Pergi ke kandungan

Sergio Ramos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sergio Ramos
Ramos pada tahun 2021
Maklumat peribadi
Nama penuh Sergio Ramos García[1]
Tarikh lahir (1986-03-30) 30 Mac 1986 (umur 38)
Tempat lahir Camas, Sepanyol
Ketinggian 1.84 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Sevilla
Nombor 4
Kerjaya remaja
1996–2003 Sevilla
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2004 Sevilla B 26 (2)
2004–2005 Sevilla 39 (2)
2005–2021 Real Madrid 640 (92)
2021–2023 Paris Saint-Germain 45 (4)
2023– Sevilla 28 (3)
Pasukan kebangsaan
2002 Sepanyol B17 1 (0)
2004 Sepanyol B19 6 (0)
2004 Sepanyol B21 6 (0)
2005–2021 Sepanyol 180 (23)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Mei 2024

Sergio Ramos García (lahir 30 Mac 1986) merupakan pemain bola sepak profesional Sepanyol yang bermain sebagai pertahanan untuk pasukan La Liga, Sevilla. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan terhebat sepanjang masa, dia terkenal dengan kemahiran menangani, kebolehan udara dan kepimpinannya. Dia terkenal dengan 16 musim bermain untuk Real Madrid, memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara UEFA semasa di kelab itu, bersama-sama dengan dua Piala Eropah UEFA dan Piala Dunia FIFA 2010 dengan pasukan kebangsaan Sepanyol.

Kerjaya kelab

[sunting | sunting sumber]

Ramos memulakan kerjayanya di kelab remaja tempatan, Sevilla FC bersama Jesús Navas dan Antonio Puerta. Beliau membuat debut untuk pasukan senior pada 1 Februari 2004, ketika tewas 1-0 kepada Deportivo de La Coruña. Pada musim 2004–05, Ramos bermain 41 perlawanan ketika Sevilla di tempat keenam dan layak ke Piala UEFA

Real Madrid

[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 2005 ketika baru berusia 19 tahun, Ramos dibeli oleh Real Madrid dengan bayaran 27 juta dan ia rekod baru buat remaja Sepanyol.[2] Beliau ialah satu-satunya pemain Sepanyol yang dibeli ketika zaman presiden Real, Florentino Pérez.

Pada 6 Disember 2005, beliau menjaringkan golnya untuk Merengues ketika tewas 2-3 kepada Olympiakos pada perlawanan Liga Juara-Juara.[3] Ketika musim pertamanya, Ramos bermain di posisi bek tengah. Namun, selepas kedatangan Christoph Metzelder dan Pepe pada musim 2007-08, beliau bermain semula di posisi bek kanan. Pada hari terakhir musim, beliau menjaringkan dua gol ketika menang 5-2 ke atas Levante.[4]

Pada permulaan musim 2009-10, Ramos menjadi salah satu empat kapten Real Madrid. Selepas Pepe mengalami kecederaan serius pada lutut ketika kempen liga, Ramos ditawarkan bermain di pertahanan tengah. Ramos menjaringkan empat gol dalam 33 perlawanan liga dan pada 21 Februari 2010, beliau bermain perlawanan ke-200nya menentang Villarea. Ketika Real tewas 5-0 kepada FC Barcelona pada 29 November 2010, Ramos dibuang padang selepas menyepak Lionel Messi dari belakang dan kemudian menolak Carles Puyol.[5]

Pada 20 April 2011, selepas kejayaan Copa del Rey menewaskan Barcelona 1-0, ketika meraikan kemenangan itu di dalam bas, Ramos terjatuhkan trofi piala itu lalu jatuh di bawah roda bas dan trofi itu rosak serta-merta.[6]

Pada 12 Julai 2011, Ramos melanjutkan kontraknya bersama Real Madrid sehingga 2017.[7] Ketika musim 2011-12, beliau mengalami kecederaan dan meminta Ricardo Carvalho menggantikan tempatnya. Pada 25 April 2012, ketika perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, tendangan penalti Ramos dilihat tersasar dan Real tewas pada penalti 3-1 dan tersingkir.[8]

