, kuang, dan grouse. Ia kadang-kadang dirujuk sebagai laverack atau seter Llewellin kerana ini merupakan strain-strain terkenal baka ini semasa tempoh perkembangan besar pada abad ke-19. Yang daripada ternakan perburuan pada umumnya mempunyai tubuh lebih halus dan dengan kurang lapis bulu daripada yang dibiakbakakan untuk pameran pertunjukan.
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Seter Inggeris ialah anjing bersaiz sederhana yang patut mempunyai penampilan keseluruhan anggun. Saiznya dapat berjulat daripada 24 inci (61 cm) untuk betina sehingga 27 inci (69 cm) untuk jantan. Jenis padang atau jenis pemburu dapat mempunyai tubuh dan binaan lebih halus berbanding dengan yang daripada susur galur bangku atau pertunjukan.[1][2] Baka ini direka bentuk untuk memburu buruan seperti puyuh, kuang bayas, dan grouse supaya patut dapat melitupi banyak kawasan apabila mencari bau bawaan udara daripada burung dengan mengangkat kepalanya tinggi-tinggi.[3] Kepalanya harus berkubah sedikit dengan muncung berkedalaman baik dan menunjukkan pahatan di bawah mata yang patut berwarna gelap dengan ekspresi baik dan lemah lembut.[4] Bahagian atas telinga terletak sejajar dengan mata dan terhampar dalam lipatan anggun.[5] Ia mempunyai leher panjang berotot, bahu bersudut baik, dan brisket berkedalaman baik. Tubuhnya mempunyai panjang sederhana yang berperkadar dengan ketinggiannya dan ia mempunyai sukuan belakang kuat berkuasa. Ia mengangkat ekornya sejajar dengan belakangnya dan ekornya patut cukup panjang untuk mencapai keting.[6]
Lapis bulu tubuh utama adalah pendek hingga sederhana panjang, terletak merata, dan mempunyai tekstur bak sutera. Lapis bulu sutera panjang membentuk jumbai di bahagian luar telinga, leher, dada, ke bawah belakang tungkai hadapan, di bawah perut, dan pada tungkai belakang. Ekornya juga berjumbai dengan lapis bulu panjang. Lapis bulu tubuh dan jumbai patut lurus dan rata tetapi tidak lebat dan tidak pernah keriting walaupun sedikit alunan dapat dilihat.[1]
Jenis bangku atau pertunjukan mempunyai lapis bulu panjang dan berjela-jela yang memerlukan pendandanan tetap. Jenis padang atau pemburu mempunyai lapis bulu lebih pendek yang memerlukan kurang pendandanan.[7]
Warna asas lapis bulunya ialah putih dengan bintik berwarna berlainan. Pelbagai warna lapis bulu berbintik-bintik apabila hadir pada seter Inggeris dirujuk sebagai belton; kombinasi sah merupakan putih dengan bintik hitam (belton biru), putih dengan bintik jingga (belton oren), putih dengan bintik jingga dan hidung lebih cerah (belton lemon), putih dengan bintik hati (belton hati), atau "triwarna", iaitu belton biru atau hati dengan tanda-tanda sawo matang pada muka, dada, dan tungkai. Bintik-bintik tidak patut membentuk tompok-tompok besar pada tubuhnya dan bintik-bintik patut tertabur ke serata tubuh.[8][9] Penggunaan perkataan "belton" pertama kali diwujudkan oleh Laverack, yang mengembangkan baka ini pada abad ke-19, untuk memerihalkan trait-trait ideal beliau untuk bintik dan juga nama sebuah kampung di hujung utara England.[10] Lapis bulu anak anjing mungkin tidak mempunyai semua tanda yang dipunyai sebagai dewasa.[11]
-
Seekor seter Inggeris belton biru
-
Ekor seekor seter Inggeris mempunyai jumbai panjang.
