Pergi ke kandungan

Serigala Gregory

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serigala Gregory
Serigala Gregory (merah) ialah subspesies di kebanyakan zoo dan mungkin subspesies yang diperkenalkan semula ke Carolina Utara.[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
C. l. gregoryi
Nama trinomial
Canis lupus gregoryi
Goldman, 1937[2][3]

Serigala Gregory (Canis lupus gregoryi), juga dikenali sebagai serigala merah Gregor,[4] serigala Lembah Mississippi,[2] dan kadang-kadang sebagai serigala merah Texas,[5] ialah satu subspesies serigala kelabu, Canis lupus, yang berkeliaran di rantau di hilir dan di sekitar hilir lembangan Sungai Mississippi. Ia disyaki merupakan spesies penghubung antara serigala merah dengan serigala hitam Florida.[2]

Subspesies ini diperihalkan lebih besar daripada serigala merah, tetapi lebih langsing dan lebih perang kekuning-kuningan. Warnanya termasuk gabungan hitam, kelabu, dan putih, bersama dengan amaun besar warna kayu manis di sepanjang belakang badannya dan di atas kepalanya.[2] Ia berberat pada sekitar 60–70 lb (27–32 kg) pada purata.[6]

  1. ^ Isis Find Animals
  2. ^ a b c d E. A. Goldman (1937). "The Wolves of North America". Journal of Mammalogy. 18 (1): 37–45. doi:10.2307/1374306. JSTOR 1374306.
  3. ^ "Canis lupus gregoryi Goldman, 1937" – ITIS Report. Itis.gov. Retrieved on 2012-12-30.
  4. ^ "Gregor's Red Wolf". Biolib.cz. Dicapai pada 30 Disember 2012.
  5. ^ Museum Pictorial. Muzium Sejarah Semula Jadi Denver. 1955.
  6. ^ Oklahoma Game and Fish News. Jabatan Pemuliharaan Hidupan Liar, Negeri Oklahoma. 1954.