Pada 14 Disember 2013, Ramos mencipta rekod kelab selepas menerima kad merah kali ke-18 buat Real ketika seri 2-2 menentang Osasuna.[9] Kad merahnya kali ke-19 pula ketika tewas 4-3 kepada Barcelona pada 23 Mac 2014.[10]

Pada 29 April 2014, Ramos menjaringkan dua gol ketika perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich dan keputusannya Real menang 5-0 berdasarkan agregat.[11] Real akhirnya layak ke perlawanan akhir buat pertama kali dalam masa 12 tahun.[12] Pada 24 Mei iaitu pada perlawanan akhir, Ramos berjaya menanduk masuk gol pada masa tambahan untuk menyamakan kedudukan, 1-1. Pasukannya kemudian menjaringkan tiga gol pada masa tambahan dan menjuarai trofi buat kali ke-10. Beliau dipilih oleh peminat sebagai pemain terbaik perlawanan..[13]

Ramos juga menjaringkan gol pada perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2014 di Maghribi dan diundi sebagai pemain terbaik kejohanan.[14]

Kerjaya antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Sepanyol ketika berusia 18 tahun 361 hari, membuatkan beliau pemain termuda bermain di pasukan kebangsaan. Namun rekodnya dapat dilakar oleh Cesc Fàbregas.

Tujuh bulan kemudian, Ramos menjaringkan dua gol ketika menang 6–0 ke atas San Marino pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2006. Beliau dipilih ke Piala Dunia 2006 di Jerman dan selepas persaraan Míchel Salgado, beliau menjadi pilihan pertama pertahanan kanan.

Pada Euro 2008, Ramos bermain kesemua perlawanan kecuali pasukannya menang 2-1 ke atas Greece pada peringkat kumpulan. Selepas meraikan kejayaan membenam Jerman 1-0 pada perlawanan akhir, Ramos memakai baju-T rakan rapat dan rakan sepasukannya di Sevilla, Puerta yang meninggal pada Ogos 2007.[15][16]

Pada Piala Dunia 2010, beliau bermain pada setiap perlawanan dan membantu pasukannya tidak dibolos sebanyak lima perlawanan dan berjaya menewaskan Belanda, 1-0 pada perlawanan akhir.

Ramos bermain untuk Sepanyol ketika kejohanan Euro 2012

Ramos bermain pada setiap perlawanan di Euro 2012 dan berjaya menyudahkan tendangan penalti pada perlawanan separuh akhir menentang Portugal dan Sepanyol layak ke perlawanan akhir selepas menang pada tendangan penalti 4-2.

Pada 22 Mac 2013, Ramos meraikan kaps ke-100nya untuk Sepanyol selepas menjaringkan gol pembukaan ketika seri 1-1 menentang Finland pada perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014. Beliau menjadi pemain termuda Eropah yang berjaya mencapai kaps ke-100 dan rekod itu diambil oleh Lukas Podolski dari Jerman.

Ramos mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[17] Beliau bermain kesemua perlawanan Sepanyol sebelum juara dunia itu tersingkir.

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
13 Oktober 2005 Serravaklle, San Marino  San Marino 0–3 0–6 Persahabatan
2
0–4
3
13 Oktober 2007 Aarhus, Denmark  Denmark
0–2
1–3
Kelayakan UEFA Euro 2008
4
17 November 2007 Madrid, Sepanyol  Sweden
3–0
3-0
Kelayakan UEFA Euro 2008
5
3 Mac 2010 Saint-Denis, Perancis  Perancis
0–2
0–2
Persahabatan
6
6 September 2011 Logroño, Sepanyol  Liechtenstein
4–0
6–0
Kelayakan UEFA Euro 2012
7
16 Oktober 2012 Madrid, Sepanyol  Perancis
1–0
1–1
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
8
14 November 2012 Bandar Panama, Panama  Panama
0–4
1–5
Persahabatan
9
22 Mac 2013 Gijón, Sepanyol  Finland
1–0
1–1
Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
10
8 September 2014 Valencia, Sepanyol  Macedonia Utara
1–0
5–1
Kelayakan UEFA Euro 2016