-
Lapis bulu putih dengan bintik-bintik jingga
-
Seekor anjing belton jingga
Perangai
[sunting | sunting sumber]Perangai piawai baka ini paling baik diperihalkan sebagai perangai "Gentleman by Nature" ("bersifat budiman").[12] Walau bagaimanapun, ia juga dapat menjadi kuat semangat dan nakal, terutamanya jika berasal daripada susur galur pembiakbakaan pekerja/padang.[13] Seter Inggeris ialah anjing bertenaga dan berorientasikan manusia yang sangat sesuai untuk keluarga yang mampu memberinya perhatian dan kegiatan,[14] atau bekerja dengan pemburu, iaitu apabila ia mempunyai tugas untuk dilakukan. Ia merupakan anjing aktif yang memerlukan banyak senaman dan senaman sehingga dua jam sehari disyorkan.[15] Di dalam, ia cenderung untuk menjadi tenaga lebih rendah dan suka menjadi pemalas dan anjing riba; baka ini diperihalkan sebagai anjing "amat mesra," "baik hati", dan "mengagumi pelawat dan khususnya gembira dengan kanak-kanak".[16]
Ia menduduki tempat ke-37 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren sebagai anjing mempunyai kecerdasan kerja/kepatuhan di atas purata.[17] Seter Inggeris sangat cerdas dan dapat dilatih untuk melaksanakan hampir apa-apa tugas yang dapat dilakukan oleh baka lain, kecuali penggembalaan. Walau bagaimanapun, ia tidak selalu mudah untuk dilatih, kerana naluri pemburu burung semula jadinya cenderung untuk mengalih perhatiannya dalam persekitaran luar.[18] Perangainya dianggap lembut dan, oleh sebab seter Inggeris dapat menjadi sangat sensitif terhadap kritikan, kaedah pelatihan pengukuhan positif yang menggunakan ganjaran dan pujian adalah paling sesuai apabila menjalankan pelatihan asasi.[19]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13.1 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[20] Sebuah kajian Itali tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 10 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[21]
Anjing, kedua-dua pedigri dan baka silang, dapat terjejas akibat masalah genetik.[22] Yang diketahui kadang-kadang berlaku pada seter Inggeris dapat termasuk kepekakan kongenital, yang dilaporkan menjejaskan 12.4 peratus daripada 701 ekor seter Inggeris yang diuji oleh Universiti Negeri Louisiana pada tahun 2010.[23] Setakat tahun 2013, belum ada sebarang penyelidikan terperinci mengenai keadaan ini yang dijalankan di United Kingdom;[24] tiroiditis autoimun, yang ditunjukkan menjejaskan 26.2 peratus daripada 747 ekor seter Inggeris yang diperiksa dari Januari 1974 hingga Disember 2012 dalam penyenaraian Orthopedic Foundation for Animals;[25] hipotiroidisme anjing;[26] displasia siku; dan alahan, yang dapat merangkumi sesetengah kepekaan terhadap ramuan makanan tertentu dan juga keadaan kulit yang diketahui berlaku.[27][28]
Pada tahun 2004, The Kennel Club United Kingdom mengasaskan Skim Pembiak Baka Bertauliah, yang kemudiannya dipanggil Skim Pembiak Baka Terjamin (Assured Breeders Scheme; ABS).[29] Skim ini menerima akreditasi UKAS pada April 2013.[30] Anggota ABS diwajibkan untuk mematuhi kriteria tambahan berbanding dengan yang diperlukan untuk pendaftaran asasi KC. Antara syarat tambahan ialah "Pemastian bahawa induk bagi setiap perinduk sedia mudah dikenal pasti sama ada dengan mikrocip, tatu, atau profil DNA".[31] Setakat Mac 2013, pembiak baka seter Inggeris yang merupakan anggota ABS mesti menyaring displasia pinggul.[32][33]
Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[34]
Fungsi
[sunting | sunting sumber]Seter berburu dengan melalui jarak jauh dengan cara sistematik dan teratur, secara senyap mencari buruan mengikut bau. Apabila mangsa ditemukan dengan menghidu udara, anjing berkenaan akan memegun dan tidak pula mengejar. Anjing berkenaan akan berhenti dalam semacam dekaman atau "set" dengan memegun dalam kedudukan berdiri sebaik menemukan buruannya dan pendirian distingtif ini ialah cara istilah "setter" berkembang. Sebaik sahaja anjing berkenaan menunjukkan lokasi burung dengan memegun pada kedudukan, atas arahan ia kemudian perlahan-lahan merayap ke hadapan untuk mengganggu burung itu agar terbang. Sebaik burung itu terbang, pemburu yang mengikuti anjing itu akan melepaskan helang sawah untuk menangkap burung itu di udara. Apabila penggunaan jaring menggantikan penggunaan helang sawah, seter masih digunakan untuk menunjukkan keberadaan burung, tetapi pemburu akan datang ke belakang anjing dan melemparkan jaring ke atas burung. Pada pertengahan tahun 1600-an, senjata api menjadi lebih mudah tersedia dan penembakan burung buruan menjadi hobi popular golongan ningrat tanah. Kerja asas seter masih merupakan pencari dan penunjukan ke lokasi burung buruan tetapi ia juga perlu mantap untuk tembakan.[3][35]
