Semenanjung Oshika
Semenanjung Oshika (Jepun: 牡鹿半島 Oshika-hantō, juga disebut "Ojika") ialah sebuah semenanjung yang mengunjur ke arah tenggara di Lautan Pasifik dari pantai Wilayah Miyagi di timur laut Honshu, pulau utama Jepun.
Semenanjung ini paling kerap dikunjungi sebagai gerbang utama ke dalam pulau suci Kinkasan yang boleh dimasuki oleh feri yang datang dari pelabuhan pemburu paus Ayukawa di Ishinomaki, Miyagi dan juga dari bandar Onagawa.
Bencana 2011
[sunting | sunting sumber]Semenanjunh Oshika adalah yang paling dekat di Honshu dengan pusat gempa bumi 2011, yakni pinggir laut timurnya kira-kira 72 kilometer (45 bt) jauhnya, cuma beberapa pulau kecil berdekatan yang terletak beberapa kilometer lebih dekat.[1] Laporan pada 14 Mac mengkhabarkan bahawa 1,000 batang mayat dihanyutkan ke pantai semenanjung ini.[2] Gempa bumi 11 Mac menganjakkan Semenanjung Oshika sebanyak 5.3 m (17 ka) ke arah pusat gempa dan menurunkan parasnya sebanyak 1.2 m (3.9 ka), menurut Lembaga Penerangan Geospatial di Tsukuba. Kedua-dua pergerakan daratan ini merupakan rekod buat Jepun, menurut perangkaan kerajaan.[3] Banyak desa kecil di sepanjang pantai semenanjung yang ditadbir oleh Bandaraya Ishinomaki musnah teruk akibat gempa dan tsunami.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Magnitude 9.0 – Near The East Coast Of Honshu, Japan". United States Geological Survey (USGS). Dicapai pada 2011-03-13.
- ^ Kyodo News (15 Mac 2011). "2,000 more added to death toll in Miyagi". Japan Times. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-29.
- ^ Kyodo News (19 March 2011). "Record land mass movements observed in quake-hit Miyagi". Kyodo News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-22. Dicapai pada 19 March 2011.
- ^ Corkill, Edan, "Students' skills help to forge a new Tohoku", Japan Times, 25 September 2011, p. 7.