Statistik kerjaya

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 20 Disember 2014
Kelab Musim Liga Piala1 Eropah Lain2 Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Sepanyol Sevilla 2003–04 7 0 0 0 0 0 0 0 7 0
2004–05 31 2 5 0 5 1 0 0 41 3
2005–06 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
Jumlah 39 2 5 0 5 1 0 0 49 3
Sepanyol Real Madrid 2005–06 33 4 6 1 7 1 0 0 46 6
2006–07 33 5 3 0 6 1 0 0 42 6
2007–08 33 5 5 1 7 0 0 0 45 6
2008–09 32 4 2 1 8 1 0 0 42 6
2009-10 33 4 0 0 7 0 0 0 40 4
2010–11 31 3 7 1 8 0 0 0 46 4
2011–12 34 3 6 0 11 1 0 0 51 4
2012–13 26 4 5 0 9 1 0 0 40 5
2013–14 32 4 8 0 11 3 0 0 51 7
2014–15 13 2 2 0 4 0 3 2 22 4
Jumlah 300 38 44 4 78 8 3 2 425 52
Jumlah kerjaya 339 40 49 4 83 9 3 2 474 55

1 Termasuk Supercopa de España.
2 Termasuk Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA.

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]
Real Madrid

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Sepanyol


Sepanyol B19
  1. ^ "FIFA World Cup South Africa 2010: List of players" (PDF). FIFA. 4 June 2010. m/s. 29. Dicapai pada 13 September 2013.
  2. ^ "Sergio Ramos joins Real Madrid for €27 million". Think Spain. 1 September 2005. Dicapai pada 19 November 2010.
  3. ^ "Olympiakos 2–1 Real Madrid: Second-string". ESPN Soccernet. 6 December 2005. Dicapai pada 17 May 2011.
  4. ^ "Real Madrid 5–2 Levante". ESPN Soccernet. 18 May 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-21. Dicapai pada 1 June 2012.
  5. ^ "Exquisite Barca crush Real". ESPN Soccernet. 29 November 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-12. Dicapai pada 29 November 2010.
  6. ^ "Real Madrid's Sergio Ramos drops Copa del Rey trophy off bus". The Daily Telegraph. 21 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-06. Dicapai pada 21 April 2011.
  7. ^ "Pepe, Ramos extend Real contracts". espnfc.com. 12 July 2011. Dicapai pada 27 July 2011.
  8. ^ "Spot-on Bayern edge Madrid thriller to reach final". UEFA.com. 25 April 2012. Dicapai pada 30 April 2012.
  9. ^ "Madrid to appeal Ramos' 18th red card". ESPN FC. 16 December 2013. Dicapai pada 16 December 2013.
  10. ^ "Sergio Ramos and his 19 Real Madrid red cards: a retrospective". The Guardian. 24 March 2014. Dicapai pada 24 March 2014.
  11. ^ "Masterful Madrid end Bayern reign". UEFA.com. 29 April 2014. Dicapai pada 29 April 2014.
  12. ^ "Ancelotti delighted to end Madrid wait". UEFA.com. 29 April 2014. Dicapai pada 29 April 2014.
  13. ^ "Madrid finally fulfil Décima dream". UEFA.com. 24 May 2014. Dicapai pada 24 May 2014.
  14. ^ "Ramos outshines the rest". FIFA. 20 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-12. Dicapai pada 21 December 2014.
  15. ^ "Sevilla's Puerta dies in hospital". BBC Sport. 28 August 2007.
  16. ^ Ramos pays tribute to Antonio Puerta; Real Madrid's official website, 30 June 2008
  17. ^ "World Cup 2014: Spain drop Alvaro Negredo and Jesus Navas". BBC Sport. 31 May 2014. Dicapai pada 31 May 2014.
  18. ^ Ramos crowned as La Roja conquer; FIFA.com, 12 July 2010
  19. ^ Ramos crowned Castrol EDGE Index winner; UEFA.com, 2 July 2012