Bau burung buruan ialah bawaan udara. Jadi, untuk mendapatkan bau ini, seter mengangkat kepalanya dengan cukup tinggi dan tidak patut langsung mengikuti bau kaki.[3] Kebanyakan seter lahir dengan kecenderungan semula jadi terhadap perburuan. Anjing yang menunjukkan keterujaan dan minat terhadap burung disebut sebagai anjing "birdy" dan jurulatih mencari anak anjing yang menunjukkan trait khusus ini. Pelatihan biasanya dilakukan dengan burung puyuh sebagai pilihan pertama atau merpati bela jinak.[36]
Yang menulis pada tahun 1876, Arnold Burges memerihalkan "seter Inggeris berdarah tulen" sebagai "haiwan terbaik untuk penembakan di tanah tinggi Amerika" dalam buku beliau The American Kennel and Sporting Field.[37]
Sejarah awal
[sunting | sunting sumber]"Setting dogges" ialah istilah lama yang digunakan untuk seter dan tujuan asal seter Inggeris ialah menetapkan atau menunjuk burung buruan tanah tinggi. Daripada maklumat terbaik yang tersedia, seter Inggeris kelihatannya ialah anjing burung terlatih di England lebih daripada 400 tahun lalu dan terdapat karya seni yang terhasil pada awal abad ke-15 yang menunjukkan anjing yang dapat dilihat sebagai "jenis seter". Terdapat bukti bahawa seter Inggeris berasal daripada silangan anjing penuding Sepanyol, spaniel air besar, dan springerspaniel Inggeris, yang digabungkan untuk menghasilkan anjing burung cemerland dengan tahap kemahiran tinggi dalam pencarian dan penunjukan buruan di kawasan terbuka.[35][38][39]
Yang menulis pada tahun 1576, Dr. John Caius menyatakan: "Terdapat juga pada tarikh ini dalam kalangan kita sejenis anjing baharu yang dibawa keluar dari Perancis dan semuanya berbintik-bintik merata-rata dengan putih dan hitam yang warna bercampurnya cenderung ke arah biru marmar". Hujah berspekulasi bahawa ini mungkin penerangan tentang warna belton biru yang terdapat pada seter Inggeris.[40]
Caius seterusnya menerangkan anjing yang dipanggil setter denan menggunakan indeks nama Latin [terjemahan]:
Satu lagi jenis anjing terdapat, yang dapat digunakan untuk pemburuan unggas, tidak membuat sebarang bunyi sama ada dengan kaki atau dengan lidah, semasa mengikuti buruan. Ia bersungguh-sungguh melayan tuannya dan membingkaikan keadaannya kepada arahan, gerak-geri, dan gerak isyarat sedemikian, kerana ia akan senang hati mempamerkan dan berbuat, sama ada dengan maju ke hadapan, berundur ke belakang, mencondong ke tangan kanan, atau memberi ke arah kiri. Apabila ia telah menemukan burung, ia memastikannya dan kekal senyap, ia mengekalkan langkahnya, dan tidak akan maju ke hadapan, dan dengan mata dekat dan tertutup yang mengawasi, meletakkan perutnya ke tanah dan kemudian merayap ke hadapan seperti cacing. Apabila ia mendekati tempat burung itu, ia membaringkan dirinya, dan dengan tanda kakinya, mengkhianati tempat kediaman terakhir burung itu, yang dengannya anjing ini diandaikan dipanggil dalam indeks, Setter, yang sesungguhnya merupakan nama paling konsonan dan sesuai dengan kualitinya.[41][42]
Menjelang abad ke-17, seter, atau "setting dogges", telah menjadi berasas dan tersebar meluas di estet-estet British, walaupun evolusi menjadi baka setter individu lebih spesifik berlaku di kemudian hari. Pembiabakakan saling bagi warna berlainan masih berlaku semasa tempoh ini tetapi beransur-ansur berubah dan ahli sukan/pembiak baka mula mengasingkan pengawanan dengan anjing yang disesuaikan terhadap rupa bumi yang diharungi oleh anjing yang perlu bekerja di situ.[39][43]
Perkembangan baka
[sunting | sunting sumber]Seter Inggeris moden mendapat penampilannya atas jasa Edward Laverack (1800–1877), yang mengembangkan strain sendiri beliau bagi baka ini melalui pembiakbakaan teliti pada abad ke-19 di England, dan jasa seorang lagi lelaki Inggeris, Richard Purcell Llewellin (1840–1925), yang mengasaskan strain beliau dengan menggunakan anjing-anjing terbaik milik Laverack dan menyilangkan anjing-anjing tersebut ke luar dengan susur galur Duke, Rhoebe, dan kemudian rakan seperinduk kepada Duke, Kate, mengatasinya dengan keturunan Duke, Rhoebe dan kemudiannya, Kate, dengan hasil terbaik.[10]
Dari segi sejarah, banyak anjing yang diturunkan daripada susur galur sama dirujuk dengan nama pembiak baka atau pemilik dan tatanama "seter Laverack" dan "seter Llewellin" memerihalkan seter Inggeris yang dibiakbakakan oleh Laverack dan Llewellin.[44] Horace Lytle, penyunting gundog sekali bagi Field & Stream, pengarang dan jurulatih gundog terkenal,[45] menjelaskan perkara ini dalam buku "How to Train Your Bird Dog" ("Cara untuk Melatih Anjing Burung Anda"), yang dikarang oleh beliau pada tahun 1928 [terjemahan]:
Satu lagi ketidakpastian luar biasa wujud dalam kalangan kelas pemburu mungkin terluas dengan rujukan kepada yang dipanggil Llewellin Setter. Llewellin Setter tidak lebih – dan tidak kurang – daripada English Setter. Llewellin Setter hanyalah English Setter yang dijejak kembali kepada dua English Setter tertentu. Mereka mewakili keleluhuran pasti tertentu bagi English Setter. Itu sahaja yang ada. Oleh itu, English Setter mungkin bukan selalunya "Llewellin"; tetapi "Llewellin" sentiasa merupakan English Setter. Tambahan pula, kegilaan terhadap strain tertentu yang datang ke negara ini dengan pengimportan "Llewellin" pertama menyebabkan sembilan puluh peratus pemilik semua Setter yang jelas-jelas seter Ireland atau seter Gordon, merujuk anjing mereka sebagai "Llewellin". Namun dalam sembilan puluh peratus daripada kes-kes ini, anjing-anjing yang dirujuk sedemikian bukanlah daripada strain Llewellin sama sekali. Tidak ada seorang pun dalam seratus orang yang memiliki English Setter dapat mengenal pasti walaupun daripada pedigri sama ada anjing berkenaan adalah daripada jenis Llewellin atau bukan. Mereka hanya tidak tahu. Kebanyakan mereka yang merujuk Setter mereka sebagai "Llewellin" berbuat demikian kerana nama itu agak menggembirakan dan menyenangkan untuk disebut. Ramai daripada mereka, yang benar-benar tahu, menegaskan bahawa Llewellin mereka adalah seratus peratus, dan mereka merujuk anjing yang bukan seratus peratus sebagai "gred". Sekiranya terdapat malah sesedikit 3 peratus "persilangan keluar", segelintir ini cenderung untuk berasa bahawa anjing itu tidak lain hanyalah marhaen berpangkat. Semuanya benar-benar mengarut – sekurang-kurangnya demikian fikiran ramai daripada kita yang telah memikirkan perkara itu.[46]
Pada sekitar tahun 1826, Reverend A. Harrison dari Carlisle di Cumbria menjual seekor anjing jantan yang dipanggil "Ponto" dan seekor betina bernama "Old Moll" kepada Laverack dan pasangan ini membentuk asas bagi seter Inggeris beliau. Laverack tidak mengetahui pedigri tepat bagi anjing-anjing ini tetapi mengekalkan strain telah dibiakbakakan secara tulen selama tiga puluh lima tahun sebelumnya.[47] Laverack rapat-rapat membiakbakakan kedua-dua anjing ini secara dalaman selama beberapa generasi dan susur galur beliau berjaya dalam pertunjukan anjing dan sebagai anjing pekerja dalam ujian padang.[48]
Pada tahun 1874, C. H. Raymond dari Morris Plains, New Jersey mengimport seter Inggeris pertama daripada susur galur Laverack ke Amerika.[49] Seter pekerja Count Noble diturunkan daripada import awal ini dan diperingati di Muzium Carnegie Pittsburgh.[38] Strin Llewellin berdasarkan anjing terbaik Laverack, yang kemudiannya disilangkan ke luar dengan susur galur anjing-anjing beliau Duke, Rhoebe, dan kemudiannya rakan seperinduk Duke, Kate. Kate dibiakbakakan dengan jantan pemburu terbaik Laverack yang menghasilkan anjing-anjing unggul Llewellin, Fd.Ch.Ch. Armstrong's Dash II dan kemudiannya Fd.Ch.Ch Dashing Bondhu.[50] Anjing-anjing ini merupakan asas kepada strin peribadi Llewellin yang dikenali sebagai "Dashing Bondhu". William Humphrey (1882–1963) mewarisi anjing-anjing ini daripada Llewellin pada tahun 1925 dan mengekalkan ketulenan anjing-anjing ini sehingga kematian beliau pada tahun 1963.[51] Jim the Wonder Dog, yang diperihalkan sebagai seter Llewellin, dikatakan "mempunyai kuasa ghaib" dan terdapat sebuah patung gangsa baginya di taman peringatan di dataran di Marshall, Missouri yang dibina untuk memperingatinya.[52]
Dalam pertandingan
[sunting | sunting sumber]Seter Inggeris jenis padang dan jenis pertunjukan kelihatan sangat berbeza, walaupun kedua-duanya merupakan baka sama. Seter jenis padang kerap lebih kecil dan terlihat dengan kurang jumbai dan biasanya tompok-tompok lebih distingtif berbanding dengan seter jenis pertunjukan. Kedua-dua trait bermanfaat di lapangan: kurang jumbai menjadikan penanggalan gerigis daripada lapis bulunya lebih mudah dan tompok menjadikannya lebih mudah dilihat di lapangan.[53]
Seter Inggeris dikelakskan dalam kumpulan gundog di United Kingdom[54] dan kumpulan sukan di Amerika dan di Kanada.[55][56] FCI meletakkannya dalam seksyen 2, Anjing Penuding dan Seter British dan Ireland, dalam Kumpulan 7.[57]
Pada baka seter Inggeris, berbanding dengan baka lain, terdapat sangat sedikit Juara Duaan.[53] Kennel Club mempunyai empat gelaran juara yang tersedia untuk dicapai oleh seter yang bertanding di United Kingdom. Ini merupakan Juara Pertunjukan (Show Champion, Sh Ch) yang dianugerahkan kepada anjing yang telah memenangi tiga Sijil Cabaran (Challenge Certificat, CC) di bawah tiga orang hakim berlainan dengan sekurang-kurangnya satu CC yang dimenangi selepas usia 12 bulan; Juara (Champion, Ch) ialah gelaran yang diperoleh oleh anjing yang telah memenangi gelaran Sh Ch serta anugerah ujian padang, Diploma Merit atau Sijil Kerja Gundog Pertunjukan; Juara Ujian Padang (Field Trial Champion, Ft Ch) bermakna anjing berkenaan telah memenangi satu pertaruhan terbuka anjing penuding atau seter atau dua hadiah pertama pada dua pertaruhan berlainan di bawah dua orang hakim Panel A berlainan. Mesti ada tidak kurang daripada 16 ekor pelari yang serta; dan Juara Duaan – anugerah tertinggi yang tersedia untuk seter – ialah anjing yang telah mencapai gelaran Juara Pertunjukan dan Juara Ujian Padang.[58]
Seekor seter Inggeris yang dipanggil "Countess" ialah gundog pertama yang pernah mencapai gelaran Juara Duaan. Ia dibapai oleh Dash 2nd dan ibunya ialah Moll 3rd.[59] Pembiak bakanya ialah Laverack, yang menjualnya kepada Sam Lang; Sam Lang pula menyerahkannya kepada Llewellin yang atas namanya ia dimasukkan dalam ujian padang.[60]
Di United Kingdom, baka ini telah berjaya dalam Crufts dan memperoleh anugerah Best in Show pada tahun 1964, tahun 1977, dan tahun 1988.[61] Pada pertunjukan Westminster di Amerika, seekor seter Inggeris memenangi gelaran Best in Show pada tahun 1938. Ia baru berusia 11 bulan dan pada pertunjukan pertamanya.[62][63] Ini adalah sebelum kemasukan ke dalam pertunjukan itu dihadkan kepada Juara pada tahun 1992.[64] Setakat tahun 2013, ia merupakan satu-satunya seter yang mencapai Best in Show dalam Westminster sejak anugerah Best in Show mula dibuat pada tahun 1907.[65]
Pendaftaran
[sunting | sunting sumber]Apabila American Kennel Club diasaskan pada tahun 1878, seter Inggeris, bersama dengan lapan lagi baka sukan, diterima sebagai pendaftaran baka tulen pertama oleh kelab itu. Anjing pertama-tama yang berdaftar dengan AKC dan pemegang nombor pendaftaran satu ialah seekor seter Inggeris bernama "Adonis".[66] Ia lahir pada tahun 1875 dan dicatatkan sebagai anjing yang dibapai oleh "Leicester" daripada seekor betina "Dart". Warnanya diberikan sebagai hitam, putih, dan sawo matang. Ia dimiliki oleh pembiak bakanya George E. Delano dari New Bedford, Massachusetts.[39]
Seter Inggeris terutamanya popular di United Kingdom semasa tahun 1960-an, tahun 1970-an, dan tahun 1980-an dan pendaftaran anak anjing mencapai 1344 pada tahun 1974.[2] Pada tahun 2012, The Kennel Club menyenaraikan seter Inggeris sesama Baka Asli Rentan kerana hanya 234 ekor anak anjing didaftarkan.[67] Sedekad sebelumnya, pada tahun 2002, terdapat 568 ekor anak seter Inggeris yang didaftarkan.[68] Walau bagaimanapun, semasa tahun 2012, angka anak seter Inggeris yang didaftarkan meningkat kepada 314, jadi baka ini dipindahkan ke dalam senarai "At Watch" The Kennel Club, iaitu untuk baka dengan pendaftaran daripada 300 hingga 450.[69] Pada tahun 2015, pendaftaran turun kepada 289, lalu menyebabkan kepulangan ke dalam senarai Baka Asli Rentan untuk tahun 2016.[70][71] Baka ini masih diwakili dengan agak baik di Itali, yang menyaksikan kepopularannya sebagai gundog bekerja. Malah di Itali, walau bagaimanapun, baka ini mengalami penurunan mendadak, daripada 20,999 pendaftaran pada tahun 2002, kepada 14510 pendaftaran pada tahun 2011.[72] Sebaliknya, American Kennel Club menyatakan bahawa tahun 2011 ialah "tahun seter, dengan keempat-empatnya membuat lompatan besar sepanjang tahun lalu".[73] Seter Inggeris sebelum ini berada di kedudukan ke-101 pada tahun 2010 tetapi meningkat ke kedudukan ke-87 pada tahun 2011, kedudukan yang dikekalkan oleh baka ini pada tahun 2012.[74]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: سيتر ايڠݢريس ; bahasa Inggeris: English setter
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Kutipan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Kane (2009), m/s. 79
- ^ a b Lester, Paula (30 Ogos 2012), "Save our English setters" [Selamatkan seter Inggeris kita] (dalam bahasa Inggeris), Country Life, diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2015, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ a b c Roberts (1978), m/s. 114–116
- ^ Kane (2009), m/s. 80
- ^ Bepler & Ryan (1930), m/s. 67
- ^ Cunliffe (2001), m/s. 25
- ^ "English Setter" [Seter Inggeris] (dalam bahasa Inggeris), Nutrecare, diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2015, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ Cunliffe (2001), m/s. 23
- ^ Bepler & Ryan (1930), m/s. 68
- ^ a b "English Setter" [Seter Inggeris] (PDF) (dalam bahasa Inggeris), Australian National Kennel Council, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 September 2009, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ Willis (1989), m/s. 73
- ^ "A gentleman by nature" [Bersifat budiman] (dalam bahasa Inggeris), The English Setter Association, diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2010, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "ACES – About English Setters" [ACES – Tentang Seter Inggeris] (dalam bahasa Inggeris), Englishsetterrescue.org, diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2015, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "English Setter training" [Pelatihan seter Inggeris] (dalam bahasa Inggeris), mydogtrainingsecrets.info, diarkibkan daripada yang asal pada 25 Jun 2010
- ^ "Breed information centre – the English setter" [Pusat maklumat baka – seter Inggeris] (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ Cunliffe (2001), m/s. 20
- ^ Coren (1995), m/s. 182
- ^ Coren (1995), m/s. 80
- ^ "Training your English Setter" [Melatih seter Inggeris anda] (PDF) (dalam bahasa Inggeris), English Setter Association of America, m/s. 82, diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 Ogos 2015, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check
|pmc=
value (bantuan). PMID 38302530 Check|pmid=
value (bantuan). S2CID 267382263 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo E.; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo; Podaliri, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni L.; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check
|pmid=
value (bantuan). S2CID 267743971 Check|s2cid=
value (bantuan). - ^ "English Setter health" [Kesihatan seter Inggeris] (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 19 Februari 2014, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Breed-Specific Deafness Incidence In Dogs (percent)" [Insiden Kepekakan Spesifik Baka pada Anjing (peratus)] (dalam bahasa Inggeris), Lsu.edu, 23 Jun 2010, diarkibkan daripada yang asal pada 28 Januari 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Deafness" [Kepekakan] (dalam bahasa Inggeris), The English Setter Association, diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Thyroid statistics" [Statistik tiroid] (dalam bahasa Inggeris), Orthopedic Foundation for Animals, diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mei 2013
- ^ "Canine Hypothyroidism" [Hipotiroidisme Anjing] (dalam bahasa Inggeris), The English Setter Association, diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mei 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Skin problems" [Masalah kulit] (dalam bahasa Inggeris), The English Setter Association, diarkibkan daripada yang asal pada 15 Mei 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ Stead (2013), m/s. 8
- ^ "Kennel Club Accredited Breeder Scheme changes its name to Assured Breeder Scheme" [Skim Pembiak Baka Berakreditasi The Kennel Club mengubah namanya kepada Skim Pembiak Baka Terjamin] (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "UKAS accreditation for KC's Assured Breeder Scheme" [Akreditasi UKAS untuk Skim Pembiak Baka Terjamin KC] (dalam bahasa Inggeris), Dog World, diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Scheme outline" [Garis kasar skim] (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2015, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "English Setter health information" [Maklumat kesihatan seter Inggeris] (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Breed-specific requirements and recommendations including health screening" [Syarat dan syor spesifik baka termasuk penyaringan kesihatan] (PDF) (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Ogos 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
- ^ a b Brigden (1990), m/s. 12, 13
- ^ Truman (1993), m/s. 79, 83
- ^ Smith (2002), m/s. 18
- ^ a b "English Setter history" [Sejarah seter Inggeris] (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2015, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ a b c "The Setters" [Seter] (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2004, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ Argue (1993), m/s. 28
- ^ Cunliffe (2001), m/s. 9–10
- ^ Farrar (1910), m/s. 5132
- ^ Brigden (1990), m/s. 13
- ^ "The sporting dog – American Llewellin and Laverack setters" [Anjing sukan – Seter Llewellin dan Laverack Amerika]. The Lotus Magazine (dalam bahasa Inggeris). 8. Oktober 1916. JSTOR 20543767.(langganan diperlukan)
- ^ "Greatest dog book" [Buku anjing terhebat]. Field & Stream (dalam bahasa Inggeris). LXXVI (1): 192. Mei 1971. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ Lytle (1956), m/s. 38–40
- ^ Argue (1993), m/s. 45
- ^ Foss (1977), m/s. 10
- ^ Turner, T. C. (November 1919). "The Setter" [Seter]. Art & Life (dalam bahasa Inggeris). Muzium Seni Metropolitan. 11 (5): 277–279. doi:10.2307/20643788. ISSN 2150-5969. JSTOR 20643788.(langganan diperlukan)
- ^ Graham (1904), m/s. 49–50
- ^ Argue (1993), m/s. 52–54
- ^ Ferguson, Henry N., "Jim the wonder dog" [Jim si anjing menakjubkan] (dalam bahasa Inggeris), Rural Missouri, diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ a b "Bird dog breeds" [Baka anjing burung] (dalam bahasa Inggeris), Pheasant Forever, diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Gundogs" [Gundog] (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "AKC Breeds by group – sporting" [Baka AKC mengikut kumpulan – sukan] (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "CKC Breeds & Abbreviations, Group 1, Sporting" [Baka CKC dan Singkatan, Kumpulan 1, Sukan] (dalam bahasa Inggeris), Canadian Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2015, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "FCI breeds nomenclature: Group 7 : Pointing Dogs" [Tatanama baka FCI: Kumpulan 7: Anjing Penuding] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 13 Julai 2024.
- ^ "Regulations for entries in the Stud Book, Champions and Warrants" [Peraturan untuk kemasukan dalam Buku Pembaka, Juara dan Waran] (PDF) (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Oktober 2012, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ Cunliffe (2001), m/s. 15
- ^ Watson (1906), m/s. 118
- ^ Jackson (1990), m/s. 203, 207, 211
- ^ "1 of 3,093" (dalam bahasa Inggeris), Time, 21 Feb 1938, 21 Februari 1938, diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ Radcliff, Cassandra, "Looking Back: The 1938 Westminster Kennel Club Show" [Melihat Kembali: Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club 1938] (dalam bahasa Inggeris), Dog Channel, diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ Fernandez, Amy, "This Year's Top Dogs" [Anjing Teratas Tahun Ini] (dalam bahasa Inggeris), Dog Channel, diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2015, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Best in show winners" [Pemenang best in show] (dalam bahasa Inggeris), Westminster Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 25 Disember 2007, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "English Setter" [Seter Inggeris] (dalam bahasa Inggeris), Westminster Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mac 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ Rincon, Paul (25 Januari 2012), "UK native dog breeds 'at risk of extinction'" [Baka anjing asli UK 'berisiko untuk kepupusan'], BBC News (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Comparative tables of registrations for the years 2002 – 2011 inclusive" [Jadual perbandingan pendaftaran untuk tahun 2002–2011] (PDF) (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Mei 2012, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Registrations go down by six per cent" [Pendaftaran menurun sebanyak enam peratus] (dalam bahasa Inggeris), Dog World, diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2016, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "2015 registrations show slight fall – two more breeds become 'vulnerable'" [Pendaftaran 2015 menunjukkan sedikit penurunan – dua lagi baka menjadi 'rentan'] (dalam bahasa Inggeris), Dog World, diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2016, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Vulnerable Native Breeds" [Baka Asli Rentan] (dalam bahasa Inggeris), The Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Statistiche della popolazione canina iscritta all'ENCI" [Statistik populasi anjing berdaftar dengan ENCI] (dalam bahasa Itali), Ente Nazionale Cinofilia Italiana, diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2012
- ^ "AKC news" [Berita AKC] (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mei 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
- ^ "Dog registration statistics" [Statistik pendaftaran anjing] (dalam bahasa Inggeris), American Kennel Club, diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2013, dicapai pada 23 Januari 2024
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Argue, Derry (1993). Pointers and Setters [Anjing Penuding dan Seter] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. ISBN 9781853102394. OCLC 41976522.
- Bepler, M. Ingle; Ryan, C. W. (1930). Setters: Irish, English, and Gordon [Seter: Ireland, Inggeris, dan Gordon] (dalam bahasa Inggeris). Manchester, United Kingdom: Our Dogs Publishing. OCLC 38562661.
- Brigden, Patricia (1990). The Irish Red and White Setter [Seter Merah dan Putih Ireland] (dalam bahasa Inggeris). Dickson Price. ISBN 9780853801276. OCLC 60071603.
- Coren, Stanley (1995). The Intelligence of Dogs: A Guide to the Thoughts, Emotions, and Inner Lives of Our Canine Companions [Kecerdasan Anjing: Panduan untuk Fikiran, Emosi, dan Kehidupan Dalaman Teman Anjing Kita] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Bantam Books. ISBN 9780553374520. OCLC 30700778.
- Cunliffe, Juliette (2001). English Setter [Seter Inggeris] (dalam bahasa Inggeris). Dorking, Surrey, United Kingdom: Interpet Publishing. ISBN 9781903098714. OCLC 45592290.
- Farrar, E. (1910), Every woman's encyclopaedia (ca. 1910-ca. 1912) [Ensiklopedia setiap wanita (sekitar 1910–sekitar 1912)] (dalam bahasa Inggeris)
- Foss, Valerie (Februari 1977). The English Setter [Seter Inggeris] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Foyles. ISBN 9780707105796. OCLC 44480624.
- Graham, Joseph Alexander (1904). The Sporting Dog [Anjing Sukan] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Macmillan Inc. OCLC 490842.
- Jackson, Frank (November 1990). Crufts: The Official History [Crufts: Sejarah Rasmi] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Pelham Books. ISBN 9780720718898. OCLC 22241841.
- Kane, Frank (2009). Judging the Gundog Breeds [Menghakimi Baka Gundog] (dalam bahasa Inggeris). Ibex Publishers. ISBN 9780956413505.
- Lytle, Horace (1956). How to Train Your Bird Dog [Cara untuk Melatih Anjing Burung Anda] (dalam bahasa Inggeris). Dayton, Ohio, Amerika Syarikat: A. F. Hochwalt Co. OCLC 1719560.
- Roberts, Janice (1978). "Setters at work, by Auriel Mason" [Seter yang bekerja, oleh Auriel Mason]. The Irish Setter [Seter Ireland] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Popular Dogs. ISBN 9780091297008. OCLC 4641591.
- Smith, Steve, penyunting (2002). The Encyclopedia of North American Sporting Dogs: Written by Sportsmen for Sportsmen [Ensiklopedia Anjing Sukan Amerika Utara: Dikarang oleh Ahli Sukan untuk Ahli Sukan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Minocqua, Wisconsin, Amerika Syarikat: Willow Creek Press. ISBN 9781572235014. OCLC 49277228.
- Stead, Vince (5 Mac 2013). English Setter Dog Training and Understanding Their Behavior Book [Buku Pelatihan Seter Inggeris dan Memahami Tingkah Lakunya] (dalam bahasa Inggeris). Amerika Syarikat: Vince Stead. ISBN 9781300803409. OCLC 925432855.
- Truman, R.F. (1993), Revision of Working Gordon setters [Semakan seter Gordon pekerja] (dalam bahasa Inggeris), County Durham, United Kingdom: Weardale Publishing & Printing, ISBN 1-897822-01-4
- Watson, James (1906). The Dog Book: A Popular History of the Dog [Buku Anjing: Sejarah Popular Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Doubleday, Page & Company. OCLC 1704898.
- Willis, Malcolm Beverly (1989). Genetics of the Dog [Genetik Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876055519. OCLC 19266269.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Seter Inggeris |
- Barnes, Margaret (1982). English Setters Ancient and Modern: Their History in the Field and on the Bench and Their General Care [Seter Inggeris Purba dan Moden: Sejarahnya di Padang dan di Bangku dan Penjagaan Umumnya] (dalam bahasa Inggeris). Wokingham, Berkshire, United Kingdom: Muffin Books. ISBN 9780950788708. OCLC 11399937.